Ara terjaga dalam keadaan yang sangat gelap.Matanya sehingga terasa sedikit sakit kerana dibuka luas-luas , cuba menangkap walau sedikit pun jalur cahaya yang ada.Gagal.Semua nya terlalu gelap.Hitam di mana-mana.Tangannya menjangkau ke kiri dan ke kanan.Basah.Kasar dan pengap.Sambil bingkas perlahan-lahan, Ara meraba-raba lantai tempatnya berbaring itu sehingga hujung jarinya menyentuh sesuatu yang sama kesatnya.Sama basahnya.
Dengan hanya berpandukan tangan yang teraba-raba dalam gelap pekat begitu, Ara mengheret langkah kaki nya perlahan-lahan.Cuba untuk tidak bergerak terlalu pantas kehadapan dan mengakibatkan dia menabrak sesuatu dalam kegelapan begitu.Apatah lagi tanah di bawah tapak kakinya cukup basah dan licin.
" Sesiapa..hello...!!"
Ara menyebutkan perkataan itu kuat dengan harapan ada seseorang mendengarnya.Tangannya terus meraba-raba dinding dan dengan langkahan kaki yang terseret-seret.
" Hello...!!"
Ara berteriak sekali lagi .Kali ini sekuat-kuatnya sehingga tekaknya terasa perit.Seperti tadi ,tidak ada sesiapa pun yang menyahut.Suaranya hanya bergema-gema sendiri dan di tingkahi oleh bunyi air yang menitis sesekali mengenai kepala atau tangannya yang terjulur meraba dinding.Gua.Ara pasti dia sedang berada di dalam sebuah gua dari bunyi suaranya yang memantul-mantul dan air yang kedengaran menitis di segenap arah.
Gua ? Tunggu.Seingat Ara tidak ada gua yang berdekatan dengan tempat dia bekerja.Jika ada pun, ia tidak lebih daripada kawasan rekreasi keluarga pada hujung minggu.Itupun terletak sangat jauh dan perlu masa memandu berjam-jam.
Dan bila masa pula Ara sampai ke kawasan tersebut? Yang Ara tahu, syifnya berakhir seperti biasa.Sampah tinggalan pelanggan dimasukkan ke dalam plastik hitam, dicampak ke dalam tong sampah di belakang kedai dan dia balik setelah memastikan buat kali terakhir yang pintu kedai tersebut sudah berkunci.
" Mun...hei.." Ara mengetap bibir." Tak lawak okay !"
Mun.Dia adalah nama pertama yang melintas di benak Ara saat itu.Ara pernah melihatnya dalam satu rancangan televisyen.Penerbit rancangan berpakat dengan rakan baik ' mangsa' dan mengaturkan satu kejadian yang sempurna dengan bantuan ramai individu lain.Malah pernah Ara menganggap gurauan begitu sangat melampau apabila melibatkan kejadian seperti kes penculikan dan sebagainya.' Mangsa' di biarkan untuk kelihatan cemas dan sedikit bodoh dan kemudian gurauan itu dibongkarkan dengan serbuan beberapa jurukamera dan berakhir dengan adegan tertawa-tawa.Prank.Begitu mereka mengistilahkannya.
Baik !!
Kalau betul Mun berpakat hendak mengenakannya dengan membuatkan dia teraba-raba seperti orang buta di dalam gua dan bukan sekali dua kepalanya membentur sesuatu, bersiap lah kau wahai Mun.
Jangan panggil aku Ara kalau aku tak tumbuk perut kau sampai kau minta
maaf !!Demikian Ara mengetap-ngetap bibirnya sambil terus melangkah ke hadapan.
Dalam keadaan Ara masih menyeret-nyeret langkah begitu , nun di hadapan sana.Amat sayup kelihatan satu titik putih cahaya yang samar.Melihatnya, Ara mempercepatkan kayuhan langkahnya dengan tidak memperdulikan sudah berapa kali dia tersandung akibat tergelincir apabila tanah atau lebih tepatnya batuan dibawah tapak kaki tidak berkasutnya itu terasa sesekali begitu licin.Dahinya juga sudah tidak terkira berapa kali membentur dinding batuan.Ara tidak perduli.Yang penting baginya, dia segera keluar dari gua tersebut dan gurauan aneh tingkat tidak lucu ini segera berakhir.
Semakin dekat dengan cahaya tersebut, bau lembap dan hapak dalam gua tersebut mulai bertukar menjadi wangian yang menyeruak.Bau Pine Hijau yang dikenal Ara.Bau-bauan yang menghantar nuansa nyaman dan segar seperti sedang berada di atas kawasan hijau lapang dikelilingi jurai tipis awan-awan rendah yang menyerkupi pucuk-pucuk Pine berdaun hijau dengan sinar matahari yang lembut menyapu kulit sambil itu berbaring di atas rumput dan menatap dada langit yang biru tidak berawan.Segar.Jauh lebih baik daripada bau kepam dan hapak gua yang basah dan licin serta gelap gelita tempat Ara berada sekarang.
YOU ARE READING
LAST HUNTER : THE BEGINNING
FantasyApabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia menerangkan apa yang gelap. Dia menjernihkan apa yang keruh. Dia mencantumkan apa yang retak. Dia...