PYAM/FYAM Raya 2

5.2K 171 33
                                    

Fariz mengeratkan lagi pelukan pada pinggang Leane yang membesar. Dia ingin menghabiskan sisa hujung minggunya bersama isteri kesayangan. Sudah tiga minggu dia bekerja tanpa cuti lama kerana dia mempunyai khusus ketika hujung minggu, dan kali ini dia meminta izin untuk bekerja separuh hari kerana dia mempunyai pembedahan berjadual dan dia hanya akan ke hospital kembali sekiranya mempunyai emergency call sahaja.

Leane memusingkan tubuh yang membelakangi Fariz itu ke arah memandang si suami. Mata diusap kerana kabur. Tangan kanan Leane lantas diletakkan di atas pipi Fariz.

Fariz lantas mengeratkan lagi pelukan pada pinggang Leane. " morning sayang " ujarnya dalam keadaan mata masih bertutup.

Leane tersenyum. Dia merapatkan kepalanya ke dalam dada Fariz.

Fariz tersenyum lalu mencium perlahan ubun ubun Leane.

" rasanya i tak boleh nak peluk you kuat lagi sebab ada orang ketiga " usik Fariz. Leane mengangkat kepala.

" siapa orang ketiga? " laju sahaja Leane bertanya. Fariz tersenyum.

" baby kat tengah tengah " Leane melihat perutnya yang kian membesar. Fariz mendaratkan telapak tangan kirinya di atas perut yang jelas kelihatan.

Leane mengukir senyuman. Ikhlas dari hatinya. Dirinya tersentuh.

" sayang, are you in that happy? " soal Fariz. Leane membalas pelukan suaminya. Matanya berair. Dia tidak mahu melepaskan Fariz.

" thanks sayang " ucap Leane. Dia mengucup pipi Fariz. Air matanya diseka.

" tak ada apalah, its our fate " pujuk si Fariz. Dia menolak tubuh Leane daripada terus memeluknya. Dia mencium kembali ubun ubun Leane. Pandangn selamat pagi yang menyentuh hatinya.

Leane mengangkat kepala memandang Fariz. " apapun, you memang sengaja nak melengahkan waktu kerja ke? " soalnya. Fariz mengeluh.

" ahh, dah pukul berapa ni? Ala baru je nak bermanja sikit. Kacaulah " rungutnya seperti anak kecil. Leane menggelengkan kepala. Macam macam.

" gi mandi sana, tak puas lagi ke.. dari waktu sahur sampailah nak pukul 8 dah ni " bebel Leane. Fariz tersenyum.

" yelah, nanti balik abang sambung , sekejap je operation ni " Ujarnya sambil mengenyitkan mata. Leane kelu.

Jap.

Apa?

Abang?

" Aaa-bang? " soal Leane kembali. Fariz laju mengangguk.

" ye kenapa? "

" kenapa aaa-bang? " sebutannya seperti kekok. Tidak pernah pernah Fariz menggelarkan dirinya sebagai abang. Tiba tiba sahaja. Selama ini kalau tidak sayang, pasti I-You atau Saya-Awak sahaja.

" sebab abang teringin nak dengar sayang panggil suami sayang... Abang. " tegasnya selamba.

Leane menelan air liur. " cuba panggil I abang " pinta Fariz.

" hah? "

" buat buat terkejut pula. Cepat cepat " geas Fariz. Dia menadahkan telinga untuk mendengar kalimat emas itu daripada bibir si isteri. Bukan selalu dia menyakat Leane begini. Lagipun, dia selalu melihat pasangan lain memanggil suaminya sebagai abang. I-You atau Saya-Awak kebiasaannya digunakan pada pasangan yang bercinta. Abang-Sayang adalah sangat limited dan dia mahukan itu.

" Riz.. "

Laju Fariz memotong. " hah? Mana abangnya? " Leane mengerutkan kening. Alahai dia ni karang.

Leane mulai duduk bersila. Begitu juga dengan Fariz yang duduk bersandar di kepala katil.

" dahlah pergi kerja " usirnya. Leane mahu mengelakkan daripada menyebut perkataan itu. Dia berasa segan dan kekok.

" siapa pergi kerja? " soal Fariz, sengaja mahu memerangkap Leane.

Jari telunjuk Leane diangkat dan ditunding ke arah Fariz.

Fariz membuat muka sambil tersenyum, dia juga mengangkat jari telunjuknya di ditunding ke arah dirinya sendiri. " siapa ni? "

" Muhammad Fariz Aiman " balas Leane selamba.

Apa? Dia fikir dia mampu memerangkap aku dengan soalan begitu? Heh, ini Delileane lah!

Fariz mencebir. Kecewa dengan jawapan dari si isteri. " siapa Fariz Aiman? " duganya lagi tanpa mengenal erti kalah.

" suami saya " jawabnya penuh bongkak dan sombong.

" apa awak gelar suami awak? " soal Fariz lagi, masih lagi mencuba.

" ulor " Leane mengatur kakinya turun daripda katil. Malas mahu melayan Fariz. Makin dilayan, makin lewat Fariz ke tempat kerja.

" apa? ULOR? ULAR? amboiii " Fariz juga menurunkan kaki untuk turun daripada kawasan beradu. Kakinya mengikut langkah Leane menuju ke almari.

Leane membuka almari baju, dia ingin menyiapkan pakaian kerja Fariz.

Fariz datang dari belakang dan memeluknya, biarpun tangannya tidak dapat mengenggam sepenuhnya seperti ketika Leane masih kurus seperti dahulu, tetapi asalkan Leane masih selesa dalam kehangatan pelukannya, ada dia peduli?

Fariz meletakkan kepalanya di atas bahu Leane. Leane menjeling sahaja. Sudah terbiasa. " sebutlah sayang, sekali je. Rasa nak demam ni " pintanya lagi perlahan, membisik ke dalam telinga Leane. Sempat juga dia mencium pipi Leane. Sengaja ambil kesempatan!

" mengadalah dia ni, cium banyak banyak karang batal puasa abang baru tahu " Leane menutup mulutnya. Alamak. Laju sahaja perkataan yang dia hindari terpancul dari bibirnya.

Fari mengangkat kepala dari bahu Leane. Wajahnya terpancul seribu senyuman yang hampir mahu terkoyak. " apa? Apa? Abang tak dengar! Cuba sayang ulang balik "

Leane menggeleng. Dia masih lagi menekup mulutnya. Kakinya terus melangkah keluar daripada bilik. Geram dengan diri sendiri. Ah , malu!

Fariz menggelengkan kepala. Senyumannya tidak lekang dari bibirnya. Dia mencapai tuala daripada dalam almari dan disangkutkan pada bahunya. Lalu almari itu juga ditutup dan dia berlalu masuk ke dalam tandas bersama senyuman di bibir.

Bahagia memimpin dirinya.

Bersambung...

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now