38

20.2K 947 33
                                        

Maaflah kalau part sebelum ni tak ada rasa feel. Sis taknak diaorang gaduh 😭 sebab sis tak reti buat scene airmata.

Memandangkan semua dah tahu siapa Mr A ni. So I'm going to make it as 3rd POV. Tapi kalau tak suka dalam 3rd POV boleh inform. Saya akan edit jadi 1 POV sahaja.

And my book #2 in Romance woooo 😂❤️ thank youuuu!

"Awak!" Jerit Umairah yang berada di kamar. Adonis yang membawa sarapan untuk Umairah terus bergegas ke kamar mereka dengan apron yang masih tersarung pada tubuhnya.

"Kenapa sayang?" Kalut dia bertanya. Umairah mencebik memandang Adonis. Dia mencapai kertas yang berada di atas meja dan dihulurkan pada Adonis. Adonis hanya mengambil kertas tersebut sambil berkerut memandang Umairah yang masam sahaja.

Adonis menghalakan matanya pada isi kertas tersebut. Dibaca dengan berhati hati supaya dapat dikesan apa isi yang membuatkan si cintanya masam.

Lama Adonis diam. Kerana sunggu dia tidak faham dengan isi surat ini. Dengan nada yang lembut, dia bertanya pada Umairah.

"Kenapa dengan surat ni?" Cebikan Umairah semakin memuncung ke depan apabila Adonis bertanya sebegitu. Dia merampas kasar kertas tersebut dan membuang kertas itu ke dalam tong sampah. Adonis pula, makin berkerut keningnya tidak faham.

"Hari ni saya ada checkup baby sebab dah 4 bulan. Tapi dah lambat, saya terlupa. Awak pun terlupa. Habis, macam mana saya nak tengok perkembangan baby?" Adu Umairah. Adonis hanya tersenyum memandang gelagat Umairah.

'Hailah si pendek ni.. dia tak ingat ke aku ni doktor juga.. lagi aku ni Prof Doctor Adonis. Hospital tu aku punya pulak tu... haih lah si pendek ni' bisik hati Adonis.

Dia mengusap ubun ubun Umairah, tapi ditepis perlahan oleh Umairah akibat daripada perasaan sedihnya yang tidak dapat ke hospital untuk memeriksa kandungannya.

'Macam mana aku boleh lupa?!' Bisik hati Umairah. Dia cuba mengetuk kepala dengan penumbuk tapi ditahan oleh Adonis. Dia memandang Umairah sambil mengulum senyumnya. Umairah mencebik lagi.

"Apa awak senyum ni? Saya nak tengok baby... tapi tak dapat... hmmm" rengek Umairah. Matanya pun sudah bertakung akibat terlalu sedih.

Adonis tertawa kecil dan bersuara "Baby.. you lupa ke? I ni doktor dekat hospital you nak check up tu. Siapa kata you tak boleh nak periksa? Mesti boleh, sebab I sendiri yang check untuk you. Cuba tengok nama kat kertas you buang tadi, kan ada nama Prof Doktor Adonis" ujar Adonis lembut.

Umairah pergi ke tempat tong sampah tadi dan mencapai kertas yang dibuangnya. Diperhatikan dengan teliti isi tersebut.

Doctor in charge: Prof Doctor Adonis
Patient: Qastilla Umairah
- : baby checkup at 8 am

Adonis tertawa kuat apabila wajah Umairah berubah menjadi malu. Terserlah rona pada pipinya walaupun sedikit sahaja. Umairah memukul bahu Adonis.

"Kenapa tak cakap awal awal? Buat malu saya sajalah awak ni" katanya. Umairah menjauhkan dirinya dari Adonis dan mencapai baju Adonis yang dia letakkan di atas katil.

"Nak buat apa tu?" Soal Adonis.

"Simpanlah, dah awak yang periksa saya nanti" balas Umairah pula. Dia memasukkan baju kemeja Adonis ke dalam almari dan ditutup pintu almari dengan lembut.

Adonis menggaru kepalanya.

"Tapi.. kita kena checkup kat hospital. The equipments at hospital" terang Adonis. Umairah menepuk dahinya.

"Yelah kan, hahahaha maaf awak" dia membuka semula almari dan mengeluarkan satu pasang t shirt Polo dan seluar jeans milik Adonis. Dia meletakkan pakaian Adonis di atas katil dan menoleh memandangnya.

Tapi, baru Umairah sedar sesuatu.

"Kenapa awak pakai apron ni? Apron warna merah jambu pula tu" soal Umairah sambil menahan tawanya dari terkeluar.

Sungguh dia rasa kelakar apabila Adonis memakai sesuatu yang berwarna feminine sebegini. Sepanjang perkenalan mereka, Adonis hanya memakai baju berwarna 'macho' sahaja.

Adonis menunduk dan memerhatikan apron yang dipakainya. Dia mengangkat kepalanya dan menjongketkan keningnya.

'I take the wrong one...'

Adonis berdehem.

"Well.. salah ke I nak cuba warna baru? I think this colour seems nice with me" balas Adonis sambil cuba menutup rasa malunya. Umairah yang tadi menahan tawanya kini terus terlepas. Dia memegang perutnya kerana senak akibat ketawa.

"Aw-awak suka warna ni? Seriously? So I need to choose pink shirt for you to wear after this" balas Umairah dan dia menyambung ketawanya.

Adonis hanya ketawa kekok.

'Bloody hell... please don't..'

"Kalau kat luar tak perlu. I pakai warna macam ni untuk you saja" cover Adonis.

Umairah menggelengkan kepalanya.

"Nope! Nanti saya sediakan baju pink untuk awak pakai masa kita ke hospital ya. Saya nak turunlah, nak makan" saja Umairah mahu lari daripada mendengar alasan Adonis itu.

Dia tahu Adonis bukan jenis suka pakai warna sebegitu. Sebab itu, dia cuba mengusik Adonis. Umairah tertawa kecil dalam dia turun ke dapur.

Adonis pula, sudah meneguk airliur.

'Screw me...'

BAD Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang