"Puan nak cuci pinggan ke?" Soal Hariz yang kebetulan bertembung dengan aku di ruang yang kecil menuju ke dapur. Aku mengangguk dan menunjukkan pinggan aku yang sudah kosong.
Tiba tiba Hariz mengambil pinggan dari tangan aku dan membawa ke dapur. Aku yang terkejut memegang bahunya supaya berhenti.
"Hariz tak payahlah, saya boleh basuh pinggan saya sendiri" kata aku kepadanya. Tapi dia buat tak endah. Aku menjerit namanya beberapa kali sambil mengikuti dia ke dapur. Dia membuka air di sinki. "Tuan suruh saya cucikan pinggan ni untuk Puan" tutur Hariz. Aku mengeluh.
"Takpayah ikut pun tak apalah Hariz" bidas aku pula. Tapi dia mendiamkan dirinya. Aku memusingkan badan aku untuk masuk ke dalam bilik kerana kepala aku yang mula pening. Sempat aku berterima kasih pada Hariz.
Setelah melangkah masuk ke dalam bilik, aku menuju ke bilik air dan mencuci muka aku. Kemudian, aku lihat wajah aku di cermin. Dapat aku lihat perubahan pada wajah aku.
Makin berisi.
Aku rasa macam nak menangis sahaja. Tapi aku tepis perasaan itu jauh jauh. Malas untuk melayan perasaan pada waktu ini. Aku keluar dari bilik air dan berbaring di atas katil.
Aku melihat buku buku yang berada di rak dia. Terdapat banyak buku yang aku tidak faham tajuknya. Kebanyakkan buku tersebut adalah buku yang bertema fiction dan horror. Membuatkan aku tidak jadi untuk membaca buku tersebut.
Tiba tiba aku terfikir tentang perubahan aku sejak kebelakangan ini. Aku sudah makin berisi, perasaan aku cepat sangat berubah. Aku sudah mula mengidam sesuatu dan...
Sudah 1 bulan aku tak datang haid.
Memikirkan perkara tersebut membuatkan aku terduduk dengan perasaan yang berdebar debar. Aku menggigit bibir apabila terfikir satu perkara melalui simptom-simptom ini.
Aku mengandung?
Aku menggelengkan kepala aku.
Tapi aku tak muntah muntah. Setakat pening kepala sahaja dan badan aku berisi. Period aku mungkin tidak teratur buat masa sekarang.
Aku cuba berfikiran positif.
Tapi sekali lagi aku disedarkan dengan satu lagi perkara.
Aku mengusutkan rambut aku dan mula cemas dengan perkara ini. Aku terus berdiri dan mencari Hariz. Setelah beberapa minit mencari, akhirnya aku menjumpai Hariz yang sedang membaca sesuatu di ruang tamu tingkat bawah sekali.
Aku memanggil Hariz. "Hariz..." dia menoleh memandang aku.
"Ya Puan?"
"Boleh awak tolong saya?"
—————
"Hi baby" kedengaran suara si dia menyapa aku yang sedang termenung memandang selimut. Aku hanya tersenyum dan kembali memandang selimut aku semula.
"Have you eaten?" Soalnya sambil perlahan lahan mendekati aku dan mencium dahi aku. Aku mengangguk perlahan walaupun hakikatnya aku tidak makan langsung hari ini melainkan spaghetti goreng yang dia suapkan aku pagi tadi.
"Good girl! Sorry I balik lambat, I ada hal tadi" katanya lagi. Aku mengangguk " tak apa, saya faham. Kerja kan" dalam hati aku, aku dapat rasakan sebenarnya dia berjumpa dengan dear yang dia pernah berhubung bulan lepas. Memikirkan perkara tersebut cukup menyakitkan hati aku pada waktu ini.
Dia tersenyum dan mengangguk. "Thanks for understanding me. I'm going to take a shower first before we go to sleep or You want to sleep first?" Soalnya. Aku hanya terdiam dan mula berbaring di atas katil. Dia pula, melihatkan aku sudah berbaring membuatkan dia menanggalkan pakaian kerjanya dan masuk ke tandas untuk mandi.
