"Abang memang tak suka simpan jambang ke?" Tanya Umairah apabila melihat Adonis yang sentiasa mencukur jambangnya setiap kali kelihatan rerambut halus tumbuh di sekeliling tepi dagunya.
Adonis berhenti makan dan memandang Umairah.
"Bukan tak suka, Abang nak jaga penampilan Abang untuk sayang" kata Adonis.
Umairah mengecilkan matanya.
"Simpanlah jambang abang lain kali. Tak perlu cukur lagi" balas Umairah dengan nada mendatar.
"Kenapa?" Soal Adonis tapi Umairah diam dan hanya meneliti muka sang suaminya itu.
'Handsome sangat suami aku ni...tengoklah mata dia tu haih insecure betullah dah husband macam ni'
"Sayang suka kalau abang simpan jambang" balas Umairah cuba menutup perasaan sebenarnya.
Adonis kulum senyum dan mencubit pipi Umairah.
"Nak tengok mature side of Adonis ke?" Tanya Adonis dengan usikannya. Umairah mengangguk setuju.
"Okay, lain kali abang simpan" kata Adonis.
Umairah mengeluarkan telefonnya yang berada di poket dan membuka aplikasi kamera.
"Posing sikit abang" arah Umairah dan tanpa banyak bicara Adonis terus memandang kamera tersebut.
Umairah memerhatikan gambar yang diambilnya dan tersenyum lebar.
"Good! Nak buat kenangan" kata Umairah lalu di simpan semula telefonnya ke dalam poket.
"Elok tak?" Tanya Adonis.
"Elok"
"Tahu dah. Abang kan Adonis" balas Adonis dengan berlagaknya dan kemudian dia tersengih pada Umairah.
—————
"Abang..nanti kita pergi tengok baby sama sama lagi eh macam minggu lepas" kata Umairah sambil memeluk lengan suaminya dalam perjalanan mereka mahu masuk ke dalam rumah.
Adonis tersenyum dan mengangguk lalu mencium ubun ubun isterinya.
"Always!" Balas Adonis ikhlas. Umairah tersengih dan tunduk malu.
Apabila mereka berada di hadapan pintu rumah. Adonis memberi salam dan membuka pintu rumah.
"Assalamualaikum" ucap Adonis.
"Wa-Waalaikumussalam" sahut satu suara.
Adonis tersenyum sumbing apabila mendengar suara Puan Aline.
"Ma do you know what name is suitable for our ba...?" Pertanyaan Adonis tergantung.
"Ma?!" Jerit Adonis dan terus dia mendapatkan Puan Aline yang sedang duduk berteleku di bawah meja makan.
Dia memeluk ibunya.
"Why ma? What happened?" Tanya Adonis tapi Puan Aline diam. Tidak berbunyi, tangan Puan Aline yang menggigil menjelaskan bahawa dia sedang takut.
Umairah yang berdiri kaku tiba tiba teringatkan ibunya. Puan Amirah.
"Mak?" Jerit Umairah.
Diam.
Kakinya melangkah laju ke tangga untuk pergi ke bilik ibunya.
"Mak!" Panggil Umairah dengan nada yang risau.
Pintu bilik Puan Amirah terus dibuka kasar oleh Umairah.
"Mak!" Umairah berlari mendapatkan Puan Amirah yang sedang terbaring lena.
"Ya Allah" ucap Umairah dan dia menunduk memeluk tangan ibunya.
Lega hati Umairah apabila wajah ibunya menyapa sebaik sahaja pintu dibuka.
"Mak...bangun mak" kejut Umairah. Namun, tiada tanda ibunya bangun.
Kening Umairah mula berkerut.
Takkanlah?
Tidak mahu berfikir yang bukan bukan dia mengejutkan Puan Amirah dengan lembut.
"Mak, dah petang ni mak" kejut Umairah lagi.
Kosong.
Umairah cuba lagi
Cuba
Cuba
Tapi Puan Amirah masih tidak bangun dari tidurnya.
Umairah takut, dia cuba untuk memanggil Adonis dengan tangan yang sudah menggigil ketakutan.
Umairah bangun dan
"Emphhhhhhh" jerit Umairah apabila dia ditekup dengan kain dari belakang. Dia cuba untuk melawan tetapi pergerakan orang itu di perut Umairah membuatkan Umairah tidak mampu melawan dan akhirnya semua menjadi gelap.
"Get her in the car" arah seseorang.
"Sayang?" Panggil Adonis yang masih berada di dapur. Meminta penjelasan ibunya.
Dia menoleh semula ke arah ibunya.
"Please tell me what happened mom"rayu Adonis kali ini.
Puan Aline mengalirkan airmatanya lalu bersuara.
"He's here"
Belum sempat Adonis memproses ayat Puan Aline, Adonis telah dikejutkan dengan satu hentakan kuat dari belakang.
"ARGH!"
Dan Adonis terbaring kaku di hadapan Puan Aline.
Matanya masih terbuka sedikit apabila seseorang bercangkung di hadapannya.
"Nice to meet you brotha' I take your wife for now. Thanks" dan mata Adonis terpejam apabila dia menerima satu tumbukan daripada lelaki itu.
Alex.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri semua ☺️
Korang beraya kat mana nanti?
Cer komen
Jemput baca 👉🏻 Skizofrenia - HxnxPxrk
👉🏻 Selamanya dia - flower01_Jemput baca gais, buku ni macam best juga baca hehehe 😊
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...