"Jadi, kau nampak Alexander pagi tadi?" Soal Ziqri kepada Umairah dan Umairah mengangguk.
Adonis yang berada di sebelah Umairah terus menoleh memandangnya dengan mata yang terbuntang.
"Alexander? Seriously?" Umairah mengangguk lagi.
"Ya, masa awak keluar dia ada dalam bilik. Sebab tu saya keluar dari bilik tu" jelas Umairah lembut. Adonis terdiam.
Lebih kepada terkedu.
'Alexander have met Umairah...'
"Awak?" Adonis tersentak apabila Umairah menegurnya. Dia memandang Umairah dan Ziqri yang memandang nya pelik.
"Kau tak tahu Adik kau nak datang sini ke?" Soal Ziqri pada Adonis pula. Dia menggelengkan kepalanya.
"Aku tak tahu apa apa. Kami memang tak in touch lagi. Tapi, masa Umairah lari aku punya spy ada cakap. Tapi tak sangka dia dah jumpa Umairah" jawab Adonis tenang.
Ziqri mengangguk.
"Well...I think we need to hide Umairah. I don't know whether he knows that Umairah with you. But, he has seen Umairah so he may think that Umairah with you.. Because yeah! Why does Umairah have to be here right?" Kata Ziqri tegas.
Adonis diam sebentar dan mengangguk perlahan.
Umairah dari tadi hanya mendiamkan diri, tidak tahu apa yang perlu dikatakan.
"Does he know you lived here?" Soal Ziqri. Adonis menggelengkan kepalanya.
"We moved here 2 years ago, when Alexander suddenly disappeared" jawab Adonis lagi.
Umairah bermain dengan jarinya, bibirnya diketap erat.
Kepalanya dipenuhi dengan segala kemungkinan apabila Alexander bertemu dengannya lagi. Peluh kecil mula keluar dari dahi Umairah akibat rasa gementar yang amat.
Adonis tahu itu, Ziqri pun begitu juga.
Mereka sama sama faham.
Keadaan mula sunyi sebentar, tiba tiba Adonis bersuara perlahan.
"Aku nak Umairah dan bayi kami selamat..aku taknak mereka cedera. Aku tahu Umairah tengah takut..takut dengan apa yang bakal terjadi. Jadi, Ziqri!" Adonis menjerit.
Tersentak Ziqri apabila Adonis menjerit namanya. Badannya ditegakkan tanpa dia sedar akibat terkejut.
"Ap-apa?" Tanya Ziqri tergagap gagap.
"Kau, duduk dekat sini macam dulu. Jaga Umairah. Kenapa? Sebab aku percaya kau" ringkas kata Adonis.
Umairah memandang Ziqri.
"Kalau jadi macam dulu macam mana?" Tanya Umairah lembut, cuba untuk tidak menyakitkan hati Ziqri yang berada di hadapannya.
"Jangan risau, dia keluar kalau aku stres sangat saja" ujar Ziqri.
"Okay, jangan stres" kata Adonis dan Ziqri mengangguk.
Keadaan sunyi lagi
"macam mana awak boleh keluar dari penjara?" Soal Umairah, memecah kesunyian.
"I keluarkan" jawab Adonis tenang sekali lagi.
Umairah mengangguk perlahan.
'patutlah tak terkejut nampak Ziqri...Kalau tak..habis pengawal semua dia angkut.' Bisik hati Umairah.
"Aku rasa lebih baik kita rehat, sakit badan aku ni" Ziqri pula bersuara. Adonis tersenyum tipis dan mengangguk.
"Pergi lah, lupa baru lepas keluar Dari penjara hahahaha" kata Adonis dengan ketawa perlahannya.
Ziqri menjeling Adonis dan berdiri
"Banduan aku pun tak adalah sampai curang" serentak itu, Ziqri terus berlari masuk ke dalam bilik.
Adonis yang mendengar kata Ziqri tadi terus membuntangkan mata, perlahan lahan dia mengepal penumbuknya.
"Dah lah awak, lebih baik kita rehat juga. Penat" kata Umairah. Adonis menoleh dan mengangguk.
Apabila Umairah berdiri Adonis menghentikan langkah Umairah.
"Esok kita tengok baby ya..I minta maaf untuk apa yang berlaku" kata Adonis. Umairah tersenyum dan mengangguk.
"Ok awak" kata Umairah dan terus dia menaiki tangga. Tapi, sekali lagi langkahnya terhenti.
Kepala ditepuk perlahan.
"Awak" panggil Umairah.
"Ya"
"Saya lupa, kan saya duduk kat bilik Ziqri yang lama...sekarang Ziqri dah duduk" ujar Umairah.
"You tidur dengan I lah" balas Adonis selamba
"Mana boleh" tegas Umairah menjawab. Adonis mengulum senyumnya.
"Tidur kat sebelah bilik I, situ ada bilik cuma I tak pernah masuk bilik tu" kata Adonis.
Umairah mengangguk dan turun semula. Kakinya perlahan menuju ke bilik Ziqri.
"Eh nak ke mana?" Tanya Adonis.
"Ambil baju" balas Umairah
"Tak perlu, you duduk je kat depan pintu tu. I ambil kan baju mana you nak lepas tu kita sama sama naik atas" kata Adonis dalam dia bergerak menuju ke bilik Ziqri bersama Umairah.
"Okay" jawab Umairah
ANDA SEDANG MEMBACA
BAD
Romantiek[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...
