Bab 20

6.1K 183 93
                                    

" WEH!, comelnya anak buah kau " Leane tersenyum tipis. Dia menarik kerusi untuk Amir duduk. Leane meletakkan beg tangannya di kerusi bersebelahan kerusi Nadine dan dia duduk berhadapan dengan Nadine.

" tengoklah makcik dia siapa " usik Leane cuba membangga diri. Amir yang masih berpakaian sekolah hanya tersenyum sahaja.

" siapa nama dia? " soal Nadine.

" apa nama awak Mir? " soal Leane kembali pada Amir. Amir tersenyum malu. Memang takkan Amir buka mulut di tempat public begini.

" Amir. Amir Raykal Bin Delifien Muiz " jawab Leane. Nadine mengangguk. Dia memicit pipi Amir. Geram!

" kau ada apa nak cakap dengan aku? " Nadine menyisip airnya sedikit. Leane memanggil pekerja restoran untuk memesan jus oren buat dirinya dan nasi goreng untuk Amir.

Leane pasti, Fazrin tidak akan jemput Amir buat hari ini kerana hubungan mereka yang sedih berantakkan sejak dua menjak ini. Mahu tidak mahu, terpaksa dia ke tadika untuk mengambil Amir. Risau nanti Muiz dan Kak Syaza akan bertanya banyak.

" aku nak tanya kau beberapa perkara. " Leane bersandar pada kerusi. Dia bersedia jika jawapan daripada Nadine akan melukakan perasaannya nanti.

" apa dia? Serius benar kau ni " Nadine merapatkan kerusi pada meja. Kalau dah tahu nak cerita hal private, kenapa ajak berborak di mamak? Isk.

" kenapa masa hari pengebumian.. aku tak nampak isteri Fariz? " Nadine mengerutkan dahi. Isteri mana pulak?

" ada je isteri dia " balas Nadine. Leane pula yang mengerutkan dahi.

" tak nampak pun? "

" kau merepek apa ni? Kau kan isteri dia " Leane meraup wajahnya. Nadine dari dulu lagi, kebengapannya tak pernah hilang. Penyakit keturunan ke?

" maksud aku.. Afiqah. "

" afiqah? Kenapa dia nak ada dekat sana pulak? "

" kan dorang kahwin dulu. Lepas SPM. "

" bila? "

" dulu!? "

" mana ada "

" adaa Nadine.. aku sendiri tengok gambar kahwin dorang "

" oh ya.. ha ah. Afiqah dah anak 2 dah sekarang "

" habistu kenapa dia tak ada masa hari arwah Amirul tak ada tu? Isteri jenis apa dia ni biar suami terabai macam tu. Kau tahu tak Fariz masuk hospital semalam? Kelibat Afiqah pun aku tak nampak. Kot ye pun nak jaga anak 2 orang, datang je lah hospital bawak anak. " bebel Leane panjang. Nadine mengerutkan kening. Berkerut habis mukanya. Pelik.

" wooo woo woo jap. Aku rasa kau dah salah faham ni "

" apa salah faham? "

" kenapa Afiqah nak datang tengok Fariz? "

" Kan Fariz suami dia! "

" sah kau salah faham ni. Afiqah tak kahwin dengan Fariz, Leane. Fariz tak pernah berkahwin lain lepas kau tak ada. Afiqah kahwin dengan pilihan ayah dia. Kau salah faham ni Leane. "

Leane terdiam. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Bb-Betulkah?

Leane tergelak. " hahahaha kalau ye pun kau nak pelenkong aku, tak payah la hal ni. Aku serius ni. "

" tak, masalahnya aku serius sekarang. Afiqah kahwin dengan Zakwan. Kawan dia masa dekat pusat pemulihan dulu. " Leane terkedu. Lidahnya kelu. Maknanya gambar yang aku lihat masa hari aku bunuh diri itu... adalah palsu?

" kau nak tahu sebab apa aku pergi dulu? " soal Leane lagi, cuba menukar topik. Nadine mengangguk.

Leane meletakkan tangan kanannya di atas meja. Dia menyelak sedikit pergelangan tangannya.

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now