Ini baru new chapter awak semua 😂😊 maafler bagi fakehope
"Kenapa you masak? Bukan I suruh you rehat ke?" suara garau dia bergema di ruang dapur. Aku hanya mendiamkan diri dan menyediakan sarapan kami. Pinggan aku capai untuk letakkan french toast dan juga spaghetti tapi ada satu tangan yang menghalang perbuatan aku.
"I buat, you duduk" arahnya tegas. Aku hanya mengikut arahannya. Takut jika dia perasan dengan perubahan aku. Aku duduk di atas kerusi dan hanya melihat dia yang lincah mengemas dapur yang sedikit kotor dan meletakkan makanan tadi ke dalam pinggan.
Dia tersenyum memandang aku dan meletakkan pinggan tersebut di atas meja lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi.
Dia memberi aku pinggan untuk mengisi makanan tapi aku menggeleng.
Dia yang tadinya tersenyum kini hanya memandang aku dengan pandangan bimbang.
Betul ke bimbang?
"Kenapa you taknak makan? Biasa you yang paling kuat makan" katanya. Aku berdiri dan meletakkan spaghetti ke dalam pinggan tadi. Tapi pinggan tersebut aku hidangkan padanya dan bukan pada aku. Dia hanya memerhatikan aku dengan pandangan sepetnya.
"You ada masalah?" Soalnya.
Aku menggelengkan kepala dan mencapai french toast. Aku gigit sedikit roti tersebut.
"Saya tak larat. Penat" balas aku.
"Kenapa penat?" Soalnya lagi.
Aku menekup muka aku sebentar.
'Penat dengan drama awak'
Aku melepaskan tekupan di muka aku dan tersenyum tipis memandangnya.
"Saya penat sebab perut saya makin berat" balas aku. Ini pun perkara yang sebenarnya aku ingin luahkan.
Walaupun kandungan aku baru mencecah 3 bulan, tetapi sungguh aku merasakan perut aku mula memberat. Aku menjadi cepat lelah walaupun hanya berjalan sekejap.
Dia terus berdiri dan mendekati aku. Dia cuba untuk menyentuh perut aku tetapi aku pegang tangannya terlebih dahulu sambil mengerutkan kening aku.
"Awak nak buat apa?" Soal aku.
"Nak check ada berapa baby" katanya selamba dan dia meletakkan tangannya di perut aku. Lagi pening kepala aku dengan sikapnya yang seperti sewel.
'Boleh ke tahu baby ada berapa dalam perut hanya dengan sentuhan tangan sahaja?'
'Heh, ridiculous'
Aku mengetuk perlahan kepalanya. Dia mengalihkan tangannya dari perut aku dan mengusap kepalanya yang aku ketuk tadi.
"Aduh.. kenapa ketuk?" Soalnya perlahan.
"Awak buat benda bodoh macam ni buat apa? Mana boleh tahu ada berapa baby hanya dengan sentuhan saja" balas aku dengan nada menyampah.
Pertama kali,
Aku rasa aku menyampah dengan dia.
Dia mengerutkan keningnya dan berdiri. Matanya kelihatan sepet memandang aku manakala aku hanya mengunyah french toast tadi.
" Bodoh? I'm trying to make a joke just now, why you're being so emotional? Okay, you want the real reason why you feel the tummy heavy? Because you're eating too much!" Hamburnya tegas.
Aku cuba menahan perasaan kecewa aku dengan jawapannya. Aku meletakkan french toast yang aku kunyah tadi ke atas pinggan semula.
"Ouh, sebab saya kuat makan lah? Sebab tu perut saya rasa berat?" Soal aku. Dia mengangguk tanpa ragu ragu.
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...