"Hurry up!" Jeritnya. "Kejap!" Jerit aku pula. Aku turun tangga dengan langkah seumpama the flash sambil menahan perut aku.
"Janganlah laju laju, kan ada baby tu" tegurnya lembut. Aku hanya mengangguk dan memperlahankan langkah aku sehinggalah aku sampai di pintu villa.
Dia menarik tangan aku dan membawa aku ke kereta, pintu kereta dia bukakan dan mengisyaratkan supaya aku masuk ke dalam kereta. Aku masuk dan dia menutup pintu. Beberapa saat kemudian, dia masuk dan enjin dihidupkan lalu kereta terus digerakkan menuju ke tempat yang aku ingin pergi sebelum aku keluar dari hospital lagi.
—————
Pankrác Prison
Aku lihat nama yang tertulis di papan tanda hadapan pintu penjara tersebut. Kening aku berkerut.
'Pankrac?'
Jujur, aku tak pernah dengar nama ini. Disebabkan itulah kening aku berkerut. Teringin juga aku nak tahu aku di negara mana.
"Jom" aku tersentak apabila dia mengajak aku masuk ke dalam. Aku mengangguk dan mengikut dia dari belakang.
Mata aku melilau melihat keadaan penjara tersebut. Masih cantik lagi apabila dipandang. Cuma ada sesetengah bahagian yang kelihatan usang. Aku memegang hujung baju dia dari belakang, takut jika aku tersesat.
Sampai di satu sudut yang agak terang, dia menghentikan langkahnya. Dia berpaling dan memegang tangan aku.
"I pergi cari orang bertugas kejap, you tunggu sini" dia melepaskan pegangan tadi dan berjalan meninggalkan aku. Aku yang agak takut melilaukan mata aku ke mana mana tempat.
Lucky me.
Ada juga orang di sini. Mungkin mereka sedang bertugas, aku berjalan ke arah mereka dan lihat mereka yang sedang duduk membaca buku dan merekod kan sesuatu.
Aku duduk di sebelah mereka. Mereka seperti buat tak endah sahaja apabila aku duduk. Mungkin, memang boleh duduk di sini.
10 minit berlalu tapi kelibat dia masih lagi belum nampak. Aku diam dan bermain dengan jari aku. Sekejap aku alihkan pandangan aku pada susuk tubuh orang tua yang membaca surat khabar dari tadi.
Teringin juga aku ingin bertanyakan aku berada di negara mana. Sementara dia belum sampai lebih baik aku bertanya.
Aku berdiri dan menuju ke pakcik tersebut. Aku berdiri di hadapannya dan dia mendongak memandang aku. Senyuman aku berikan lalu aku bertanya.
"Excuse me, may I know what the name of country here?" Tanya aku lembut. Pakcik itu mengerutkan keningnya dan menggelengkan kepalanya kepada aku.
"Tomu nerozumím" pakcik itu menjawab dalam bahasa asing. Kali ini aku pula keliru, aku menunduk pada pakcik tersebut dan beredar dari situ.
"Miss" langkah aku terhenti. Aku memusingkan tubuh aku. Mencari suara yang memanggil tadi. Kelihatan seorang perempuan melambai pada aku. Aku tersenyum, dia berdiri dan begegas menuju pada aku.
"Yes?" Soal aku. Dia tersenyum dan menjawab.
"We're in Prague,Czech. Most of people use English here except the elders. They speak Czech because they have been using that since child" aku mengangguk dan tersenyum.
"And the guy you asked before is my father. He don't know what you said, so he asked me to help you since I can speak english" jelasnya lagi.
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...