Aku berlari laju untuk keluar dari sekolah. Kerana aku ingin mengambil adik aku di sekolah rendahnya. Beg yang tersarung di bahu aku perbetulkan supaya beg tersebut tidak jatuh.
Keluar dari pagar sekolah, aku terus masuk ke lorong kecil yang sudah biasa aku lalu untuk mengambil adikku. Sedang aku berlari, tangan aku ditarik ke belakang dan mulut aku ditekup.
Mata aku terbuntang.
'Siapa yang cuba menculik aku ni?' Aku cuba untuk melawan tapi badan aku seperti lemah. Mungkin kerana bau yang melekat pada sapu tangan tadi. Orang itu mengheret aku ke satu kenderaan yang aku tidak pasti jenamanya. Diletakkan aku di atas kerusi kereta manakala aku pada masa itu, sudah mula pengsan.
-----
Perlahan lahan mata aku terbuka. Apa yang aku dapat lihat ialah aku berada di dalam sebuah bilik yang gelap. Aku cuba untuk bangun dari pembaringan aku.
"Auch" aku memegang kepala aku yang sakit. Mungkin kerana ubat yang diberikannya tadi. Beberapa minit selepas itu, aku berdiri perlahan lahan dan cuba mencari jalan keluar. Tapi tak ada.
Kerana bilik yang gelap aku terpaksa memegang satu per satu barang yang ada untuk memastikan jika aku boleh menggunakan barang tersebut untuk keluar dari sini.
Tapi tiada juga, hanya sebuah lampu dan frame yang aku tidak tahu apa gambar yanh diletakkan.
Aku mula menggigil. Pelbagai bayangan yang aku fikir sekarang.
' aku akan dibunuh untuk mendapat organ?'
'Atau... aku akan diseksa untuk menjadi hamba abdi?'
Dengan fikiran yang bukan bukan itu membuatkan perasaan takut aku makin menebal. Terus aku terduduk di atas lantai dengan tangan dan kaki yang terketar ketar.
Tangisan mula terhambur. "Adik... maafkan kakak hiks.... Mama... tolong kakak mama... kakak takut... hiks " tersedu sedu aku menangis.
Mungkin kerana tangisan aku terlalu kuat, tiba tiba saja pintu terbuka. Membuatkan tangisan aku terhenti dan perlahan lahan aku mengesot ke belakang.
Kelihatan seorang lelaki berdiri di hadapan pintu. Dia memakai kemeja berwarna biru muda dan seluar slack dan sedanh tersenyum manis memandang aku.
"Dah bangun?" Soalnya kepada aku. Aku mendiamkan diri. Lelaki itu perlahan lahan mendekati aku dan aku pula makin kebelakang sehinggalah aku sudah tidak boleh kebelakang lagi kerana ada dinding di belakang aku. Takut, gementar semuanya ada sekarang.
Dia makin dekat dengan aku. Dan perlahan lahan dia melutut di hadapan aku. "You menangis ke?" Soalnya lembut. Aku mencengkam kuat skirt sekolah aku.
Lelaki itu mengejutkan aku dengan mengelap airmata aku yang bersisa. Aku menepis tangannya.
"Jangan sentuh saya" kata aku. Dia tersenyum sambil menggosok rambutnya.
"Sorry babygirl" jawapannya membuatkan aku makin gementar.
'Babygirl? Apakah?'
"Qastilla Umairah. 17 tahun kan?" Aku memandangnya dengan pandangan yang terkejut manakala dia hanya membalas pandang aku dengan tersenyum sinis.
"Mac- macam mana awak tahu?" Soal aku tergagap gagap.
"Tak perlu tanya, I ada cara I sendiri. Yang penting, I dah jumpa babygirl yang dah lama I cari" katanya.
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...