PYAM/FYAM Raya 1

4.5K 127 19
                                    

Bulan penuh barakah.

Bulan ramadhan yang ditunggu oleh seluruh umat islam. Begitu juga dengan salah seorang hero bagi kisah Please, You're Mine...Muhammad Fariz Aiman.

Fariz menguak pintu rumah banglo miliknya. Rumah itu sepi. Seperti tidak berpenghuni. Sedangkan  jam baru sahaja berginjak tepat pada pukul 6. Walhal terdapat seorang pembantu rumah dan seorang permaisuri berada di dalamnya.

Fariz menanggalkan stokin pada kaki lalu diletakkan di atas rak kasut yang berada di belakang pintu utama. Dia menutup pintu utama sebaik sahaja dia mengemas sedikit rak kasut yang agak berterabur dengan stokin yang dipakainya.

Kebiasannya, terdapat sebuah bakul kecil yang berada di atas rak kasut tersebut. Bakul itu digunakan untuk meletakkan stokin stokin yang telah dipakai oleh Fariz atau milik sang isteri supaya dapat memudahkan urusan pembantu rumah mereka. Malah, masalah stokin hilang sebelah juga tiada apabila dia berbuat begitu.

Namun, pada minggu ini merupakan minggu pertama berpuasa, segalanya agak kucar kacir kerana bibik mereka baru sahaja pulang dari kampung halamannya yang berada di Melaka kerana ibunya yang sakit.

Permaisuri Fariz juga sedang hamil untuk bulan yang ke 5. Fariz amat tegas dalam memastikan keadaan bayi pertama berjalan lancar sehingga proses kelahirannya nanti. Dia juga tidak sabar untuk menjadi seorang bapa.

" awal balik, Fariz " panggil Harina yang menghampiri Fariz.

Fariz tersenyum. " ha ah, harini patient tak ramai, bolela berbuka kat rumah " ujarnya, membalas persoalan Harina.

Fariz melonggarkan tali leher yang dipakainya lalu ditanggalkan ia dan dimasukkan ke dalam poket baju.

" oh patutlah, makanan pun dah siap tu " gumam Harina. Dia membalas senyuman pada Fariz.

Fariz membuka langkah untuk berjalan ke ruang tamu. Matanya ralit memandang Harlina yang memakai skaf kepala berwarna hitam itu.

Harlina sedang mengusap perut yang senak.

Fariz memberhentikan langkahnya di hadapan Harlina. Dia duduk mencangkung di hadapan Harlina.

" kenapa ni? Sakit ke? " soal Fariz prihatin. Harlina menggeleng.

" sebab tak sempat sahur aja kot, terasa masuk angin " adunya. Fariz mendiamkan diri sejenak. Memang benar, mereka sekeluarga tidak sempat bersahur pada pagi tadi kerana masing masing terlupa hendak memasang jam loceng. Biasanya Harlina akan mengejutkan seluruh warga yang berada di dalam rumah itu ( walhal bertiga je ) tetapi disebabkan dek berbuka di pusat panti asuhan sehingga pulang larut pagi semalam, mereka semua menjadi penat dan terbabas waktu sahur.

Fariz mulai berdiri.

" jom duduk kat sana, saya tengokkan " ujar Fariz, dia bantu memapah Harlina ke ruang tamu.

Harlina duduk di atas kerusi. Fariz meminta untuk Harlina baring di atas kerusi agar dia dapat melakukan pemeriksaan ke atasnya.

Fariz meminta kebenaran Harlina untuk menyentuh perutnya secara berlapik. Harlina mengangguk. Mukanya sedikit berkerut menahan sakit apabila Fariz meminta dirinya untuk baring secara tegak.

Sebelum itu, Fariz membuka butang lengan baju kemeja miliknya dan disinsing hingga ke siku. Jam tangan juga dibuka dan disimpan ke dalam poket seluar.

Fariz meletakkan telapak tangan kiri miliknya di atas perut Harlina di bahagian sebelah kanan. " kalau sakit beritahu saya ok " Harlina mengangguk.

Tangan kanan Fariz baru sahaja ingin mengetuk bahagian perut itu, tetapi perbuatannya terhenti apabila seseorang memanggilnya daripada dapur.

" Riz. " Fariz menoleh. Begitu juga dengan Harlina. Namun, tangan kirinya masih lagi di atas perut Harlina.

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now