25

24K 1.6K 104
                                    

Korang nak Mai gugur tak?

"Hi mummy" sapanya lembut. Aku hanya mengerlingnya sekilas dan menyambung mengusap perut aku.

"Mummy lapar tak?" Soalnya. Aku hanya mengangguk. Dapat aku dengar bunyi yang dia selalu lakukan bila dia tersenyum.

"Great! I bring you some food!" Ujarnya dan dia letakkan bekas makanan di atas peha aku. Aku hanya merenung bekas tersebut.

"Makanan apa ni?" Tanya aku.

"Itu mangga dengan nasi lemak" balasnya sambil mengemaskan rambut aku yang serabai sedikit. Rambut hadapan aku yang terjuntai dia selitkan di belakang telinga. Kemudian dia duduk di kerusi bersebelahan katil aku.

"Nasi lemak?" Soal aku lagi. Bukan apa, aku agak terkejut apabila dia mengatakan di dalam bekas tersebut ini terdapat nasi lemak. Kami bukan di Malaysia pun untuk dapat nasi lemak ni.

"Yup. Daddy cari dekat restoran yang hidangkan makanan Malaysia. Daddy knows that mummy baby longing for Malaysian food" balasnya sambil tersenyum lebar.

Penutup bekas makanan dia buka. Menunjukkan hidangan nasi lemak dan buah mangga yang dibekalkan. Aku mengusap perut aku.

'Lama tak makan' aku tersenyum.

"Nak Daddy suap tak?" Katanya sambil menggengam tangan aku. Akhirnya aku menoleh dan memandang si dia. Aku tersenyum tipis dan menggelengkan kepala aku. Pegangan tangannya aku leraikan.

Jelas yang dia terasa dengan perlakuan aku ini.

"Tak apalah, saya makan sendiri. Awak dah makan?" Soal aku pula. Aku tidaklah sejahat mana pada dia. Aku cuma masih tidak boleh terima yang aku telah disentuh lelaki lain selain dari dia.

Dan juga

Aku masih ragu ragu dengannya.

Dia agak tersentak pada mulanya apabila aku menanyakan perihalnya. Tetapi wajahnya dengan cepat berubah kepada senyuman yang lebar dan mengangguk. "Dah.. I dah makan. That's why I want you to eat" balas dia. Panggilan pun dia tukarkan. Aku mengangguk dan merenung semula ke arah makanan tadi.

Sudu yang berada di dalam plastik beg berisi bekal tadi aku ambil. Aku lap sudu tersebut dahulu dan barulah aku menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulut aku.

'Sedapnyaaaa... lama tak makan'

"Pelik ke rasanya?" Soalnya lagi. Aku menggelengkan kepala. "Sedap, thanks" ringkas aku berkata. Dia mengangguk kecil dan melentokkan kepalanya di atas katil wad aku. Aku hanya membiarkan sahaja memandangkan aku sedang makan dan tiada mood untuk bercakap banyak.

"Qastilla" suapan aku terhenti. Nak luruh juga jantung aku apabila dia memanggil aku dengan nama. Aku menoleh sekali lagi ke arahnya.

"Kenapa?" Tanya aku. Dia berdehem dan mengangkat kepalanya dari katil aku.

"Boleh I usap baby?" Pintanya. Aku diam dan merenung dia.

"Awak nak usap baby dalam perut?"soal aku pula. Dia mengangguk. "Please, i dah lama tak usap baby" katanya lagi. Aku mendekatkan diri aku dengan dia yang berada di tepi katil.

Tangannya aku ambil dan letakkan di perut aku. Dia mendongak memandang aku dan tersenyum. "You bagi?" Aku mengangguk.

"Ini kan anak awak kenapa saya tak boleh bagi awak usap dia pula?" Balas aku pula. Dia tersenyum sehingga matanya sepet serta terpamer giginya yang cantik tersusun.

"Thank you mummy..." kemudian dia menunduk, mengusap perut aku yang sudah buncit sedikit. Dia mendekatkan mukanya dengan perut aku dan mengatakan sesuatu yang tidak dapat aku dengar.

BAD Where stories live. Discover now