"Baby" aku terjaga apabila dia mengejutkan aku. Aku mencelikkan mata aku dan lihat dia yang sedang berdiri memakai baju kerjanya.
"Ya awak?" Sahut aku sambil menggosok mata aku. Kemudian, aku mengerdipkan mata aku untuk beberapa kali kerana pandangan mata aku yang agak tidak jelas.
"I nak pergi kerja. Kiss sikit please" katanya sambil membuka lengannya. Aku dengan masih mamai hanya tercengang dengan permintaannya. Lama lama aku bersuara "taknaklah awak, saya tak mandi lagi lah" balas aku.
"Mandi ke tak mandi ke sama je baby. Come!" Dia mendekati aku lalu dipeluknya aku yang berada di atas katil. Aku hanya membalas pelukannya dan menyembamkan tepi kepala aku di bahagian perutnya. Dia memusingkan badan nya beberapa kali ketika dia memeluk aku.
Pelik juga aku, kenapa dia suka sangat berpeluk sekarang? Dulu lain..
"Babygirl, nak kiss" dia bersuara lagi. Aku melepaskan pelukan tadi dan berdiri menggunakan lutut untuk menyamakan tinggi kami. Matanya seperti bersinar sinar melihat aku, perlahan lahan aku memberikan ciuman di pipinya.
"Dah. Bai awak" kata aku tapi dia masih berdiri. Tapi ditambah dengan cebikkan di wajahnya.
"Pipi je?" Soalnya. Aku mengerutkan kening aku. "Habistu?" Dia tersenyum dan mencium sekilas bibir aku. "Ini baru kiss" katanya serentak tersenyum lebar. Aku hanya terkaku dan malu sahaja melihatkan karenahnya. Aku cepat cepat menolaknya supaya keluar dari kamar dan pergi ke kerja.
Dia ketawa dan terus melangkah keluar dari kamar.
Senyumannya yang terpamer di wajah aku tadi perlahan lahan tenggelam. Menimbulkan pula wajah aku yang sugul. Aku duduk berlutut semula dan menyentuh perut aku yang kelihatan sedikit buncit. Aku mengusap perut aku sambil memikirkan benih yang sudah mula tumbuh pada rahim aku.
Tidak pernah terlintas dalam hati aku untuk mengandung. Tapi, sekarang aku sudah hamil 3 minggu. Pada mulanya aku agak takut dan gementar kerana aku masih muda dan aku takut pada reaksi dia apabila tahu aku mengandung.
Jika dia membenci aku kerana perkara ini, aku terima sahaja dengan hati yang terbuka. Tidak sanggup aku untuk menggugurkan kandungan ini. Apatah lagi benih tersebut datang dari orang yang aku mula sayang.
Aku turun dari katil dan mencapai tuala untuk mandi.Kemudian, aku bercadang untuk makan aiskrim yang pernah dibeli oleh dia minggu lepas.
Tapi selepas itu, aku berubah fikiran. Aku memutuskan untuk mengemas rumah dahulu dan barulah aku makan.
—————
Aku mencapai sudu dan terus aku mencedokkan sudu tersebut ke dalam bekas aiskrim. Aku suapkan aiskrim tersebut sambil menutup mata.
Sedapnya!
Aku tak tahu pula nikmat makan aiskrim sampai begini. Aku menjilat bibir aku dan menyuapkan lagi aiskrim tersebut ke dalam mulut aku.
"Puan" aku yang sedang makan aiskrim terhenti apabila Hariz menyapa aku. Aku tersenyum tipis memandang Hariz. "Kenapa?" Soal aku. Dia seperti takut untuk bersuara tapi setelah lama dia berdiri di hadapan aku, barulah dia bersuara.
"Puan mengandung?" Perlahan suaranya. Aku yang mendengar soalannya terdiam seketika. Tidak tahu apa yang perlu aku balas.
"Awak rasa?" Soal aku pula. Dia mengangkat bahunya tanda tidak tahu. "Saya taktahu, tapi tengok gaya Puan ni rasanya Puan mengandung" balas Hariz jujur. Aku hanya memerhatikannya. "Nampak sangat ke?" Kata aku kepadanya.
Dia membuntangkan matanya "Puan betul mengandung? Syukur Alhamdullilah Puan! Tahniah! Tuan tahu tak?" soal Hariz dengan senyuman manisnya. Aku hanya menggeleng.
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...