"Hi mummy!" Tegur dia sebaik sahaja dia menapak ke ruang tamu. Aku yang sedang menonton televisyen hanya membiarkan tegurannya itu berlalu.
Aku merasa sebelah tempat duduk aku tenggelam. Menandakan dia sudah duduk disebelah aku. Dia bersandar dan memandang aku. Tapi aku tetap tumpukan mata aku pada televisyen.
Dia mendekatkan dirinya dengan aku lalu dia mengusap perut aku. Perlahan lahan dia menunduk sehingga mukanya bertemu perutku. "Hi baby, daddy's home. What are you doing in there?" Bisik lembut dia kepada perut aku atau lebih tepat lagi kepada bayi di dalam kandungan aku.
Dia mengangkat kepala nya semula dan memandang aku. Aku hanya memandangnya sekilas sahaja. Dia meletakkan kepalanya di bahu aku.
"Mummy tak suka tengok daddy ke?" Soalnya. Aku diam dan mengambil bekas di tepi aku dan mengunyah snack yang dibeli Hariz tadi. Sedang aku makan, dia merampas bekas tersebut. Aku yang terkejut terus bersuara.
"Ish saya nak makanlah awak! Bagilah balik" kata aku. Dia membuka bekas tersebut dan melihat isi kandungan bekas itu. Kemudian dipandangnya aku dengan kerutan di dahinya.
"Kenapa makan benda macam ni? Mummy kan pregnant sekarang... takmo lah makan snack eh?" Pujuknya. Tapi aku rampas juga bekas tersebut daripada dia. Aku buka dan mengunyah lagi.
Dia mencuit pipi aku. Tapi aku tepis. Dia kucup pipi aku. Aku lap tempat tersebut dengan tangan aku.
"Mummy marah daddy ke?" Dia bertanya.
Aku diam.
"I take that as yes then. Apa yang daddy buat sampai mummy marah ni?" Soalnya lagi. Aku menjulingkan mata aku ke atas.
'He really forgot?!'
Terus aku berdiri dari situ dan bergerak menuju ke kamar diikuti oleh dia di belakang. Sampai ke kamar, aku terus berbaring dan menutup tubuh aku dengan selimut. Aku menutup muka dengan bantal.
Menahan rasa sedih. Nak pudddingggg! Sampai hati dia lupaaa.
Terasa ada satu tarikan di selimut aku. Aku menoleh sedikit. Kelihatan dia sedang memandang aku dengan pandangan yang keliru. Benarlah dia memang lupa.
"What did I do mummy?" Soalnya. Aku diam juga. Tiba tiba dia menarik tangan aku sehingga aku terduduk. Kemudian dia memeluk pinggang aku dari belakang. Kepalanya disandarkan di belakang aku. Perut aku diusap lagi.
"Tak ada apa. Boleh tak lepaskan saya? Saya nak tidur. Penat" balas aku dengan nada seperti menyampah. Tangannya yang berada di perut aku, aku cuba leraikan tapi dirapatkan semula tangannya agar aku tidak terlepas menyebabkan aku mengeluh.
"I know you're mad mummy. It's obvious. You even not called yourself as mummy and daddy with me. So what is your problem?" Katanya. Aku menunduk memandang tangannya yang sedang mengusap perut aku.
"Tak ada apa" balas aku lagi.
"Kau memang degil kan?" Katanya. Terus aku berpaling lalu melepaskan pelukan tadi dengan kekuatan aku yang ada. Aku mencebik memandangnya dengan mata yang berkaca.
"Awak cakap kau dengan saya? Awak muak dengan saya kan? Dahlah saya benci awak! Dahlah saya nak pudding marble awak tak beli! Saya minta dari pukul 3 pagi tau tapi saya tak dapat makan pun. Lepastu awak panggil kau dekat saya. Dahlah saya nak tidur" aku menolak dadanya.
Tapi dia menarik tangan aku sambil tersenyum. Aku hanya menjeling dia. "Kenapa senyum? Happy sebab saya dah tahu awak bosan dengan saya?" Balas aku.
Dia ketawa kecil dan mencium pipi aku. "Kalau tahu cakap kasar sikit mummy terus luah, dari tadi lagi daddy buat" balasnya.
Dan di situ aku tersedar.
AKU BAGITAHU DIA AKU NAK PUDDING?!
"Mummy nak pudding ya.. sorry daddy lupa sebab bagi tadi ada meeting and I late at that time. Okaylah mummy duduk sini biar daddy pergi belikan kejap" dia berdiri.
"Takpayah! Saya dah suruh Hariz belikan untuk saya tadi" balas aku. Dia duduk semula di hadapan aku. Dengan muka merah.
"Kenapa suruh dia yang beli? Daddy kan ada!"
"Saya teringin sangat nak makan masa tu and Hariz je orang yang boleh tolong" nada aku merendah. Tanda aku sedih dengan nadanya yang mula meninggi.
"Awak hik marah saya ke? Saya lapar je...." aku mula mencebik dan menangis. Aku perlahan lahan mendekatinya dan meletakkan kepala aku di tempat kegemaran aku.
Dadanya.
Dia memeluk aku dan mengusap rambut aku. "Tak marahlah, cuma terpaku sebab Hariz yang beli. Sepatutnya daddy beli tau" balasnya. Aku diam dan masih menangis.
"Before this, you're my strong babygirl. But now my babygirl who going to be a mother has been so emotional... hahahaha" dia mencium rambut aku.
"Don't worry mummy. I'm not mad at you. Ada apa apa yang mummy teringin nak makan?" Soalnya sambil mengesat airmata aku.
Aku menggeleng. "Saya cuma nak duduk dengan awak" balas aku. Dia ketawa lagi dan mengangguk.
"Mummy, call me daddy okay"
"Hm" itu sahaja aku balas.
Tok tok tok tok
Bunyi ketukan di pintu mengejutkan kami berdua. Dia berdiri dan membuka pintu. Muka Hariz kelihatan seperti risau dan dia yang mendengar terus keluar dari bilik.
Mungkin tidak mahu aku dengar.
Apa agaknya yang Hariz dan dia risaukan?
Dia kembali semula ke kamar dengan muka yang merah. Aku perlahan lahan bertanya.
"Kenapa daddy? Ada masalah?" Tanya aku. Dia meramas kasar rambutnya dan memandang aku. Perlahan lahan dia mendekati aku. Aku hanya tersenyum nipis memandangnya.
"Babygirl would not disobey his daddy right?" Soalnya. Aku mengangguk dan dia tersenyum membuatkan aku lebih keliru.
Bila aku bertanya apa masalahnya, dia diam.
Ada apa apa buruk yang berlaku ke?

ANDA SEDANG MEMBACA
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...