35

20.1K 1K 108
                                    

Aku mengintai daripada atas, melihat jika dia masih berada di bawah. Dan ya, dia masih berada di bawah. Lengkap berpakaian baju t shirt dan seluar jeans.

'Handsome, tapi buat masa sekarang aku tak ada nafsu nak menatap ketampanannya'

Aku mengintai lagi dia sehingga dia keluar dari villa. Kenapa? Kerana aku mahu masuk ke dalam kamar yang sudah aku tinggalkan.

Rindu nak baca novel!

Apabila dia mencapai telefonnya di atas meja, tiba tiba dia bersuara.

"I tahu you tengah tengok I dari atas. I saw your hair baby mummy. I just want to say take care" kemudian, dia terus membuka pintu villa dan keluar. Aku terkaku sebentar dan perlahan lahan aku menyentuh rambut aku.

'Nampak rambut aku ke? Tapi, rambut aku mana ada terjuntai pun'

Aku menjongketkan bahu aku dan naik ke atas, berjalan menuju ke kamar. Apabila tiba di hadapan pintu kamar, aku menarik nafas. Berharap supaya dia tidak mengunci pintu kamar tersebut.

Aku memusingkan tombol pintu tersebut. Syukur, tidak berkunci. Aku membuka pintu tersebut perlahan lahan dan mengfokuskan mata aku pada rak buku yang berada di hadapan aku sahaja.

Aku berjalan menuju ke rak tersebut dan aku perhatikan satu satu novel yang elok tersusun di dalam rak. Mencari novel yang aku menarik perhatian aku.

Jari aku menyentuh satu satu buku yang ada. Beberapa minit kemudian, aku terlihat sebuah novel di bahagian bawah. Aku mengambil novel tersebut dan baca sinopsisnya.

'Macam menarik"

Aku duduk di atas katil dan mula membaca novel genre thriller itu.

                                 ————

Aku menutup novel tersebut dengan kasar dan aku hempaskan novel tersebut di atas katil.

"Kenapa dia ni selalu beli buku pasal eksperimen pelik ni? Cis! Ingatkan thriller yang macam psiko ke" omel aku seorang diri. Aku berdiri dan menuju semula ke rak buku tersebut sambil meletakkan novel tersebut di tempat asalnya.

Tiba tiba mata aku tertarik pada satu buku yang cantik kulitnya. Warna seperti neon dan metal. Aku tanpa ragu ragu terus mencapai buku tersebut dan mengeluarkan buku tersebut dari tempatnya. Serentak itu, sepucuk sampul terjatuh dari buku tersebut.

Aku menunduk dan melihat sampul yang mendarat di atas kaki aku. Aku melutut dan mengutip sampul itu.

Sudah terbuka.

Entah kenapa, perasaan aku pada saat ini berdebar. Sangat sangat berdebar.

Aku mengambil surat dari dalam sampul. Dengan berhati hati, aku membuka surat yang cantik terlipat. Aku membaca isi surat tersebut dengan pelbagai perasaan.

Kening aku berkerut kerut.

Aku memasukkan semula surat tersebut ke dalam sampulnya. Aku berdiri dan membuka buku tadi aku ambil. Kali ini, dengan perasaan yang amat gementar aku baca satu per satu muka surat tersebut.

Bibir aku terketar ketar menahan tangisan aku daripada terkeluar. Mulut aku tekup.

'Kenapa aku tak perasan?'

Bulu roma aku seperti berdiri apabila aku membaca muka surat yang lain.

Lama kelamaan, aku menutup buku tersebut dengan seribu perasaan yang menjelma. Aku selitkan sampul tadi ke dalam buku dan letakkan di tempatnya semula.

BAD Where stories live. Discover now