Okay! Saya baru perasan ada segelintir readers tak faham dengan plot cerita ni. Especially pasal lelaki yang bernama A ni.
First sekali, Mai dengan lelaki ni bukan husband and wife. Lebih kepada hamba dan majikan. Tapi diaorang terpaksa mengaku yang diaorang husband and wife sebab diaorang kat hospital.
Saya taknak cakap kenapa hospital tak check hal mereka ni secara terperinci. Tapi yang korang dah tahu.
Lelaki ni ADA KUASA BESAR!
Okay yang Mai asyik sebut 'dia' sebab lelaki tu taknak bagitahu nama dia siapa. So that's why Mai panggil Encik A ni 'dia'
Dalam chapter 28, jururawat tu dah bagi hint yang lelaki tu nama depan dia A ! Tapi Mai tak dengar sangat sebab dia fokus pada yang jururawat lelaki lagi satu. So korang kena tekalah apa nama dia. Yang penting!
Bukan nama melayu 🤣😂
Ziqri/ Hariz
-yup dia ada split personality. Kepada sesiapa yang taktahu sila search google.Umairah dengan dia berkawan since sekolah rendah. And something happened masa diaorang sekolah menengah. Sebab tu bila Ziqri cakap pasal Zackary Mai macam marah. Sebab dia benci!
Ziqri ni umpama saviour pada Umairah, tapi disebabkan keadaan kesihatan Ziqri yang makin teruk, ditambah lagi Umairah yang pernah tolak cinta dia masa sekolah menengah. muncullah Hariz dalam tubuh Ziqri. Yang menyebabkan watak Hariz dalam tubuh Ziqri sanggup memukul Umairah
Masa Ziqri/Hariz bekerja untuk Mai, itu adalah Ziqri. Bukan Hariz. Cuma dia letakkan nama dia Hariz sebab taknak Umairah kenal dia.
Macam mana Umairah boleh lupa muka dia? Sebab muka Ziqri dah berubah. Watak Hariz terlalu agresif sehingga menyebabkan satu kecelakaan berlaku. Dan Ziqri akur dengan permintaan doktor untuk mengubah rupa mukanya.
Macam mana Hariz boleh muncul? Sebab masa Mai seakan akan menolak cintanya lagi di pantai. Apabila Mai tampar Ziqri, perasaan marah dia tak boleh ditahan lagi dan lepas dia balik dari pantai, watak Hariz muncul.
Dan saya ingin memohon maaf sekiranya cerita ini makin bosan. Saya telah mengambil keputusan untuk mengubah plot cerita BAD dari chapter 3-11. Sekiranya chapter tersebut agak bosan, saya mungkin akan EDIT supaya lebih menarik
SEKIAN
Itu sahaja! Kalau ada soalan lagi boleh comment okay!
![](https://img.wattpad.com/cover/138111982-288-k527417.jpg)
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...