31

20.9K 966 31
                                    

"Ziqri cerita apa dengan you?" Soal dia. Aku menoleh dan menggeleng sekejap.

"Tak ada apa pun, dia cerita pasal keadaan dia dalam penjara" tipu aku. Dia mengangguk dan diam sahaja sepanjang perjalanan pulang ke villa.

Sesampai di perkarangan rumah, dia memberhentikan enjinnya lalu keluar dari kereta. Aku mahu membuka pintu kereta tetapi dia sudah memberi isyarat dari luar supaya aku tidak berbuat apa apa.

Dia menghampiri pintu kereta bahagian aku dan membuka pintu tersebut.

"Saja nak layan baby mummy macam puteri" balasnya dengan senyuman lebar. Aku hanya tersenyum tipis dan keluar dari kereta.

Dia memimpin aku masuk ke dalam villa, kemudian dia mendudukkan aku di atas sofa. Rambut aku diusapnya lembut.

"Nak makan?" Aku mengangguk.

"Pudding?" Tekanya. Aku mengangguk sambil tersengih.

"Dengan ice cream sekali" kata aku. Dia menggelengkan kepalanya.

"Ice cream tak elok untuk baby" balasnya. Aku mencebik dan bermain dengan hujung baju aku. Perut aku usap lembut.

"Baby yang nak makan. Please....." rayu aku. Dia diam dan memandang aku yang sedang mencebik. Kemudian dia memegang pipi aku.

"Promise me, that this is the last time you eat ice cream. If you promise me, then I will give you ice cream" katanya lembut.

Tanpa berfikir panjang, aku terus mengangguk setuju.

"Ini kali terakhir saya makan aiskrim" balas aku. Dia mengusap rambut aku dan berjalan ke ruang dapur. Beberapa minit kemudian, dia datang semula dengan puding dan aiskrim kegemaran aku.

Aku menepuk tangan tanda gembira. Dia menghulurkan kedua dua makanan tersebut dan aku capai makanan itu.

Penutup bekas puding aku buka dan aku suapkan puding tersebut ke dalam mulut aku. Dia duduk di sebelah aku sambil memerhatikan aku makan.

"Awak nak?" Soal aku sambil menghulurkan puding tadi. Dia tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

"Kenyang ke makan puding dengan aiskrim je?" Soalnya. Aku hanya mengangguk.

"You taknak makan nasi? Mee? Or something like burger?" Aku menggelengkan kepala aku dan mencapai bekas aiskrim pula.

"Mana boleh macam tu, tak bagus tau. You kena makan karbohidrat, protein dan makanan yang berzat besi juga" tegurnya.

"Saya macam tak ada seleralah nak makan nasi tu semua. Tapi saya teringin nak makan lauk ayam masak kicap" balas aku. Dia mengangkat keningnya.

"Ayam masak kicap? Seriously? Ini negara luar baby mummy bukan Malaysia" balasnya. Aku mencebik.

"Tahu, cuma teringin je nak rasa lauk tu" balas aku pula.

"Nanti ya. I cuba carikan Ayam Masak Kicap untuk you" pujuknya sambil mengusap rambut aku. Aku membalas dengan anggukan sahaja.

—————

"You?" Panggil dia sebaik sahaja aku berbaring di atas katil. Bersedia untuk tidur.

"Em?" Sahut aku. Dia mengiring menghadap aku dengan muka kosongnya.

"Ziqri memang tak ada bagitahu you apa apa?" Soalnya. Aku menggelengkan kepala aku.

"Tak ada, mungkin sebab dia penat kot. Saya cuma suap dia makan saja.Lepastu dia cerita pasal dia sejak dia masuk penjara ni, sunyi katanya" balas aku sambil cuba untuk menutup perasaan gugup aku.

"You suap dia?" Soalnya perlahan. Aku mengangguk.

"Kenapa perlu suap dia? I ni you tak pernah pun suapkan" balasnya sambil mencebik. Aku ketawa kecil dan menampar lembut pipinya.

"Awak tu ada tangan nak makan. Ziqri pula tangan dia dah bergari masa tu. So no choice" balas aku. Dia memegang tangan aku yang berada di pipinya.

"Lepas ni I pun nak gari tangan I. Setiap hari you suap I kan?" Selorohnya. Aku ketawa dan hanya mengangguk.

"Tidurlah awak.. dah tengah malam ni. Esok nanti lambat pula awak bangun nak pergi kerja" kata aku. Dia menggelengkan kepalanya.

"I tak pergi kerja sampai you bersalin" katanya. Mulut aku ternganga sekejap.

Gila ke?!

Aku menarik tangan aku dari pipinya.

"Apa awak ni? Takkan lama macam tu awak nak cuti? Lagi 6 bulan baru saya bersalin tau. Tak perlu lah awak" kata aku.

"Boleh je I ambil cuti selama 6 bulan bukan masalah besar pun. Cuma kalau ada emergency I kenalah pergi juga. Sekarang ni, I malas nak carikan orang jaga you. Sebab I macam dah was was sedikit nak percaya orang. So i decided to take care of you by myself. Sweet ke idok?" Katanya.

Aku mengangguk dan tersenyum.

"Terima kasih awak" ucap aku.

Dia menyelesakan kepalanya pada bantal dan mengucup dahi aku. Aku hanya menutup mata sebentar sehingga dia melepaskan kucupan tersebut.

"Anything for baby mummy" katanya.

Kami sama sama tersenyum sehingga kami membuat keputusan untuk tidur.

Okay hi! Sorry for the late update, I'm still sick. It has been 1 week and yeah. Nothing change so far. STILL SICK

BAD Where stories live. Discover now