TIK. TIK. TIK.
Bunyi air saline menitis di dalam IV tube. Fariz masih lagi tidak sedarkan diri. Menurut doktor, Fariz terlalu penat. Dia mengalami acute hydration. Ini mungkin disebabkan oleh kehilangan arwah Amirul.
Leane menoleh memandang jam dinding di hadapannya. Jam sudah hampir berginjak pada pukul 2 pagi. Leane mengeliat kecil. Lenguh tubuh badannya kerana memandu terlalu lama. Penat lagi, apabila dia terkandas di hospital ini bersama Fariz.
Mulut yang terngaga dek mengucap dikatup menggunakan belakang tangan kanan. Mengantuk! Leane meletakkan kepala di atas katil. Hospital ini boleh tahan sejuk juga. Selimut pun satu. Patutnya dia beri pada penjaga pesakit juga! Dia mengengam tangan Fariz yang berada di dalam selimut untuk mencari kehangatan.
Leane meletakkan kepala di tepi bahu Fariz. Dia benar benar mengantuk. Jika dapat tidur sekejap pun jadilah. Namun, baru sahaja matanya ingin lena, deringan telefon yang mmenjerit meminta untuk diangkat membuatkan Leane terpaksa membuka mata dan menjawab panggilan itu.
" hello? " sahutnya dalam keadaan yang masih dalam separa sedar. Separuh lagi telah dikuasai oleh perasaan kantuk. Dia masih lagi meletakkan kepala di atas katil. Telefon diletakkan di atas telinga.
" oh, daniel dah sedar... " gumam Leane. Mata masih lagi bertutup. Telefon terus dimatikan lalu diletakkan di atas katil.
" kacau betul " bebelnya.
" Daniel dah sedar puan " ujar kakitangan jururawat di ICU.
" siapa daniel eh? " soal Leane sendiri. Ah, tak penting! Mungkin salah telefon barangkali.
Daniel... daniel...
TING!
" Astagfirullah, Daniel dah sedar. Astaga. Apa aku ni " Leane terkejut dengan pemikirannya yang tiba tiba waras. Mata terus menjadi segar. Dia meluruskan tubuh dan mengeliat kecil. Telefon terus dicapai di atas katil dan dia langsung berlari ke ruang ICU yang tidak jauh dari ruang ER ini.
Namun, keluar sahaja dari ruang ER, kelibat Fazrin muncul. Leane mengeluh, kenapalah adik ipar aku ini muncul sekarang?
" Aliyah " panggilnya. Leane tidak tahu mahu bertindak balas bagaimana. Dia hanya diam.
" Tell me what i saw just now is a dream " ujarnya lagi. Fazrin berdiri tegak di hadapan Leane. Tingginya juga sama tinggi dengan Fariz. Adik beradik mereka memang tertelan galah.
Leane masih diam. Tidak tahu mahu menjawab apa. " Aliyah.. answer me please. Is this the reason.. kenapa awak tak terima pinangan saya? " rayu Fazrin. Leane kalihkan pandangan dari terus memandang si Fazrin.
" siapa awak pada Fariz, Aliyah? " soalnya lagi.
" cukuplah, Fazrin " pujuk Leane. Dia tidak mahu Fazrin terlalu sedih kerananya. Dia tahu peritnya ditolak oleh orang dicintai. Tetapi, aku kakak ipar kau, Fazrin.
" beritahu saya..Aliyah, what is my fault! " soalnya lagi dengan suara yang sudah meningkat satu oktaf.
" its complicated, Rin. " ujar Leane. Fazrin meraup mukanya. Dia tidak tahu lagi cara yang harus dia lakukan agar si Leane membuka mulut untuk menceritakan kebenaran.
" I'm so sorry Rin. Soon, I'll let you know the truth. For now, i need to go Rin. My cousin is here. He just wake up from coma " ujar Leane pada Fazrin. Dia berharap agar Fazrin mengerti. Dia tahu, Fazrin mempunyai seribu soalan di dalam benak otaknya.
Leane terus berjalan, meninggalkan Fazrin di hadapan ruang ER. Fazrin kelihatan begitu frust dan kecewa. Dia terduduk di atas kerusi ruangan menunggu. Kepalanya diraup berkali kali.
YOU ARE READING
Forever, You're Mine !
RomansaPERHATIAN! Sebelum membaca buku ini harap pembaca dapat membaca buku PLEASE YOU'RE MINE DAHULU sebelum membaca buku ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa membaca. Ini adalah PLEASE YOU'RE MINE 2 ! WARNING : BACAAN PRIVATE SELEPAS BAB 10!! ...