16

29.6K 931 17
                                    

"Qastilla Umairah!" Jeritannya membuatkan aku berdiri kaku di ruang tamu. Aku mengerling perlahan ke arahnya yang sedang bercekak pinggang. Perlahan lahan juga aku menoleh ke arahnya dengan sengihan yang sengaja aku tujukan padanya.

"Dah balik?" Soal aku dengan suara yang agak kekok.

Dia membuntangkan matanya. "Apa mummy buat ni? Kan daddy dah pesan JANGAN BUAT KERJA RUMAH! Hariz yang kena buat semua ni lah... berapa kali daddy nak cakap ni" bebelnya kepada aku. Kepalanya kadang kadang diurut tanda risau dengan aku yang sudah 2 bulan mengandung.

Semenjak dia tahu aku mengandung, dia menyuruh aku untuk sentiasa memanggilnya daddy manakala dia memanggil aku mummy. Katanya agar kami tidak kekok untuk menggunakan panggilan tersebut apabila bayi kami sudah lahir.

"Mummy nak angkat barang mummy je" rungut aku kepadanya. Dia menggelengkan kepalanya dan mendekati aku. Bekas yang berisi baju dia angkat menggunakan sebelah tangannya. Sebelah tangannya lagi menggengam erat tangan aku.

"Takpayah, daddy angkatkan untuk mummy. Mummy kena ingat, mummy tengah mengandung and the baby still weak. 2 months mummy" bebelnya lagi sambil membawa aku dan bekas tersebut ke bilik kami.Aku hanya diam dan mencebikkan bibir aku.

Apabila kami berdua menapak masuk ke dalam bilik, Dia mendudukkan aku di atas katil dan bekas tersebut diletakkan di bawah dalam almari yang kosong. Aku yang masih mencebik hanya menunduk memandang kaki aku.

Kedengaran dia mengeluh "mummy.. daddy bukan nak marah mummy. Cuba mummy fikir, kalau mummy buat kerja berat berat then something happens to both of you. Nak ke? Mummy tak sayang baby ke?" Soalnya. Aku memandangnya "Mestilah sayang. Mana ada ibu yang tak sayang anak" balas aku.

"Haa kalau macam tu dengar cakap daddy. Takpayah buat kerja rumah dah. Mummy cuma duduk rehat je" katanya. Dia mengusap perut aku. Kemudian dia mengucup lembut perut aku yang mula timbul.

Dia mendongak dan tersenyum memandang aku "mummy ada mengidam nak apa apa tak?" Soalnya. Aku hanya menggelengkan kepala "rasanya tak ada. Sebab daddy dah beli banyak sangat makanan untuk mummy" balas aku jujur. Dia berdiri dan duduk di sebelah aku.

"Yeke?" Soalnya lagi. Aku mengangguk. Dia menjongketkan keningnya. "Okaylah macam tu. I takut you craving something. I ada baca kat laman web yang kalau orang mengandung tak dapat apa yang dia nak, bayi lahir nanti airliur meleleh. I taknaklah macam tu" jelas kepada aku.

Aku menggelengkan kepala aku. "Buat masa sekarang tak ada. Kalau ada saya bagitahu" balas aku. Dia mengangguk.

"Dahlah jom tidur" ajaknya. Aku hanya mengangguk dan berbaring bersamanya.

—————

"Daddy!" Jerit aku. Dia terbangun dari tidur dan memandang aku dengan mata yang masih tersisa kantuknya. "Why mummy? Are you hurt? Or the baby is coming?" Soalnya. Aku menggelengkan kepala aku. "Mana ada baby lahir masa 2 bulan" balas aku. Dia menggosok matanya. "Then?" Tanyanya lagi. Aku menggosok perut aku.

"Mummy sebenarnya lapar" adu aku. Aku mengambil kesempatan dengan memberi kucupan di pipinya. Kemudian aku memeluknya. Dia mengusap rambut aku. Kemudian dia mengeratkan pelukan kami.

"Mummy nak makan apa? Sekarang dah pukul 3 pagi mummy.... ada makan apa je?" Katanya lembut. Aku mengusap dadanya yang tidak berlapik baju. "Nak makan pudding marble" balas aku. Aku mencebik dan mendongak memandangnya.

Dia mengucup dahi aku. "Mummy... kita tidur dulu ya. Esok baru kita cari pudding. Boleh? Sekarang pukul 3 pagi mummy. Mummy nak suruh daddy keluar tinggalkan mummy seorang ke dekat villa ni?" Soalnya.

Aku yang mendengar cepat cepat menggelengkan kepala. Tangan aku yang berada di pinggangnya aku letakkan di lehernya pula. Aku berdiri sedikit dan mendekatkan badan aku dengannya.

"Taknaklah! Takutlah duduk rumah seorang" balas aku. Dia menarik selimut dan menutup badan kami yang terdedah. "Tau pun" dia mengucup dahi aku lagi. "Kita tidur dulu eh mummy. Janganlah sedih sedih nanti kesian baby sedih juga. Esok daddy belanja pudding mummy. Okay?" Ujarnya dengan nada memujuk.

Aku hanya mencebik dan mengangguk. Walaupun tekak aku memang memanggil pudding marble. Daripada dia tinggalkan aku, lebih baik esok. At least ada juga Hariz untuk temankan aku.

Dia membaringkan aku di atas katil. Dia mengiringkan aku dan berbaring membelakangkan aku. Peha aku dia tepuk. "Sleep eh mummy" ujarnya.

—————

Aku terjaga daripada tidur. Aku duduk dan lihat sekeliling aku. Eh! Mana dia? Aku berdiri dan keluar dari kamar. Aku menutup badan aku menggunakan selimut yang panjang. Mencari Hariz.

"Hariz! Hariz!" Panggil aku. Kemudian, kedengaran tapak kaki mendekati aku. "Em.. Ya puan?" Aku menoleh dan melihat Hariz yang berpakaian tuxedo hari ini. Aku mengerutkan kening aku. "Kenapa awak pakai baju ni?" Tanya aku.

Dia membuka mulutnya sedikit. "Saya ada kerja lepas ini" balasnya. Aku hanya mengangguk. Dia menggosok belakang lehernya dan bersuara "Puan nak tanya apa?" Aku terus tersedar apa yang aku ingin bertanya dari tadi.

"Oh haa.. em Tuan mana?" Soal aku.

"Tuan dah pergi kerja Puan" balasnya. Aku membuntangkan mata aku.

'Seriously?! Habistu? My pudding?'

Terasa mahu menangis saja aku ketika itu. Sudah lupakah dia dengan makanan yang aku teringin mahu makan? Aku sudah lama mengidam nak makan pudding.. Sampainya hati lupa...

"Tuan tak ada cakap apa apa kat awak?"

Dia menggeleng.

Aku menunduk. Terasa hampa jiwa aku sesaat apabila dia tidak memberitahu apa apa kepada Hariz. Kalau tak boleh belikan, suruhlah Hariz.

Aku meminta diri dan masuk ke kamar semula.

BAD Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang