22

22.3K 836 55
                                    

"Hariz.. s-saya tak sanggup. Tolonglah... saya mengandung Hariz" Aku masih melutut dengan airmata yang sudah jatuh. Dia yang juga melutut hanya tersenyum.

"Mengandung masih boleh kan?" Katanya. Tangisan aku makin bergema. "Saya tak boleh Hariz... tolonglah faham.. saya tak boleh" ulang aku.

Senyuman dia tadi mula pudar. Diganti dengan muka yang agak merah. "Tak boleh atau taknak?" Soalnya. Aku tidak menjawab soalannya dan hanya menangis.

"Kalau Tuan. Boleh je Mai layan. You think I didn't know that?" Katanya. Aku masih lagi menangis dengan muka yang sudah tertunduk. "Saya tak boleh..." ulang aku lagi.

Dia berdiri dan mendengus kuat. Dinding di ruang dapur dia tumbuk sambil menjerit. Jelas bunyi tumbukan serta jeritannya.

"BETINA! WHY YOU DON'T WANT ME? ARGHH!! I DIDN'T WANT MUCH.. JUST YOU! AND YOU!" Aku memejamkan mata aku dengan tangan yang menggigil. Aku cuba untuk berdiri dan masuk ke kamar. Dengan harapan supaya aku dapat menelefon dia yang berada di pejabat sekarang.

"Where you want to go?" Soalnya dengan nada mendatar. Aku terkaku dengan kaki yang menggeleter pabila suaranya bergema.

"Rehat.. baby penat" balas aku.

"Really? The baby tired until your voice trembling?" Katanya dengan suara yang lebih menakutkan bagi aku.

Aku yang makin takut terus berlari menuju ke tangga untuk masuk ke kamar. Aku menyentuh perut aku dalam aku berlari. Risau jika aku terjatuh atau kandungan aku seperti tidak selesa.

"Umairah!" Jerit Hariz. Aku dengar bunyi tapak kaki yang kuat berlari. Bermaksud dia sedang mengejar aku.

Jantung aku berdegup laju. Takut dengan segala perkara yang akan terjadi jika Hariz dapat menangkap aku. Aku melajukan langkah aku lagi di tangga. Aku menggunakan seluruh tenaga aku. Peluh keringat mula keluar dengan banyak. Menandakan aku sudah penat berlari di atas tangga sebanyak 5 tingkat dengan laju.

"UMAIRAH STOP!" Jeritannya aku buat tak endah. Aku berlari ke pintu kamar aku. Dan cepat cepat aku menutup pintu tersebut yang akan automatik terkunci.

Aku tersentak kebelakang apabila Hariz mengetuk kuat pintu kamar aku. Seperti mahu memecahkan pintu bilik aku.

"Open the door UMAIRAH!" Dia menjerit nama aku dengan ketawa sinis. Kaki aku yang lemah dan menggigil menyebabkan aku terus jatuh ke lantai. Seluruh tubuh aku sekarang rasa menggigil. Aku mengesot mengambil telefon aku yang berada di tangan katil.

Dengan tangan yang terketar ketar, aku mendial nombor dia.

"Hello?"

"Hiks.. hello awak... tolong saya...." kata aku dengan suara yang serak dengan tangisan.

"What happened? Why you're crying?" Suaranya kelihatan cemas sahaja.

"UMAIRAH!!!!!" Aku meneguk air liur aku apabila suara Hariz makin kuat.

"Mummy? Who's shouting there?" Kali ini suara dia seperti risau. Aku tercungap cungap untuk bersuara.

"Har- har- Hariz.. dia gila awak... tolong saya... tolong datang sekarang awakk...." rayu aku.

"Okay baby mummy.. calm down. I will be there now. I will go now... please hold on baby..." katanya dan dia menutup panggilan.

Aku melutut dan menangis sekali lagi.

"You called him right?! Who fucking asked you to called him? You really want me to hurt you?!" Dia ketawa. Aku menggigil sekali lagi.

