"Kenapa?" Soal aku kepadanya apabila dia seperti dalam kerisauan. Dia menoleh dan meletakkan telefonnya di atas meja.
"Tak, Daddy call Hariz. Tapi tak dapat. Daddy risau nak tinggalkan mummy seorang kat sini" katanya. Aku tersentak sebentar.
Hariz marah?
Tiba tiba telefon dia berbunyi. Dia tersenyum dan menunjukkan skrin telefonnya. "Hariz call me back" kemudian dia mengangkat panggilan tersebut.
"Hello? Where are you? Oh really?! I'm going to work now and I'm worried about mrs. Is that so? Okay then" kemudian dia meletakkan panggilan. Jarinya menekan papan kekunci di telefon.
"Okay baby, I already give Hariz your number because I can't call you during work. He said he will call you if he's late so you don't have to wait for him. Okay my baby mummy. Bai!" Dia mencium sekilas bibir aku dan terus dia keluar dari villa.
Aku termangu sebentar selepas mendengar katanya tadi.
'Dia bagi nombor aku?'
Aku meramas kasar rambut aku sambil menahan perasaan gundah aku. Aku menaiki tangga dan terus masuk ke kamar. Pintu aku kunci awal awal.
Tepat pada waktunya, aku terdengar deringan telefon aku. Aku tersenyum dan terus mengangkat panggilan tersebut.
"Hi daddy!" Sapa aku.
Tapi diam...
Tiada suara yang kedengaran.
"So you called he.. daddy?" Aku terkaku. Bukan kerana soalannya. Tetapi kerana suara garau yang berada dalam talian. Mulut aku terketar ketar apabila aku mula cam suara tersebut.
Hariz
Aku duduk di atas katil sambil menutup perasaan gelisah pada Hariz. Ketawa kekok aku beri pada Hariz yang berada dalam talian.
"Hi Hariz.. ada apa call?" Tanya aku.
"Saja.. nak dengar suara Mai" balasnya. Aku terdiam sejenak. Sebelum aku berdehem. "Emm.. awak tak datang? Tak takut ke Tuan bising?" Soal aku lagi.
Dia diam sebentar.
"Kalau Hariz datang, boleh Mai layan Hariz?" Aku mengerdipkan mata aku beberapa kali. Jantung aku berdebar debar akibat perasaan gementar yang mula menyelubungi aku.
"Ar.. layan?" Soal aku lagi. Dia em tanda ya.
"Mai layan Hariz macam Mai layan Tuan boleh?" Sekali lagi aku terkedu. Aku mengurut pelipis aku.
"Hariz.. apa yang awak minta ni terlalu keterlaluan Hariz.... Awak kena sedar yang Tuan dan saya merupakan majikan awak" balas aku dengan nada rendah.
"So If I quit my job and instead being mr friend. Then, i can take you?" Soalannya kali ini benar benar buat aku naik menyampah.
"Hariz! Sudahlah tu! Apa masalah awak ni?! Awak tahu kan saya memang milik dia? Awak tahu kan saya dah mengandung sekarang?! Kenapa perlu beri saya masalah lagi Hariz!" Tengking aku kepadanya.
Dia diam.
Aku menarik nafas. Mengumpul segala kesabaran aku semula.
"Hariz.. saya tak ada niat nak marah awak.. tapi tolonglah jangan buat saya serabut.. Awak dekati saya macam ni. Awak buat saya kecewa sekejap dengan realiti. Awak ingat, kalau saya kecewa dengan Tuan. Saya akan pergi pada awak Hariz?"
"Sort of" balasnya dengan nada berbaur yakin. Aku menarik nafas sekali lagi.
"Hariz... awak ingat saya patung ke? Awak ingat kalau apa apa jadi pada saya dan Tuan saya akan pergi pada awak?"
Dia diam.
"Saya ada perasaan Hariz. Takkan senang senang je saya nak jatuh pada awak pula kalau apa apa jadi. Mungkin saya memang tak ada masa nak cintakan awak Hariz" kata aku.
Kemudian, aku terus menutup panggilan tersebut.
Aku mengusap muka aku. Kepala aku yang mula pening aku hiraukan. Tapi lama kelamaan, aku mengambil minyak dan sapukan sedikit di belakang leher dan tepi kepala aku.
Kerana aku risau akan kandungan aku.
Telefon aku berdering lagi. Tapi berdering menandakan aku terima satu mesej.
Aku mengambil telefon tersebut dan membuka mesej tersebut.
-
: There must be a way for you to fall in love with me Mai.:I know that!
Aku membaling kasar telefon aku di atas katil. Rambut aku ramas sambil menjerit.
"Argh!! Tak ada perempuan lain ke ha?! Kenapa aku?! Lepas aku nak rasa bahagia dengan dia?! Kenapa?!" Aku tercungap cungap selepas menjerit.
Kemudian aku duduk dan beristighfar.
'Masih ingat kau ya nak beristighfar'
Aku lupuskan fikiran aku dan terus beristighfar. Menenangkan hati aku. Kalau aku belum mengandung. Sudah lama aku lepaskan kemarahan aku yang satu ini.
Setelah aku tenang, aku berbaring dan mengusap perut aku. Sambil membisikkan ayat ayat betapa sayangnya aku dengannya. Betapa aku mahukan bayi ini.
Aku tersenyum.
"Ei mummy rasa macam nak kiss baby je. Tapi baby dalam perut lagi..." aku mencebik.
"Tak apalah baby, mummy usap baby je.. nanti dah keluar mummy peluk baby setiap hari" aku tertawa kecil kerana terlalu gembira melihat perut aku yang mula membuncit.
Aku menutup mata.
'Lebih baik tidur sekejap. Baru pukul 8.30 sekarang'
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...