Bab 9

3.4K 203 127
                                    

ALIYAH yang sedang enak menyuapkan isi perutnya dengan spaghetti itu terus dipandang lama oleh Haziq. Lapar benar wanita ini selepas seharian bekerja. Walaupun dia makan seperti orang yang sudah setahun tidak makan, tetapi badannya tetap seperti semut!

" apa tengok tengok " soal Aliyah sambil melambai lambaikan tangan di hadapan Haziq. Haziq yang tersentak terus mengalihkan pandangan.

" slow slow lah sikit makan tu.. " tegur Haziq. Dia pun menyuapkan spaghetti masuk ke dalam mulut. Aliyah pun mula memperlahankan kunyahannya.

Selepas mereka berdua selesai mengisi perut yang kosong, Aliyah menyisip air epal susu di dalam gelas. Begitu juga dengan Haziq yang memesan air jus oren.

" macam mana tadika sekarang? " soal Haziq buat memecah kesunyian di antara mereka berdua.

" ok je.. macam biasalah, aku yang penat hahaha " gurau Aliyah. Haziq tersenyum tipis.

" by the way, jarang kau ajak cik tunang kau keluar... " perli Aliyah. Haziq tersengih tipis.

" dahtu... tunang sibuk.. nak buat macam mana la ek "

" hahaha kasihan kau dapat tunang sibuk memanjang " perli Aliyah lagi.

" nasib badan begitu.. macam manalah... " adu Haziq meratapi nasibnya sendiri.

" nanti aku cakap dengan tunang kau, janganlah selalu sibuk, kesian abe kita ni, macam laki mati bini! Hahaha " gurau Aliyah yang diselangi tawa.

Haziq terdiam.. " cakap fasal laki mati bini, aku teringat dekat Fariz... "

Tawa Aliyah mati. " kenapa dengan dia? " nada suaranya yang bergetar cuba dikawal. Agar tidak kelihatan bahawa dia terkejut dengan berita itu.

" selepas kau pergi... dia macam laki hilang bini... kau dengan dia ada apa apa ke? " soal Haziq dalam nada serius. Maka, Aliyah juga harus turut serius dalam hal ini.

" aku.. mana ada apa apa dengan dia.. tetiba aje kau ni " balas Aliyah yang seaakan mahu melarikan diri.

" aku dengar.. kelas 5A nak buat reunion lusa ni... " beritahu Haziq. Aliyah mengangkat kening.

" oh.. mana kau tahu? " soal Aliyah dengan suara yang mendatar.

" Nadine... "

Walaupun Haziq kelas 5B dahulu, namun itu tidak akan membuatkan Haziq tidak tahu akan berita daripada pelajar batch sama dengannya.

" Sampai bila.. kau nak lari, Leane? " soalnya. Aliyah mengalihkan pandangan, memandang suasana di restoran itu.

" aku tak lari " balasnya. Dagunya ditongkat. Sekali sekala, dia menyuap dessert banana split ke dalam mulut.

" semua orang ingat kau dah tak ada tau... " ujarnya lagi.

" biarlah.. kalau itu yang terbaik, aku pun tak kisah " Aliyah menyelak pergelangan tangan kirinya. Parut yang telah lama dia simpan. Parut yang memulakan segalanya.

" Leane.. " Haziq cuba mencapai tangan Aliyah, namun Aliyah menariknya semula. Mengelak daripada dipegang oleh Haziq.

" jomlah kita balik, aku nak rehat... esok aku kerja " tukas Aliyah cuba mengalihkan topik mereka. Dia penat dan ingin berehat. Haziq mengiyakan sahaja. Dari dahulu lagi dia syak sesuatu dengan Fariz dan Aliyah, tetapi tidak tahu bagaimana mahu membuatkan gadis itu membuka mulut akan perkara itu.

ALIYAH meminta Haziq untuk membawanya ke pasaraya sebentar kerana dia ingin membeli snek buat pelajarnya. Snek yang dibeli beberapa minggu lepas sudah habis diberi kepada anak pelajar.

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now