Pintu villa tersebut terbuka dan memaparkan muka dia yang tersenyum melihat aku. Aku hanya tersenyum tipis. Sambil menahan diri daripada bersedih akibat daripada perbuatan dan kata kata Hariz.
Ketika dia belum pulang, aku mengurung diri aku di dalam kamar. Panggilan Hariz yang menyuruh aku keluar aku biarkan sahaja. Ketika dia menelefon mengatakan dia akan pulang barulah aku turun. Kerana aku tahu pada saat itu Hariz sudah pun tiada.
Dia mendekati aku lalu mengucup lembut dahi aku. Kemudian dia menggomol pipi aku membuatkan aku merengek tidak suka.
"Taknaklah... sakitlah daddy" kata aku. Dia tersengih kemudian dibawanya aku ke dalam pelukannya. Dia mengangkat sedikit aku lalu memusingkan badan aku dan dia dengan laju. Membuatkan aku lebih mengeratkan pelukan kami.
"Daddy dahlah nanti mummy jatuh..." aku menjerit di telinganya. Dia menggelengkan kepalanya dan meletakkan aku di lantai semula. Dia menggosok telinganya
"Sakit telinga daddy mummy jerit macam tu tau" adunya. Aku tersengih "Siapa suruh pusingkan orang macam tu" balas aku semula. Dia meletakkan tangannya di bahu aku lalu dia memberatkan badannya untuk aku menampungnya.
"Jalan!" Jeritnya
"Aduh! Daddy! Daddy ni beratlah mana boleh jalan kalau macam ni beratnya"
Dia berdiri tegak semula dan mengangkat tangannya daripada bahu aku. Pipi dia kucup sekilas kemudian dia tersengih.
"Ala ciannya mummy ni" dia mainkan jarinya di dagu aku. Aku tepis perlahan dan terus berjalan menaiki tangga untuk masuk ke kamar.
"Amboi! Tak tunggu daddy nampak"
"Ada kaki jalanlah ikut" balas aku selamba.
"Kalau daddy dapat mummy, siap mummy daddy kerjakan!" Jeritnya lagi dan aku mula terdengar bunyi tapak kaki seperti berlari. Terus aku melajukan langkah aku. Aku tak mahu berlari kerana aku risau jika aku terjatuh.
"I'm coming...." dia bersuara meleret. Aku tersengih dan makin melajukan langkah aku. Sesampainya di tingkat tiga, aku berlari sambil ketawa tapi ketawa aku mula pudar apabila aku lihat.
Hariz berada di hadapan. Dengan pandangan yang tajam memandang aku. Aku terus berhenti berjalan laju dan berdiri tegak.
Liur aku telan
"Gotcha!" Dia memeluk aku dari belakang dan ketawa. Kepala dia sembamkan di leher aku. Aku masih memandang Hariz. Jelas yang dia mengepal penumbuknya.
"Oh Hariz, what are you doing here?" Soal dia yang baru sedar akan kehadiran Hariz. Hariz mengalihkan pandangannya kepada dia. Dia menggosok belakang lehernya.
"I fell asleep. I'm just awake and realize that my work has done when I look at my phone" jelasnya. Dia mengangguk dan menarik aku supaya ke tepi.
"You may go now" katanya. Hariz mengangguk dan perlahan lahan dia melintasi kami. Selepas bayang Hariz hilang, dia menarik aku masuk ke kamar kami yang berada di tempat Hariz berdiri tadi.
Pintu ditutup dan terus dia mendudukkan aku. Aku mendongak memandangnya. "Daddy nak mandi. Mummy tunggu kejap tau" katanya sambil mengusap rambut aku. Aku hanya mengangguk dan berbaring di atas katil.
Terdengar bunyi tali pinggang dibuka. Menandakan dia sudah menanggalkan pakaiannya untuk mandi. Beberapa minit kemudian, aku terdengar bunyi pintu ditutup. Aku memejamkan mata.
Tapi apabila aku memejamkan mata, bayang Hariz yang memandang aku tajam mula keluar diselitkan sekali dengan suara Hariz pagi tadi.
Aku membuka mata dan terduduk. Perut aku usap perlahan.
'Baby.. apa mummy perlu buat sekarang?'
Aku kemudian mengangkat kepala aku dan termenung. Memikirkan segala perkara yang terjadi.
'Kenapa Hariz perlu suka aku?'
'Tapi apa yang Hariz kata pagi tadi menyentakkan aku jugak'
"Mummy" aku tersentak apabila ada petikan jari di hadapan aku berserta panggilan. Aku menoleh dan melihat dia yang baru keluar dari tandas. Rambutnya yang basah dia gosok dengan tuala.
"Kenapa termenung?" Soalnya. Aku menggeleng. "Tak adalah, saja je nak pandang situ. Mungkin baby suka pandang situ" kata aku. Dia duduk di lantai dan menongkat dagunya di atas katil.
"Hm... mungkin sebab kat situ kot dia start menjadi" katanya selamba. Aku dah ei... lalu aku menepuk tangannya yang berada di atas katil.
"Merepek jelah daddy ni" kata aku.
"Betul kan?" Katanya.
Aku diam.
"Daddy"
"Emm" dia menyahut. Aku menggigit bibir aku.
"Awak sayang saya?" Soal aku berhati hati.
Perlakuannya yang sedang mengusap perut aku terhenti. Dia menarik tangannya dari perut aku. "You dah makan?" Dia tiba tiba menukar topik.
Deg!
Jantung aku terjatuh ke?
"Benci awak! Orang tua tak sedar diri!" Balas aku dengan nada sedikit kuat.
"Apa tadi? Tak dengar" balasnya keras.
Aku diam.
"Adoi!" Jerit aku apabila dia menepuk peha aku. Aku mengangkat kepala aku daripada bantal dan menoleh memandangnya.
"Kenapa pukul?"
"Siapa suruh cakap daddy orang tua? Padan muka"
"Memang daddy orang tua. Tengok sahajalah pada beard daddy yang dah tumbuh sikit" balas aku. Dia menyentuh bawah dagunya dan memandang aku.
"Ada beard?" Aku mengangguk kemudian dia mencebik. "Daddy tak suka ada beard" aku ketawa.
"Tapi rasanya daddy tahu apa kegunaan beard ni" katanya. Aku berhenti ketawa dan memandangnya.
"Apa dia?"
"Ni" terus dia menjatuhkan aku. Lalu dia menggosok pipi dan dagunya yang mula tumbuh sedikit beard di pipi aku membuatkan aku ketawa geli.
"Awak!! Gelilah hahahahaha stop stop awakkk" dia mengangkat kepalanya memandang aku dan kemudian menggeleng.
Dia gosokkan dagu dan pipi nya ke leher aku pula. Ketawa aku lebih kuat berbanding tadi.
"Sekarang dah nampak kan kegunaannya?" Katanya sambil menjongketkan keningnya. Aku tersenyum ceria dan mengangguk.
"Tapi kalau daddy buat lagi mummy taknak tidur dengan daddy" ugut aku.
"Tak apa, nanti mummy mesti datang balik kat daddy"
Aku mencebik
Dia ketawa dan memeluk aku.
'Kau fikir kau berjaya mengubah topik? Dia memang tak ada perasaan dengan kau Umairah'
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...