7

38.1K 1.1K 64
                                    

Sinar cahaya dari matahari membuatkan aku terjaga daripada tidur. Aku menggosok mata aku beberapa kali sebelum teringat kejadian malam tadi.

'Tomato tumbuh di pipi ke?'

Aku mengalihkan tangan dia daripada memeluk aku. Kemudian aku duduk dari pembaringan. Aku buka selimut yang dia selubungkan untuk aku malam tadi.

"Awh!" Sakit! Aku mengeluh lagi. Dan cuba untuk berjalan.

"Em...you?" Tegur dia dengan suara seraknya. Aku menoleh untuk memandang dia.

"Y-ya awak?" Balas aku. Dia duduk lalu memandang dengan mata yang masih tersisa kantuknya.

"Kenapa?" Soalnya. Perlahan lahan aku menjawab "mandi" Kemudian aku menunduk malu.

"Sorry baby... you nak mandi ke? Nak I dukung?" Soal dia lagi. Aku menggeleng.

"Tak perlu saya masuk tandas sendiri. Awak sambunglah tidur" ujar aku lalu bergerak perlahan ke tandas.

"Argh awak!" Terjerit aku apabila dia mengangkat aku. "Kalau tak boleh jalan cakap jelah, I boleh tolong. Apa guna I kat dalam rumah ni?" Katanya serentak dia menapak masuk ke dalam tandas.

Perlahan lahan dia meletakkan aku dalam bathtub. Aku memandangnya pelik apabila dia berdiri sahaja.

"Awak nak tidur kan?" Soal aku. Dia memandang aku wajah selambanya "Tak jadi" balasnya sambil memicit hujung sabun mandi.

                                 —————

"Awak... malam tadi awak ada cakap apa apa ke sebelum saya tidur?" Soal aku kepadanya sebaik sahaja dia sudah berpakaian. Dia menggelengkan kepalanya dengan kerutan di dahi.

" I don't think so" balasnya. Aku kerutkan kening aku.

'Perasaan je kot'

"You nak masak tak? I bukakan kunci" aku mengangguk kemudian bunyi kunci pintu bilik terbuka. Aku tersenyum tipis dan keluar dari bilik tersebut. Menuju ke dapur untuk membuat sarapan.

Aku mengeluarkan roti, mentega, telur, mozzarella dan jem yang baru dibeli semalam. Aku berfikir untuk membuat toast sahaja memandangkan aku tidak boleh makan makanan berat pada waktu pagi.

Setelah semuanya siap, aku hidangkan di atas meja. Kemudian, aku melihat dia yang baru sampai ke dapur.

"Sorry saya masak toast je hari ni.. Tak apa ke?" Soal aku dengan perasaan bimbang. Bimbang jika dia tidak suka dengan sarapan seperti ini.

Dia ketawa sebentar dan memandang aku "babygirl this is totally my breakfast everyday you know" lalu dia duduk di atas kerusi. Mencapai roti yang aku bakar bersama telur.

"What is this crust?" Soalnya. "Itu mozzarella, saya cairkan lepastu letak dekat roti tu" dia mengangguk kemudian memasukkan roti tersebut ke dalam mulutnya.

Aku duduk di hadapannya dan capai satu roti juga. Jem yang aku ambil dalam peti ais tadi aku sapukan ke atas roti aku. Kami berdua makan dengan senyap saja.

"Baby.. minggu depan I kerja" dia bersuara selepas air oren diteguknya. "Baguslah" jawab aku sambil mengunyah roti aku. Dalam hati; agak kecewa juga kerana lepas ini mungkin dia tidak boleh bersama dengan aku sepanjang masa.

"Nanti I upah pekerja I jaga you masa I tak ada. Don't worry babygirl I cuma tak ada time kerja. Habis kerja I balik sini" katanya seolah olah menjawab persoalan aku.

Aku tersenyum tipis dan mengangguk.

Walaupun aku sedih

                                 —————

"Sleep babygirl" ucapnya kepada aku. Aku menutup mata aku sambil membelakanginya. Tidak tahu kenapa pada malam itu aku tidak boleh tidur sedangkan aku sudah terlalu penat.

Aku hanya memejamkan mata aku. Sekali aku terdengar bunyi deringan telefon. Aku pasti itu telefon dia.

Aku tak ada telefon!

"Hello?" Kedengaran suara dia menyapa orang yang berada dalam talian tersebut.

"I'm sleeping dear" dear? Siapa dear?

"Yeah I miss you too...."

"I'm not with anyone dear.. you know that you are the only person I love" suara nya lembut sahaja. Tapi suara lembut itu telah menghancurkan hati aku. Membuatkan aku sedar sesuatu.

Aku hanya perempuan simpanan sahaja.

Tiada ikatan yang halal

Tiada ikatan cinta

Semua semata semata hanya untuk kepuasan dia!

Airmata aku mula bergenang, tapi aku tahankan juga memandangkan aku sedang berpura pura tidur.

"I'm at my villa and freaking busy now. Next week I will start my work then we meet okay" suara dia masih kedengaran lagi.

Aku yang telahpun kecewa hanya menenangkan diri aku dan cuba untuk tidur. Melupakan perkara yang amat menyakitkan hatinya sekaligus menyentakkan aku dengan realiti.

—————

Aku terjaga dengan satu sentuhan di dagu aku. Perlahan lahan aku membuka mata. Dan terpampang wajah lelaki yang menyakitkan hati aku semalam.

"Awake?" Soalnya lembut. Aku hanya membiarkan soalannya. Aku berdiri dan mencapai tuala yang berada di sebelah aku.

"Saya nak mandi" ujar aku dan terus aku masuk ke dalam bilik air. Di dalam bilik air, aku cuba untuk menahan airmata aku sekali lagi kerana aku tahu, dia akan masuk dan menanyakan tentang aku.

"Kenapa masam?" Kan betul.

Dia sedang memeluk aku dari belakang. Aku hanya menggelengkan kepala kepadanya. "Saya pening. Mungkin sebab semalam" nada aku perlahankan.

Heh, sarkastiknya aku ni.

Dia ketawa kecil lalu mencium telinga aku. "Nanti I urutkan ya" katanya. Aku hanya diam dan meneruskan mandian aku. Dia pun hanya diam sahaja.

Bernasib baik yang dia tidak mengecam perubahan aku.

Hari ini berlalu seperti biasa.

BAD Where stories live. Discover now