"Muhammad Aidin Adonis"
"Saya" balas Adonis yakin. Matanya serius memerhatikan genggaman di tangannya.
Lelaki yang berusia lebih 40 tahun itu berdehem dan bersuara.
"Aku nikah akan dikau dengan Qastilla Umairah Binti Mohd Khalid dengan mas kahwinnya RM1000 tunai"
Adonis yang tadinya gementar bersuara pula dengan suara yang yakin.
"Aku terima nikahnya Qastilla Umairah Binti Mohd Khalid dengan mas kahwinnya RM1000 tunai" sejurus itu, dia memandang tok kadi itu dengan penuh gementar. Nervous weh!!! Tok kadi itu menoleh dan memandang dua orang lelaki yang duduk di sebelahnya.
"Sah?" Tanya Tok Kadi serius.
"Sah! Sah!" Jawab mereka berdua bersungguh.
"Alhamdullilah" ucap Adonis dan lain lain kemudian bacaan doa dimulakan.
Umairah yang berada di atas pelamin hanya tersenyum dan menadah tangannya. Tangan ibunya yang runcing Umairah genggam manakala Puan Amirah mengucup dahi Umairah tanda sayang pada anak daranya yang satu itu.
Umairah mengerling ke arah Ibu Adonis. Ibunya tersenyum lebar dan memberi isyarat yang bermaksud "I like you. Congrats!" Umairah tersenyum dan matanya mula berkaca.
Sebak.
Selepas beberapa minit, Adonis mendekati Umairah dengan perasaan yang berdebar. Tidak tahu dari mana perasaan ini hadir sedangkan dulu dia tidak pernah merasakan debaran sebegini apabila dia mendekati Umairah.
Lafaz Bismillah dibaca, kemudian dia duduk di sebelah Umairah.
"Assalamualaikum" ucap Adonis.
"Wa-waalaikummussalam" balas Umairah tergagap gagap.
Tangan Umairah Adonis capai, kemudian cincin disarungkan pada jari manis Umairah.
"Terima kasih" ucap Adonis sebelum dia mengucup dahi Umairah.
"Walaupun majlis kita tak seberapa, tapi you still okay" kata Adonis ikhlas.
"No! Saya yang patut berterima kasih pada awak. Terima kasih" kata Umairah dan mereka sama sama tersenyum.
Biarlah majlis ini tidak meriah seperti majlis lain. Biarlah tiada siapa yang tahu majlis ini untuk keselamatan mereka sendiri.
Walaupun hanya Puan Amirah, Ibu Adonis, Ziqri dan adik beradik yang lain sahaja ada dalam majlis ini. Namun, itu sudah mencukupi bagi mereka asalkan mereka dan lain lain bahagia.
"Adik lelaki kamu memang tak datang kan?" Tanya Puan Amirah tiba tiba. Adonis mengangguk.
"Dia sibuk" tipu Adonis. Tidak mahu Puan Amirah risau dengan keselamatan Umairah.
————
"Awak!" Panggil Umairah.
Adonis memandangnya tajam.
"What did you called me just now? I can't hear you" perli Adonis.
Umairah menghela nafas kasar dan menarik nafas semula.
Senyuman semanis gula diberi pada Adonis.
"Abang intan payung"
"Ya sayang bucuk masyam"
PAK!
"Aduh! Sayang!" Jerit Adonis kesakitan.
"Siapa suruh panggil saya macam tu?" Tanya Umairah terus dia masuk ke dalam tandas.
"Hati hati! Baby nangis pulak dalam tandas tu sebab mummy garang sangat" kemudian Adonis mendengar Umairah mendengus kuat. Terus dia terkekek kekek mengetawakan Umairah.
"Malam ni tidur atas lantai" jerit Umairah dari dalam bilik air.
"Eh mana boleh! Dah lama tau abang tahan"
"Dasar lelaki gatal"
"Lelaki gatal yang sayang cintalah kan?" Soalnya meleret, bibirnya terlakar senyuman nakal tanda mahu mengejek isterinya.
Umairah yang berada di dalam tandas menepuk pipinya akibat perasaan malu yang amat. Dicuba untuk menghilangkan perasaan tersebut sebelum dia keluar dari tandas.
Bermacam macam yang dia lakukan bersenam, menyanyi kecil, menari tarian syantik(lol) sehinggalah perasaan malunya hilang.
Dia menarik nafas dan membuka pintu.
Hampir luruh jantung Umairah apabila dia dirangkul erat oleh Adonis. Umairah terjerit kecil apabila Adonis membaringkannya di atas katil.
Adonis menempatkan dirinya di sebelah Umairah kemudian tangan Umairah dicapai dan dikucup beberapa kali. Umairah yang geli terus menarik tangannya.
"Awak ni dah kenapa?" Tanya Umairah.
"Abanglah" jawab Adonis dan kali ini, dia memeluk Umairah dan menggomol pipi Umairah.
"Abang! Babylah" Tegah Umairah.
Dia melepaskan pelukan tadi dan memandang Umairah.
"Gerammmm" kemudian dia tertawa dan berdiri.
"Abang nak pergi minta restu kejap sebelum mulakan sesuatu yang baik" dia menjongketkan keningnya sambil tersenyum mengejek.
Umairah bangun dan menarik suaminya duduk semula di atas katil."Nak sayang lempang?" Tanya Umairah dengan mata bulatnya. Adonis cepat cepat menggelengkan kepalanya.
"Taknak taknak" dia tersengih dan mencium pipi Umairah.
"I love you"
"Tidur" kata Umairah dan terus dia berbaring membelakangi Adonis.
Adonis mencuit Umairah dengan jari telunjuknya.
"Malulah tu" kemudian dia berbaring di sebelah Umairah. Senyuman lega terukir di bibir Adonis sebelum mereka sama sama tertidur.
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...