"Baby mummy cepat! Dah lambat nak check up the babies!" Jerit Adonis yang berada di pintu villa. Dia melihat jam yang terletak di pergelangan tangannya.
'8.20'
Umairah sedang bertungkus lumus memakai shawl yang dibelikan Adonis beberapa hari yang lalu. Dia menyarungkan shawl tersebut lalu mencapai pin tudung.
"Dah lama tak pakai tudung, nak pakai tudung pun taktahu dah" bebel Umairah dalam dia membelitkan shawl tersebut.
Apabila siap, Umairah melihat rupanya di cermin.
'Bolehlah ni'
Kemudian Umairah bergegas turun ke bawah. Takut jika terlambat dan Adonis akan membebel padanya.
"Awak! Saya dah siap, jom!" Kata Umairah dan dia keluar dari rumah melepasi Adonis yang terkejut melihat penampilan Umairah.
Pertama kali dia melihat Umairah pakai shawl. Dulu, hanya tudung sekolah yang disarungkan. Kini, kelihatan manis saja Umairah dalam penampilannya ini. Tidak seksi, tapi cukup membuat hatinya berdebar apabila melihatnya.
Adonis menutup pintu villa dan mengunci pintu tersebut. Kemudian, dia masuk ke dalam kereta dan dihidupkan enjin kereta.
Adonis tak pandang Umairah sepanjang perjalanan ke hospital. Takut kalau terlanggar tiang sebab angau.
Umairah perasan Adonis tidak memandang dia seperti selalu tapi dia tak terasa. Biarlah, mungkin Adonis menjaga matanya.
—————
"Mr" tegur seorang jururawat. Mereka sama sama memandang ke arah jururawat tersebut. Dia tersenyum pada Adonis dan bersuara."Someone needs you. The patient getting critical and we need your help. Can you?" Katanya dalam nada tenang. Umairah memandangnya pelik.
'Takkanlah orang dah kritikal boleh tenang macam ni.. kan?'
"Baby mummy" Umairah menoleh memandang Adonis.
"Duduk kat bilik I, sebentar lagi I datang check up you. I have work to do now" katanya. Umairah mengangguk dan dia tersenyum. Dia menggosok tudung Umairah yang membuatkan dia mencebik.
"Rosak tudung saya" ujar Umairah.
"Nah.. as long as I love you" balas Adonis dan dia terus beredar bersama jururawat tadi. Dalam mereka beredar Umairah melihat penampilan jururawat tadi.
'Mak dia... bapak seksi je aku tengok'
Umairah menggelengkan kepalanya dan bergerak menuju ke bilik Adonis. Dia membuka pintu bilik Adonis dan berbaring di atas katil untuk pemeriksaan bayi.
Dia menutup matanya sejenak sementara menunggu Adonis pulang semula. Sekejap, bermain dengan jari. Sekejap, bercakap dengan bayi dalam kandungan.
—————
Umairah tersentak apabila terdapat bunyi sesuatu jatuh di bilik Adonis. Dia membuka matanya dan duduk.
Matanya melilau melihat jika ada barang jatuh.
Tapi tiada.
Umairah mengeluh.
"Mungkin kat luar kot" bisiknya perlahan. Umairah cuba untuk berbaring semula dan menunggu Adonis. Tetapi, sesuatu telah menghentikan perbuatannya untuk berbaring semula.
"Who's there?" Soal Umairah perlahan.
Umairah tak tahu siapa di sebalik langsir itu, tapi dia tahu itu lelaki. Kerana penampilan dari bayangnya.
Umairah mencengkam cadar, menahan perasaan takut yang mula bergelumang dalam diri. Tangannya yang terketar dibiarkan.
'Buat berani'
"Show yourself, don't be such a coward cockroaches" nadanya makin meninggi.
Nampak pergerakannya ingin membuka langsir tersebut. Umairah menunggu dengan penuh debaran di dada.
"Qas is no longer a coward I think" dia bersuara dengan suara huskynya. Umairah tidak dapat mengecam suara tersebut. Tapi apabila lelaki tersebut menunjukkan rupanya, automatik Umairah turun dari katil tadi dan menapak ke belakang.
Cuba untuk lari.
"Jauh juga you lari ya Qas" katanya. Bibir Umairah terketar ketar mahu menjawab.
"Macam mana kau ada kat sini?" Soalnya.
"Why?" Dia ketawa.
"It's me who should ask you that. Why are you here, in my brother room?"
Umairah terdiam.
Tidak tahu mahu menjawab apa.
"Don't have any excuse? Or you're here to meet me? Remember Qas, remember who I am and why I must find you" katanya dengan penuh sinis.
Umairah menggeleng.
"Tak! Jangan kacau saya lagi Alexander" serentak itu, Umairah terus berlari keluar dari bilik Adonis. Matanya melilau mencari bayang Adonis.
Sempat juga Umairah melihat jam. Sudah 2 jam tetapi Adonis masih belum muncul di dalam bilik.
Umairah mencari lagi Adonis sehinggalah di suatu tempat di lobi. Orang ramai berkumpul di situ.
Umairah cepat cepat berlari untuk melihat.
Dan apa yang dilihatnya sekarang amat mengejutkan. Matanya berkaca.
"Adonis.." panggil Umairah. Tapi tidak dibalas panggilannya itu.
Tahu apa yang dilihat Umairah?
Adonis make out with the nurse we met earlier .. they make out in front of lot people.. while people cheer up for them.
Umairah menggelengkan kepalanya dan terus beredar dari situ.
Umairah diam dan diam. Tidak mahu mengeruhkan keadaan jika dia bertindak untuk memukul Adonis. Dalam dia beredar, dia hanya mengusap perutnya.
"Mummy minta maaf" ucapnya.
Sampai di parkir lot, baru dia sedar.
Dia tiada kereta.
Dia mengeluh kasar dan melutut.
"Ya Allah.. beratnya dugaan aku kali ni.. orang yang aku sayang berasmara dengan orang lain depan mata aku...sekarang, aku ada anak aku saja" kata Umairah dalam sendunya.
"Woi minah" Umairah tersentak dan mendongak memandang orang tersebut.
Mata Umairah terbuntang manakala orang tersebut hanya tersenyum lebar memandang Umairah .
Sorry, makin hambar pula cerita ni. 😅

ANDA SEDANG MEMBACA
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...