41

18.3K 849 14
                                    

'Never thought you will be this pretty now'

'Just run! Fucking run from here!'

"Umairah! Cepat! Jangan buang masa! Move now'

'Kau jangan ingat kau boleh lari lah sial! Yahhhh'

Umairah terus terjaga dari tidurnya dengan badan yang berpeluh akibat daripada mimpi tadi. Dia menyentuh dadanya dan perutnya sekejap dengan perasaan yang amat takut. Apabila sedar ianya mimpi, Dia mengusap dadanya dan beristighfar sebanyak yang mungkin sehingga dia sendiri mula tenang.

Apabila sudah tenang, Umairah mengusap perutnya dalam dia asyik memikirkan petanda mimpi tadi. Umairah memandang ke arah jam.

'6.15'

Umairah terus bangun dan mencapai tuala di dalam almari lalu dia bergerak masuk ke dalam tandas untuk mandi.

—————

"Rabighfirli waliwali dayya" dengan penuh keikhlasan Umairah menyebut ayat tersebut sebanyak 5 kali sehingga dia mengeluarkan air mata tanpa disedarinya.

'Maafkan Umairah.. Umairah dah banyak buat dosa...' luah Umairah di dalam hatinya.

"Aamiin ya rabbal alamin" sesudah itu, Umairah beristighfar dan berzikir. Itulah rutin yang dilakukan oleh Umairah selepas melakukan solat taubat 3 minggu lepas.

Beberapa minit selepas itu, Umairah berhenti dan bangun dari duduknya. Telekung masih dia sarung memandangkan dia cuba untuk menutup auratnya sekarang. Adonis tidak pula membelikan dia tudung. Mungkin, kerana Adonis lupa ataupun tudung memang susah hendak dicari di sini.

Telekung ini pun entah dari mana Adonis dapatkan. Tapi dia bersyukur kerana Adonis sanggup membelikan dia sepasang telekung yang cantik warnanya.

Dia melipat kain telekung dan juga sejadah yang digunakan tadi dengan rapi. Selepas itu, Umairah tempatkan sejadah dan kain telekung tersebut di dalam almari.

Umairah terus keluar dari bilik dan bergerak menuju ke dapur. Dia mahu memasak hari ini, sudah terlalu lama dia tidak memasak sejak peringatan Adonis yang tidak membenarkan dia untuk memasak kerana mengandung.

Sampai sahaja di dapur, niat Umairah terbantut. Sudah kelihatan Adonis di dalam dapur. Seperti kebiasaannya. Umairah mendekati Adonis. Kemudian, Umairah berdiri di sebelah Adonis yang sedang memotong bahan memasak.

"Awak nak masak apa?" Tanya Umairah. Adonis hanya diam dan fokus dengan potongannya. Selang beberapa saat, barulah dia menjawab.

"I nak buat sup sayur untuk you and also I'm making omelette" balasnya. Umairah mengangguk dan terus duduk di atas kerusi. Kakinya digoyangkan sementara menunggu Adonis selesai masak. Malas mahu menganggu Adonis yang sedang bertungkus lumus untuk memasak.

"You diam je hari ni?" Adonis bertanya. Umairah menggelengkan kepalanya.

"Saya taknak kacau awak masak" balas Umairah. Adonis membasuh sayur sayur yang dipotongnya tadi.

"Cakap sajalah, I really want to hear your voice while I'm cooking" katanya lembut. Umairah terdiam sejenak. Tidak tahu mahu berkata hal apa.

"Awak lapar?" Soalan itu saja yang dipaculkan oleh Umairah. Adonis ketawa dan menggelengkan kepalanya.

"I assume that you really don't have any topic to talk" katanya dalam dia tertawa. Umairah tersengih dan menggaru kepalanya tanda malu.

"Nevermind, biar I je yang mulakan" kata Adonis. Umairah hanya diam dan menunggu kata yang akan dikeluarkan oleh Adonis.

Adonis membuka api dapur dan meletakkan kuali di atasnya. Dia memotong bahan tumis.

"How does it go? Feel better now?" Soal Adonis berhati hati. Umairah tersenyum tipis apabila Adonis bertanyakan hal tersebut. Umairah tahu apa yang dimaksudkan oleh Adonis itu.

"Much better. I found peace in myself" jawab Umairah ringkas. Adonis mengangguk.

"You sekarang tengah cuba pakai tudung kan?" Tanya Adonis dan Umairah mengangguk. Kemudian, baru dia sedar bahawa Adonis tidak dapat melihat jika dia mengangguk.

"Ya" jawab Umairah.

"I lupa nak belikan you tudung, I cuma ingat nak beli telekung dengan sejadah saja" balas Adonis.

"Tak apalah, ini dah cukup untuk saya. Awak belikan saya telekung untuk saya beribadat. Kalau awak beli saya tudung dulu macam hipokrit pula. Pakai tudung tapi tak solat" jelas Umairah. Adonis tangkas memasukkan bahan tumis tadi sambil bersuara.

"I have buy you a new clothes. Those clothes are likely for muslimah. Sorry, if it's a worst clothes you ever had. I don't know where the aurat of woman likely to be" jujur Adonis.

Umairah mengetuk jarinya di atas meja. Dia mengulum senyumannya.

"Dah kira baik awak belikan baju untuk saya. Saya pun tak kisah apa jenis fesyen muslimah awak belikan untuk saya asalkan dia menutup aurat saya. Terima kasih awak"

Adonis tersenyum dalam dia membelakangi Umairah. Terasa gembira apabila Umairah sentiasa menghargai pemberiannya. Tidak pernah dia merungut dengan apa yang diberikan oleh Adonis.

"Sup sayur dah nak masak. Tolong bagi I mangkuk dekat sebelah you tu" arah Adonis. Umairah mencapai mangkuk tersebut dan dihulurkan kepada Adonis.

Adonis mencapai mangkuk tersebut dan serentak itu api dapur ditutup. Sup sayur tadi dia letakkan di dalam 2 mangkuk. Dia membawa mangkuk tersebut di atas meja.

"Makanlah" kata Adonis.

Umairah menggarukan kepalanya.

"Awak? Tak makan? Awak kata nak masak omelette tadi kan?" Kata Umairah. Adonis menggelengkan kepalanya.

"Tak jadi. I nak makan sup sayur dengan you je. Yang lebih tu boleh simpan makan dengan nasi. Pagi ni tak perlu nasi, I takut you terlebih karbohidrat nanti" terang Adonis.

Umairah hanya mengangguk dan mencapai sudu di sebelahnya. Doa makan dibaca oleh Umairah. Adonis yang tidak tahu menahu hanya menadahkan tangannya apabila Umairah membacakan doa. Setelah itu, mereka sama sama mengaminkan bacaan tadi.

Umairah senyum melihat Adonis yang hanya mengikut perilakunya tadi.

BAD Where stories live. Discover now