Aku melihat ke arah jam.
9.50 malam.
Aku menarik nafas, berharap supaya dia cepat mandi dan tidur sebelum pukul 10.20 malam. Aku hanya menunggu dia keluar dari tandas.
15 minit kemudian, dia keluar dari tandas dan bergerak mendekati aku. "Tak tidur lagi?" Soalnya. "Saya tunggu awak" balas aku. Dia tersenyum dan diambil baju tidurnya yang berada di dalam almari. Dia menyarung bajunya dan berbaring di sebelah aku.
Dia mengiringkan aku dan memeluk aku dengan kuat. Aku menyembamkan kepala aku di dadanya. Dia mengusap rambut aku dengan penuh kelembutan. Aku memejam kan mata, begitu juga dengan dia.
Beberapa minit kemudian, aku terdengar bunyi dengkuran dari dia. Aku mengangkat muka aku untuk memastikan dia betul betul sudah lena. Aku meleraikan pelukannya dan berdiri turun dari katil. Aku berjalan perlahan menuju ke pintu kamar.
Aku membuka perlahan lahan pintu tersebut, dan terpampang wajah Hariz yang sedang tersenyum memandang aku. Dia menghulurkan sesuatu kepada aku.
"Ini dia pregnancy test yang Puan minta petang tadi" kata Hariz. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Sebelum dia beredar sempat aku berterima kasih kepadanya.
"Terima kasih Hariz, dan kalau boleh jangan bagi tahu Tuan ya" kata aku. Dia hanya mengangguk dan berjalan sehingga bayangnya hilang dari pandangan mata aku.
Aku menutup pintu dan terus bergegas ke tandas. Aku melihat panduan yang diberikan pada kotak tersebut dan aku ikut satu per satu panduan itu.
Setelah siap, aku membiarkan pregnancy test tersebut sehingga keputusannya keluar. Aku menutup mata berharap supaya apa yang aku fikirkan hanya kerisauan aku sahaja.
Setelah masa yang ditulis pada panduan itu tamat, aku mengambil pregnancy test tersebut dengan perasaan yang berdebar dan gementar. Aku menutup mata sebelum perlahan lahan aku membuka mata untuk melihat keputusan tersebut.
Apabila aku lihat keputusan tersebut, seluruh anggota tubuh badan aku terus kaku. Tangan aku menggigil memegang pregnancy test tersebut. Aku rasa seperti mahu sahaja menangis apabila melihat keputusan pregnancy test digital tersebut.
Aku melihat sekali lagi keputusannya.
Positive
3 weeksAku dah mengandung tiga minggu? Aku meramas kasar rambut aku. Memikirkan masalah ini.
Entah berapa lama aku terperap dalam bilik air sehingga aku terdengar suara dia di luar bilik air.
"Babygirl... are you in there?" Aku yang terkejut dengan suaranya terus mencampakkan pregnancy test tersebut ke dalam laci yang berada di dalam bilik air.
Aku memperkemaskan rambut dan mata aku yang berair tadi. Aku cuba untuk senyum dan membuka pintu bilik air tersebut.
"Heheh, saya buang air lah tadi awak" kata aku sebaik sahaja aku membuka pintu. Dia mengangguk dengan matanya yang kuyu akibat masih mengantuk. Dia menarik aku ke katil dan memeluk aku semula.
"You suka buat I terkejut. Tahu tahu je dah hilang" dia mencium pipi aku sebelum dia menyembamkan kepalanya di bahu aku dan terlena semula. Aku yang masih belum terlena hanya mengusap rambutnya dengan pelbagai perasaan bersarang dalam hati aku.
Apa yang patut aku lakukan?
Rahsiakan atau aku perlu beritahu hal ini pada dia?
Akhirnya aku terlena sekali bersama dia dengan kekusutan di kepala aku.
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...