"Baby... wake up!" Aku terjaga apabila dia memicit kuat pipi aku. Terkebil kebil mata aku memandang dia yang sudah siap berpakaian kemeja dan beg kerjanya. Aku perlahan lahan bangun dari pembaringan dan menggosok mata aku.
"Awak nak pergi kerja ya? Sekejap eh saya masak" kata aku lalu turun dari katil. Aku cuba mencapai baju aku yang berada di atas katil tetapi dia terlebih dahulu memegang tangan aku membuatkan aku menoleh memandangnya.
"I don't need your cooks today baby... I already make our breakfast" katanya perlahan. Aku memandangnya dengan mata yang terbuntang.
'Sekarang pukul berapa?'
Mata aku beralih pula ke arah jam yang berada di pintu. Lagi sekali aku terkejut. Dah pukul 8.30?! Lambatnya aku bangun. Kebiasaannya aku akan terbangun pada pukul 6.40.
Dengan perasaan yang malu aku bersuara "Maaf, saya tertidur lama sangat" kata aku sambil bermain dengan hujung rambut aku.
Dia mendekati aku lalu mencium dahi aku. "It's okay baby I know you tired. By the way the person that I pay to take care of you has already arrived. And I already pick the clothes for you to wear. Wear it." aku mengangguk dan dia mencium sekilas dahi aku.
"Take care baby" katanya dan serentak keluar dari kamar. Aku hanya tersenyum nipis apabila terkenangkan perbuatannya tadi.
Aku cepat cepat menggelengkan kepala. Menghilangkan perasaan rama rama di perut aku. Aku capai tuala dan masuk ke dalam bilik air.
—————
Aku menjegulkan kepala aku ke luar kamar. Melihat jika si pekerja yang dia upah berada di kawasan yang sama dengan aku. Tapi tiada.
Aku terus melangkah keluar dari kamar dengan memakai baju T shirt longgar bersama seluar tracksuit. Aku juga agak kekok dengan pakaian ini kerana aku sudah terbiasa dengan kemeja labuh dia.
"May I help you mrs?" Aku tersentak dengan satu suara garau di sebelah aku. Terus aku berpaling. Dia lelaki. Badannya tegap dan matanya berwarna kelabu. Hidungnya boleh tahan mancung.
"Erm.. are you the one who are going to take care of me?" Soal aku perlahan. Dia mengangguk. "Are you malaysian?" Soalnya pula. Aku mengangguk dan tersenyum tipis. Dia tersenyum sehingga menampakkan giginya.
"Saya malaysia jugalah. Nama saya Hariz. Sayalah yang akan jaga Puan. Saya telah diupah oleh Tuan untuk menjaga Puan sehingga dia pulang" jelas Hariz kepada aku. Aku mengangguk.
"Puan ada apa apa yang nak saya lakukan?" Soalnya. Aku menggeleng "Boleh tak jangan panggil saya Puan? Panggil saja saya Humaira" pinta aku kepadanya.
Dia menggelengkan kepalanya. "I'm sorry mrs Humairah who has a such nice name. But I can't. Tuan dah memberi amaran kepada saya supaya memanggil Puan dengan panggilan ini" balasnya pula. Mahu tidak mahu aku mengangguk sahaja.
"Okaylah macamtu. Awak duduk jelah dekat bawah. Saya nak duduk dalam bilik" kata aku kemudian berlalu masuk semula ke dalam kamar. Aku sebenarnya agak tidak berpuas hati dengan perbuatan dia yang memilih lelaki sebagai penjaga aku.
Dia lelaki kot! Aku perempuan!
Malas untuk terus berfikir, aku terus berbaring dan cuba untuk membaca buku yang terdapat di rak bukunya. Tapi sekali lagi aku diganggu dengan ketukan pintu dari luar. Aku mengambil alat kawalan dan menekan butang buka.
Terpampang muka Hariz dengan dulang di tangannya. Aku terus berdiri. "Kenapa perlu bawa dulang ni? Saya tak lapar lah" kata aku seperti terkejut dengan tindakannya yang membawa makanan untuk aku.
"Tuan baru call saya dan menyuruh Puan makan sekarang juga. Dan Tuan suruh saya serahkan telefon kepada Puan. Dia nak bercakap dengan Puan. Saya keluar dulu ya" dia meletakkan dulang di atas meja dan keluar dari kamar.
Aku bangun dan mengambil telefon di atas meja. Aku menekang butang on dan terus terpampang wallpaper aku dan dia yang sedang tidur sambil berpelukan. Terus pipi aku merona.
'Macam mana dia tangkap ni?'
Aku membuka satu aplikasi whatsapp memandangkan itu sahaja aplikasi yang ada di telefon tersebut. Ada satu mesej terpampang di whatsapp. Aku buka mesej tersebut.
My Daddy: did you get the phone?
Me: dah dapat
My Daddy: Good! So now I would not have to hold my feelings when I can text you.
My Daddy: have you eat your breakfast?
Me: belum... saya tak lapar
My Daddy: babygirl. I need you to eat your breakfast. Because I will come back home during lunch.
What?!
Me: kan awak kena balik pergi kerja kan? Takpayahlah awak
My Daddy: I don't care
My Daddy: I will be home by 12.15
My Daddy: eat your breakfast now babygirl. I will bought us lunch later.
Terus aku offline dari whatsapp dengan wajah yang sudah berbahang. Mahu tak mahu aku makan juga sarapan yang diberikan oleh Hariz tadi. Aku menyuapkan fettucine carbonara yang diberi sementara menunggu 3 jam lagi sebelum dia pulang.
ANDA SEDANG MEMBACA
BAD
Storie d'amore[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...
