Tok tok tok!
Aku terjaga apabila kedengaran ketukan di pintu kamar. Mata aku beralih ke atas katil dan lihat dia sedang meniarap dengan dengkuran halusnya.
Aku perlahan lahan menuju ke pintu. Butang di Remote control aku tekan. Membuatkan pintu tersebut terbuka sedikit. Aku menjegulkan kepala aku untuk melihat Hariz yang memegang sesuatu.
"Mrs this is the document that Mr left at his car. Can you please put it in the rack? Don't open the document since it has been glue" terang Hariz. Aku yang mendengar hanya mengangguk dan menutup pintu semula.
Aku sudah mula selesa dengan Hariz sejak bulan lepas. Dia sebenarnya seorang yang peramah juga apabila diajak berbicara.
Dokumen yang diberikan Hariz tadi aku selitkan di rak buku kepunyaan dia. Aku pun tiada rasa ingin tahu untuk melihat isi di dalam dokumen tersebut. Kerana telah dijelaskan Hariz tadi bahawa dokumen ini telah digamkan.
Aku beralih semula kepada dia yang sedang tidur lena dan telah menukar posisi tidurnya. Aku berjalan semula ke arahnya dan duduk di tepi katil bersebelahan dengannya. Aku mengusap rambutnya yang lebat itu.
"Awakkk.. dah pukul 7.00 pagi dah. Bangun kerja" kejut aku perlahan sambil menepuk lengannya. Dia mengeliat sambil mengerang. Kemudian matanya digosokkan. Aku hanya meneliti pergerakannya hanya kerana aku tidak pernah melihat dia bangun tidur.
Dia menutup mata nya sebelah manakala sebelah lagi terbuka. Cuba untuk melihat siapa yang mengejutkannya dan membuatkan aku tersenyum. Tapi yang aku pelik, kenapa warna matanya berubah? Dia yang melihat aku terus terduduk dan mengalihkan pandangannya daripada aku. Aku makin keliru dengan gelagatnya.
Aku menyentuh bahunya. "Kenapa awak?" Soal aku dengan nada kerisauan. Dia menggeleng tanpa memandang aku. "Tak mata I sakit ni. Kejap eh I pergi bathroom nak cuci mata" terus dia turun dari katil dan berlari masuk ke dalam tandas.
Aku hanya memerhatikan gelagatnya dengan perasaan yang aneh. Tapi cepat cepat aku tepis perasaan tersebut. Mungkin memang benar matanya pedih. Yalah, aku usik rambutnya tadi sehingga rambutnya itu terkena pada muka.
Aku turun dari katil dan mengemas katil yang sudah kedut cadarnya dan mengambil bantal yang sudah jatuh ke bawah katil. Dan selepas itu, dia keluar dengan senyuman tipisnya.
Aku balas senyuman itu dalam aku mengemas katil. "Pergilah siap, nanti lambat. Nanti saya turun buatkan sarapan untuk awak" kata aku kepadanya. Dia mengangguk dan mencapai tuala di dalam almari kemudian masuk semula ke dalam tandas.
Setelah aku siap berkemas, aku membetulkan baju serta seluar dan aku sarung. Rambut yang serabai aku rapikan dan terus keluar dari kamar. Aku berjalan menuju ke dapur untuk menyediakan sarapannya.
—————
"Awak makanlah saya dah masak" kata aku kepadanya. Dia mencium dahi aku dan duduk di atas kerusi. Spaghetti goreng dia suapkan ke mulut sementara aku membasuh pinggan mangkuk yang tinggal sedikit.
"Takpayahlah basuh pinggan mangkuk tu. Makan dengan I" dia bersuara. Aku hanya menggelengkan kepala sahaja. "Bagilah saya habiskan kerja dulu" balas aku pula. Dia mencebik dan menyambung suapan di mulutnya.
Ketika aku meletakkan semua pinggan mangkuk yang telah aku lap ke tempatnya, aku terlihat Hariz yang sedang berdiri di belakang dia. Aku tersenyum memandang Hariz lalu menyapanya "Hi Hariz! Duduklah makan sekali" ajak aku lalu duduk di atas kerusi. Aku mencapai pinggan dan mencedokkan spaghetti untuk Hariz.
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...