Bab 17

3K 156 66
                                    

" KAU APA KHABAR? " soal Leane pada Amirul. Amirul tersenyum tipis sahaja. Muka Amirul jelas sunggul. Pasti ada sesuatu yang menghantuinya.

" ok, macam yang kau tengok " jelas Amirul. Tangannya masih lagi menguis nasi lemak di atas pinggan menggunakan sudu. Nasi tidak banyak disentuh. Hanya sesuap sahaja ditelannya. Seleranya mati.

" Amirul, aku nak mintak-- "

" aku tahu.. Aku tak kisah. " potong Amirul laju. Dia tahu apa yang bermain di fikiran bekas rakan sekelasnya itu.

Amirul menarik nafas, dalam. " Tetapi.. semua orang dah fikir kau mati Leane. Sanggup kau tipu kitaorang? " Leane menundukkan kepala. Dia tahu dia salah. Dan, dia layak dimarahi.

" aku tahu kau ada sebab kau sendiri, tapi.. tindakan kau dengan iktiraf kau dah tak ada ni.. sangat mengecewakan kitaorang. Yang lain masih tak tahu kau hidup, Leane. " sambung Amirul lagi. Dia meletakkan sudu di atas pinggan. Dia tidak mahu makan lagi.

" aku mintak maaf " beritahu Leane. Dia tidak tahu alasan apa yang hendak dia beri untuk tindakan kebudak-budakannya dahulu. Dia terlaly ikutkan ego.

" tak apalah, Leane.. benda dah lepas. Aku faham kau. " Amirul yang berkot putih dan berkemeja biru gelap menyandarkan diri pada kerusi. Dia juga tidak mahu menghukum Leane. Bukan dia yang terlalu kecewa ketika hari kematian Leane dulu. Tetapi, suaminya.

" terima kasih, Rul. " ujar Leane perlahan. Amirul mengangguk.

" oh, by the way.. apa kau buat kat hospital ni? Kau sakit ke? " soal Amirul. Leane menggeleng.

" sepupu aku masuk ICU semalam, accident " Amirul mengangguk kecil lagi.

" mesti dengan Dr Fariz " Leane terkedu. Tiba tiba sahaja nama itu dibangkitkan dalam perbualan mereka.

" kau tahu Fariz kerja kat sini? " soal Amirul lagi. Leane mengangguk.

" kau stalk dia ke? " padu soalan Amirul berkata. Fuh, dia dengan geng geng dia ( Hakim&Taufiq ) memang pakar serang orang!

" mana ada! " marah Leane separa menjerit, risau didengari oleh seluruh manusia di kafe itu.

" habistu? "

" adik dia beritahu aku.. "

Amirul terdiam seketika. Mukanya sedikit terkejut. " kau... kenal adik dia? Maksud aku.. berhubung? "

" panjang ceritanya, Rul. " keluh Leane. Amirul mencemikkan muka. Kecewa apabila dia tahu, Fariz banyak merahsiakan sesuatu daripadanya.

" oh ya, kau lepak dengan aku kat sini tak apa ke? Setahu aku, doktor ni kemain sibuk lagi " soal Leane kembali kepada Amirul, sekadar berbasa basi.

" harini hari last aku kat hospital ni. Aku off duty harini. Aku datang ni pun nak ambil barang aku je... " luahnya. Kepala ditunduk ke bawah. Leane terkejut.

" kenapa pulak? Tiba tiba je? "

" lesen kedoktoran aku kena gantung " mata Leane terbuntang luas. Betulkah apa yang dia dengar ini?

" kenapa Rul? "

" aku dah bunuh orang, Leane.. " Amirul mengangkat kepala. Dia memandang rakan sekelasnya yang masih terkejut.

" Leane, aku nak mintak satu benda boleh? Kau berbahagialah dengan Fariz. He's deserve to be happy. He loves to make everyone in his circle happy, but himself are sad.. that is the most sadness for us too. " ucapan Amirul jelas meninggalkan kesan di dalam hati Leane. Amirul berharap agar Leane telan kata katanya dan berfikiran waras apabila membuat keputusan kelak.

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now