"Awak.. macam mana Ziqri sekarang?" Soal aku. Dia yang sedang melihat telefon memandang aku lalu menjawab "jail"
Aku mengeluh. "Bila kita boleh jumpa dia?" Tanya aku. Dia meletakkan telefonnya di atas pehanya dan memandang aku.
"You want to meet him? After what he had done to you?" Soalnya serius. Aku mengangguk.
"Awak, dia tak sedar apa yang dia buat pada saya"
"Including touching you?" Aku terdiam. Dia mengurut pelipis dahinya. "Look, I'm not trying to be overprotective, but I have to be overprotective for you. He's totally dangerous and both of us has seen what he capable of. So my decision is no!" Katanya dan menyambung melihat telefon nya.
Aku mencebik.
"Tapi... sekejap saja pun. Dia dah masuk penjara, dia tak boleh buat apa awak" kata aku. Dia berdiri dari kerusi yang dia duduk, telefon dia masukkan ke dalam poket seluarnya dan menyilangkan tangan di dadanya.
"What do you mean with he can't do anything? Anything is possible mummy for a person like him" katanya tegas.
"Ya saya tahu, tapi saya yakin sangat yang dalam penjara tu Ziqri sekarang. Saya kenal sahabat saya macam mana" jawab aku lancar. Dia terdiam sejenak dan berpusing ke arah pintu wad.
"Bagi I masa dulu" kemudian dia berjalan ke arah pintu wad dan keluar. Aku mengeluh dan menunduk melihat jari aku. Selimut yang aku pakai aku selakkan sedikit dan aku capai satu surat yang berlipat yang aku jumpa di bawah bantal malam tadi.
Aku tahu ini dari Ziqri
Bukan Hariz
Aku membuka lipatan surat tersebut dan membaca isi surat tersebut.
Aku tahu aku telah mengambil risiko apabila aku membuat keputusan untuk lari dari bodyguard Tuan hanya untuk berjumpa dengan kau. Aku tahu Tuan akan masukkan aku ke dalam penjara. No doubt for that. Tapi satu je permintaan aku kalau kau baca surat ni.
Jumpa aku.
Dan aku akan ceritakan semuanya kepada kau.
Ziqri
Aku melipat semula surat tersebut. Aku bersandar pada kepala katil. Kerana inilah, aku cuba memujuk dia untuk membawa aku ke penjara.
Aku mahu dengar apa yang Ziqri ingin ceritakan pada aku.
Aku membetulkan kedudukan aku dan berbaring. Surat dari Ziqri aku sorokkan di dalam selimut seperti yang aku lakukan pagi tadi.
'Saya cuba untuk berjumpa awak Ziqri'
—————
"Nah mummy!" Dia hulurkan aku bekal makanan seperti selalu tapi tidak aku ambil. Aku hanya membiarkan dia menghulur bekal tersebut pada aku.
"Tak lapar ke?" Soalnya. Aku diam dan hanya mengusap perut aku. Dia membuka penutup bekal makanan dia bawa tadi dan ditunjukkan kepada aku.
"Wuu look what I bring for you. Ada masak lemak cili api yang I beli kat restoran melayu" katanya dengan nada seloroh. Aku meneguk air liur aku.
Kurang ajar.
Aku tahankan juga nafsu makan aku sekarang. Yang penting, aku mahu mogok dengannya perihal Ziqri. Sudah 4 hari berlalu tapi dia masih tidak mengatakan apa apa. Aku pun sudah mahu keluar dari hospital lagi 2 hari.
"Aik? Taknak makan ke?" Soalnya lagi. Aku mendiamkan diri juga. Rambut yang serabai aku kemaskan sedikit. Berpura pura seperti dia tidak wujud.
"Hm.. okaylah biar I je makan okay?" Kemudian bekal tersebut dia letakkan di atas meja bersebelahan aku. Dia rapatkan kerusi dengan meja tersebut. Sudu dia capai dan aku dapat dengar bunyi kunyahannya serta bunyi giginya yang bergesel dengan sudu besi.
"Sedapnya.... rugi tak makan" katanya seolah olah cuba untuk menarik perhatian aku. Tapi aku tetap buat tak endah.
Satu suapan.
Dua suapan.
Tiga suapan.
Aku memejam kan mata.
"Yela! Makan makan! Habis kan terus! Jangan ingat saya" ujar aku dengan nada seperti terasa. Kemudian aku berbaring dan menyelubungkan seluruh tubuh aku.
' Masa aku mogoklah dia bawa makanan sedap'
Aku terasa sebelah katil wad aku tenggelam. Tanda ada seseorang duduk di sebelah aku.
"Bila masa I habiskan makanan you? I makan makanan I lah. You mesti tak perasan I tukar bekal tadi kan?" Jawapannya membuatkan aku malu sebentar. Aku mengetuk perlahan kepala aku.
'Macam mana aku tak perasan'
"You laparlah ni kan. Meh bangun makan" dia cuba menarik selimut aku tapi aku tahan. "Saya tak laparlah. Sana sana" balas aku.
Dia ketawa.
"Mummy tak lapar eh. Okay kita tengok" dia cuba meletakkan tangannya di perut aku tapi aku tepis.
"Amboi! Okay tanya kat sini sajalah" dia membetulkan duduknya di atas katil.
"Mummy dengan baby dalam perut lapar tak ?" Soalnya lembut.
KRIUK KRIUK
Tiba tiba perut aku berbunyi aku menunduk memandang perut aku dan menekup muka aku malu.
'Baby.. kenapa kantoikan mummy ni'
"See? Baby don't know how to lie okay" katanya dan dia melepaskan ketawa panjang. Membuatkan aku makin malu. Dia kemudian diam dan menarik tangan aku yang berada di dalam selimut.
"Get up, you don't have to be this childish Umairah. I know why you're doing this" katanya.
Aku diam.
"I know that you mad because I didn't give you my decision yet. It just... I'm afraid he may hurt you again.. if he become Hariz. That's why it's taken much time to think"
Aku mendengar dengan teliti.
"And after I'm thinking it hardly, I have make decision to let you meet him" katanya. Aku terus keluar dari selimut dan memandang dia.
"Betul ke? Betul ke?" Tanya aku teruja.
"With one condition" katanya lagi. Aku menjongketkan kening aku.
"Makan" katanya serius. Aku tersenyum dan mengangguk.
"Of course lah boleh! Saya memang lapar pun hehehe" balas aku. Dia tersenyum dan menggosok rambut aku.
"Nak tipu I dengan cakap tak lapar you tu. I kenal you tau. KUAT MAKAN" dia menekan ayat terakhirnya itu. Aku tersengih dan cepat cepat mengambil bekal makanan tadi.
Aku buka penutupnya dan makan sambil tersenyum lagi memandang dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...