Kau buatku tertanya,
Di kali pertama,
Bertentangan mata...Ku selalu merindu,
Hadirnya bayangmu,
Kau cuit hatiku,Hanya kau yang ku mahu,
Sayang jangan terburu,
Sampai bila harus ku tunggu,
Oh sayang aku malu..." SAYANG.... " Fariz meraup wajahnya. Dia buntu. Dia sedih. Dia perit. Dia sakit. Rambutnya juga diselerakkan. Dia sedang duduk di katil di bilik dormnya. Ini ialah masanya, dia akam tinggal di sini buat sementara waktu. Dia akan berdikari. Dia dihukum.
Fariz menoleh ke arah telefon yang sejak sedari tadi berbunyi memanggilnya untuk membalas teks yang dihantar.
Bae ❤ : Assalamualaikum...
Bae ❤ : kenapa kau tak balik?Fariz menarik nafasnya dengan dalam. Dia membiarkan seketika skrin itu menyala tanpa balasan. Selepas seketika, dia menaip sesuatu pada papan kekunci itu.
Fariz : I'm always be around you. Tunggu aku balik tau! Soon.
Send.
Fariz mencampakkan telefon di dalam beg pakaian miliknya yang berada di tepi katil. Dia membaringkan tubuh di atas katil. Kepalanya serabut. Jari jemari Fariz asyik mengurut perlahan dahinya. Jika ada Leane, mahu sahaja dia meminta si isteri membantunya. Kini, tanpa ucapan selamat tinggal.. dia telahpun meninggalkan si dia sendirian di rumah.
Dia tidak mahu Leane tahu akan keadaannya kini. Leane pasti akan salah faham sekiranya dia memberitahu tentang ini. Dia... baru sahaja berbaik dengan Leane dan dia tidak mahu musnahkan hal itu.
" mengelamun apa tu bro? " tegur Zakwan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam dorm. Dia terus membuka loker miliknya dan mengeluarkan tuala kecil. Peluh yang merinik pada dahinya dilap menggunakan tuala tersebut.
Fariz tersenyum tipis sahaja membalas sapaan daripada Zakwan. Zakwan itu ketua dorm yang akan dia duduki sepanjang berada di sini. Dia berada di sini kerana kes merompak. Namun, dia lakukan semua itu atas kerana terpaksa. Bukan kerana dia sendiri yang minta untuk merompak. Umur mereka juga sama, bezanya Zakwan sudah menetap di sini hampir setahun.
" tak ada apalah " tukasnya mengalihkan mood yang sedang sedih.
" biasalah tu first first.. nanti kau ok punya... " Zakwan mengeluarkan sebotol air mineral daripada dalam loker dn disua ke mulutnya lalu diteguk perlahan. Penatnya mulai hilang selepas dia diminta untuk memotong rumput di kawasan padang pada petang ini.
Zakwan juga terkesan dengan sikap Fariz yang baharu sahaja tinggal di sini. Dia kelihatan polos. Maksud lain, dia tidak kelihatan seperti pelajar lain yang mula masuk ke sini. Pelajar lain suka meronta ronta pada untuk dilepaskan dan minta dikeluarkan pada minggu pertama selepas mereka masuk ke kawasan pemulihan ini. Namun, tidak pada Fariz. Fariz hanya menurut saja apa yang berlaku di sini seolah olah itu hal kecil baginya.
Dia ada dengar juga daripada warden tentang Fariz yang terjebak dengan hubungan seksual. Begitu juga dengan 'perempuan' yang bersamanya.
Namun, adakah Fariz bersalah ataupun tidak?
" kenapa kau pandang aku macam tu? " soalan Fariz mematikan renungan Zakwan yang asyik menganalisa personaliti Fariz. Dia menggelengkan kepala.
" kemaslah baju kau tu, nanti karang tak sempat nak start aktiviti lain " Fariz mengalihkan pandangan matanya ke arah beg galas miliknya. Mengemas baju di dalam beg ini bagaikan merelakn dirinya untuk tinggal di sini!
YOU ARE READING
Forever, You're Mine !
RomancePERHATIAN! Sebelum membaca buku ini harap pembaca dapat membaca buku PLEASE YOU'RE MINE DAHULU sebelum membaca buku ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa membaca. Ini adalah PLEASE YOU'RE MINE 2 ! WARNING : BACAAN PRIVATE SELEPAS BAB 10!! ...