"JAWABLAH" tengkingnya

"Tolong.. jangan kacau saya Harizzz...." aku menangis. Dia diam.

"My Umairah crying? I'm deeply sorry Mai.. I'm regret it that I make you hurt. Can you please open the door?" Kali ini suaranya lembut. Aku menggelengkan kepala aku tanda tidak mahu walaupun aku tahu dia tidak nampak.

Mungkin kerana aku tidak menjawab dia mengetuk lagi pintu kamar aku dengan kuat.

"Hariz dah cakap lembut pun Mai taknak dengar kan? You really ask for it Mai" serentak itu aku terdengar bunyi tapak kakinya berlari jauh dari kamar.

Tangisan aku terhenti. Diganti dengan sedu sedan kerana terlalu banyak menangis. Aku fikir untuk membuka pintu, tetapi hati aku melarang. Jadi aku ikutkan sahaja.

Aku duduk melutut dan bersandar di tepi katil. Dengan harapan supaya dia datang dengan cepat. Sebelum apa apa terjadi kepada aku.

Memang! Hariz nampak seperti orang gila! Dengan senyuman seramnya tiap kali aku merayu.

Bulu roma aku kembali meremang.

Sekali aku terdengar bunyi hentakan di pintu yang kuat. Aku menoleh memandang pintu.

"You want to play with me? Just wait until I get to open this door" sekali lagi suara Hariz kedengaran disertakan dengan hentakan di pintu.

Terdengar bunyi pintu yang makin mahu terbuka.

Aku berdiri dan menyorok di bilik air.

Takut, kaki aku kembali menggeletar sekali dengan tangan aku.

Aku menutup mulut aku. Menahan esakan daripada kedengaran oleh Hariz. Aku memejamkan mata, berharap supaya perkara ini hanya mimpi.

Tapi tidak. Ini memang realiti yang aku hadapi sekarang.

Hentakan di pintu makin kuat, tubuh aku makin lemah kerana ketakutan yang mempengaruhi seluruh anggota aku.

PAK!

Bunyi pintu terbuka dengan kuat.

"UMAIRAH!" Jeritnya lantang. Aku menekup mulut aku dengan lebih kuat dengan tangan. Badan aku sorokkan lagi ke ruang kecil di bilik air.

Kedengaran pintu bilik air dibuka kuat serta bunyi nafas kasar Hariz. Tanpa sedar aku menahan nafas aku apabila Hariz berjalan melepasi tempat aku menyorok.

Aku berharap sangat Hariz tak jumpa aku...

"Umairah...." suaranya meleret memanggil aku. Aku makin mengeratkan tekupan di mulut aku supaya nafas aku tidak didengari Hariz.

Orang macam dia ni... amat teliti.

Kita ingat kita boleh tanding orang macam ni.

Tapi sebenarnya tak.

'Because they using their brain, while we sometimes use feelings'

TING TING TING

Aku membuntangkan mata aku dan melihat telefon yang aku pegang dari tadi. Kenapa perlu berbunyi sekarang. Saat aku mendongakkan kepala aku, Hariz sudah berada di hadapan.

Dia memberi senyuman kepada aku.

"Keluar" suaranya keras walaupun senyuman masih terpamer. Aku hanya kaku di tempat aku. Dengan bibir yang menggeletar aku menjawab "jangan apa apa kan saya Hariz" balas aku.

Senyuman dia makin melebar. Tidak pasti apa yang difikirkan olehnya. "KELUAR!" Dan dia menarik tangan aku. Dibawa aku keluar dari tandas lalu menjatuhkkan aku di atas lantai.

"Bestkan main sorok sorok? Hahahaha"

Dia mendekati aku dengan senyuman seramnya. Dicengkam tangan aku yang menggeletar. Mata aku kembali berkaca.

"You asked for it Mai"

BAD Where stories live. Discover now