PEMANDANGAN pantai teluk kalong di Melaka ini, sungguh menentramkan jiwa Leane. Dia sedang duduk di bawah pohon kecil sambil memeluk lutut. Sayu, angin bayu meniup, lalu menampar tubuh ini.
Indahnya rasa..
Setelah lama berasa tersiksa dengan permainan dunia.. kini aku ingin mencari kebahagiaan yang didahagakan sejak dulu lagi.
" termenung apa tu? " bisik seorang lelaki pada belakang telinganya. Leane menoleh ke belakang dan tersenyum.
Lelaki itu, menghulurkan secawan coconut shake pada Leane. Lalu dia mengambil tempat untuk duduk bersebelahan wanita dicintainya.
" sorrylah, tak terkejut pun " ujar Leane lalu menyisip perlahan air coconut shake yang sejuk itu. Sesuai dengan situasi sekarang yang panas berdering sejak tadi.
" tak suruh terkejut pun " tempelak Fariz, selamba. Leane menarik muncung.
Fariz tertawa kecil. Alahai, sudah tua pun masih lagi nak merajuk. " ingat comel ke "
" dia ni, orang merajuk kan , pujuklah! " marah Leane dengan perlahan, risau tepiknya didengari oleh pengunjung di situ. Coconut shake pada pegangan Leane diletakkan di tepi akar pohon kecil itu agar isinya tidak tumpah. Dia mula berdiri. Berura ura untuk pergi.
" malas nak kawan dengan awak " Ujarnya sambil menepuk punggung untuk membuang habuan pasir yang melekat.
Fariz mengelengkan kepala. " nak pergi mana? "
" mana mana ajalah! " Marah Leane.
Fariz terus menarik lengan Leane yang sedang leka menepuk punggung.
" argh! " Jerit Leane apabila lengan ditarik ke bawah, seaakan memaksanya untuk duduk.
" dudukk " gesa Fariz sambil terus menarik lengan si isteri.
" taknak ! "
Tiba tiba...
Dush
" aduh! " Fariz mengaduh. Leane jatuh di atas Fariz. Tubuhnya sudah rapat menyembah bumi. Habis kemeja biru laut yang dipakainya dibaluti pasir.
Pandangan suami isteri itu berpaut seketika. Fariz tersenyum lagi.
Leane yang mulanya terkejut, kini terleka. Leka dengan senyuman maut Fariz.
Senyuman yang mencuri hatinya sejak dari zaman persekolahan.
Senyuman yang membunuh jiwanya.
Senyuman yang dirinduinya.
" sayang, saya tahu saya ni handsome sampai nak tenung lama lama, tapi awak ni berat tau, kenapa suka sangat landing atas body saya? Patah la rusuk saya macam ni, mujur tak terpijak jantung saya, kang... naya je honeymoon kita " tegur Fariz, diselitkan juga bebelan yang tidak berbayar.
Leane tersentak, dia terus mengangkat tubuh untuk duduk agar tidak berada di atas tubuh Fariz lagi. Malu tak terkata.
Fariz juga mula mengangkat tubuh untuk duduk. " tolong tepukkan belakang badan saya yang berpasir ni " pinta Fariz. Dia memusingkan badan membelakangi Leane. Leane yang masih lagi tidak faham apa yang terjadi sebentar tadi, lambat lambat menurut perintah. Dia menepuk perlahan belakang badan Fariz sehinggalah pasir halus pada bajunya hilang.
" pasir termasuk dalam seluar dalam la pulak "
Seperti batu jatuh ke atas kepala. Inilah Fariz dengan loyak buruknya. Leane menarik muka lalu dia menampar dahi. Ya Allah suami aku ini... selambanya dia cakap.. boleh tahan kuat pulak tu!
" tak tahu malu eh? " balas Leane. Rasa nak ikat aje mulut si Fariz ni.
" Dengan sayang nak malu apa.. " senyuman pada bibir Leane tidak dapat ditahan. Fariz juga tersenyum. Suka melihat Leane tersenyum begitu.
YOU ARE READING
Forever, You're Mine !
RomancePERHATIAN! Sebelum membaca buku ini harap pembaca dapat membaca buku PLEASE YOU'RE MINE DAHULU sebelum membaca buku ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa membaca. Ini adalah PLEASE YOU'RE MINE 2 ! WARNING : BACAAN PRIVATE SELEPAS BAB 10!! ...