"Aku gerak dulu" kata Ziqri kepada Adonis yang baru sahaja keluar daripada hospital diikuti dengan Puan Amirah dan Puan Aline.
"Ziqri..aku nak ikut boleh?" Tanya Adonis risau. Ziqri berdiam diri untuk seketika kemudian dia menggelengkan kepalanya.
"Tak, terlalu bahaya Ad! Kau tu walaupun dah keluar tapi kau lemah!"
"Untuk isteri aku.. please.." Adonis memotong percakapan Ziqri.
Lama Ziqri mendiamkan diri.
"Ziqri..bagi sajalah Adonis ni ikut. Kesian makcik dengan dia asyik panggil nama Umairah saja.." pujuk Puan Amirah.
Ziqri mula rasa bersalah apabila Puan Amirah bersuara. Dia menghelakan nafas pendek dan bersuara sambil berjalan menuju ke keretanya.
"Naik, tapi kalau kau mati aku tak tahu"
"Tak akan" jawab Adonis dan dia membuntuti Ziqri dari belakang.
"Umairah kat mana Ziqri?"
"Dia kena kurung dekat Johor..tapi kita akan ambil penerbangan ke Russia" jawab Ziqri tenang.
"Russia?" Tanya Adonis.
"Markas utama adik kau. Aku dah suruh konco konco aku pergi ke Johor dan aku juga pasti yang Alex mesti tahu dan akan bawa Umairah ke Russia. So, we would go to Russia instead of going to Johor" jelas Ziqri lagi.
"Tapi kenapa Russia?" Tanya Adonis lagi.
Ziqri menjeling Adonis.
'Ada yang makan penyepak ni kang' bisik hati Ziqri.
"Sebab dia banyak jual senjata api. Dia jugak ada syarikat besar berkaitan arak...Russia kan boleh buat benda tu semua" kata Ziqri dengan nada yang tinggi.
Adonis tersengih.
"Maaf, aku bukan tahu pun"
"Tak tahu diam je" balas Ziqri laju.
————
"Shit!" Umairah terjaga apabila jeritan itu bergema di biliknya. Umairah membuka matanya sedikit dan lihat Alex berada di muka pintu bilik dengan wajah yang bengis.Cepat cepat Umairah menutup matanya semula. Risau jika Alex tahu dia sudah bangun.
Terdengar derap kaki Alex menuju Umairah dengan kuat. Umairah memejamkan lagi matanya sambil tangannya mencengkam bajunya yang tersorok di pehanya.
"Woi perempuan!" Jerit Alex lantang. Mengejutkan Umairah yang sedang berpura pura tidur. Dia menarik tangan Umairah yang bergari dan mencengkam rambut Umairah.
Umairah memandang Alex dengan mata yang kuyu serta berair itu.
"Kau beritahu diaorang kau kat sini kan?" Tanya Alex. Umairah mengerutkan dahinya apabila Alex bertanya sebegitu.
"Beritahu apa?" Tanya Umairah keliru.
"Kau bagitahu yang-" tiba tiba Alex terdiam dan membuatkan Umairah lebih hairan.
Dia melepaskan cengkaman di pipi Umairah dan menggelengkan kepalanya.
"John"
"Yes boss"
"Take her with us to our real place" arah Alexander dan serentak itu dia keluar dari bilik itu dengan muka yang merah.
Konco Alexander yang tegap itu mengangguk dan terus menanggalkan gari di tangan dan kaki Umairah. Kemudian, dia mengangkat Umairah dan letakkan Umairah dibahunya.
Umairah tidak mahu melawan lelaki tersebut memandangkan keadaannya lemah serta dia memikirkan bayi di dalam kandungannya sekarang.
—————
"Macam mana?" Tanya Ziqri.
"Mereka sudah melarikan diri tuan" jawab si konco Ziqri melalui pembesar suara dari telefon Ziqri. Ziqri memandang Adonis dan mengangkat keningnya.
"Okay, kau cuba cari mereka di lapangan terbang" dan terus Ziqri menamatkan panggilan tersebut.
"Macam yang aku cakap kan?" Tanya Ziqri. Adonis mengangguk setuju.
"Kau tahu ke kat mana? Russia bukannya kecil macam Singapura" Tanya Adonis lagi.
Ziqri ketawa.
"Aku tak tahu sebenarnya" kata Ziqri dalam tawanya. Menutup rasa malu.
Adonis memandang Ziqri sinis.
"Ingat kan tahu"
"Kejap" kata Ziqri dan dia membuka telefonnya semula.
Dia mendial sesuatu di telefonnya dan mengarahkan supaya Adonis diam.
"Здравствуй" Ziqri tersenyum selepas mengucapkan sesuatu dalam bahasa Rusia.
"могу ли я знать, где компания Майи?" Tanya Ziqri.
"Ahh.. благодаря!" Kemudian Ziqri menamatkan panggilan tersebut.
"So the name is Maiy?" Tanya Adonis sambil senyuman tipis terukir di bibirnya.
"Kau tahu bahasa Rusia ke?" Tanya Ziqri.
"Mestilah! Aku kan multi language" balas Adonis yakin. Kemudian dia tertawa apabila Ziqri seolah olah menyampah dengan jawapannya.
"Lantaklah, apa apa pun aku yang tolong kau tau" kata Ziqri.
Adonis mengangguk.
"Aku tahu. I'm so grateful that Umairah has such a kind friend like you" balas Adonis ikhlas.
Ziqri berdehem dan mengangguk.
"Jadi kau kena bagi Umairah dekat aku lah"
"Go to hell"
"Siapa suruh cakap macam tu"
"K, aku tarik balik"

ANDA SEDANG MEMBACA
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...