Langit gelap.Matahari yang sebentar tadi bersinar cerah mendadak redup ditutupi awan hitam yang berarak entah dari mana.Angin berhembus sebentar perlahan sebentar kencang menyebabkan rumput dan lalang yang sedikit meninggi berolak-olak tidak tentu arah.
Ara berdiri tegak menatap setiap wajah lelaki penceroboh Rumah Agam itu dengan tajam sambil tangan kanannya mencengkam hulu Pedang Armos dengan kejap dan siaga.
Sementara itu, Aiiden yang berdiri sebelah menyebelah dengan Ara hanya melirik susuk tubuh di sebelahnya itu dengan senyap.
Tidak ada lagi susuk tubuh Ara yang berambut hitam dengan cermin mata bingkai bulatnya.Ataupun Ara yang kurus , terlihat seperti selalu sakit sebaliknya berdiri di sebelahnya kini adalah Ara yang tegak menggenggam hulu Pedang Armos yang pertama kali dilihat Aiiden hari itu walaupun dia pernah mendengarnya entah dari mana.
Hulu pedang bermotifkan kepala serigala itu tampak kemas dalam genggaman Ara dengan hujung mata pedang yang bergerigi itu tertancap ke permukaan tanah.
Jadi, ini lah Yang Terpilih yang kewujudannya hampir tidak dipercayai itu? Berambut putih keperakan dengan pangkal rambut sedikit keabu-abuan dan mata yang berwarna biru jernih.
Aiiden melangkahkan kakinya setapak ke hadapan sambil mencengkam hulu pedangnya kejap.Lelaki-lelaki penyerang Rumah Agam itu mulai merapati mereka dengan tatapan liar dan bernafsu sekali untuk menghabisi Ara dan Aiiden.
Walaubagaimana pun serangan kali pertama mereka tidak berjaya pun untuk mencelakai kedua-duanya kerana terlebih dahulu Ara sudah melibaskan Pedang Armos di tangannya dan menyebabkan lelaki-lelaki berpakaian hitam itu terhumban kembali ke belakang.Seperti terlanggar sesuatu yang lut sinar sehingga mereka melantun semula.
" Ara.." Aiiden menoleh seketika apabila entah bagaimana matanya menangkap ada tompok darah kelihatan pada lengan baju yang dikenakannya " Ara tak apa-apa?"
" Setakat ni.."
" Eiiden dan yang lain ke mana?"
" Aiid risau?"
Aiiden beedecih sedikit kurang senang apabila Ara membangkitkan hal itu yang menurut hemat Aiiden tidak penting pun untuk di perkatakan ketika itu terutama dalam hal yang melibatkan Eiiden.
" Aiid ambil sebelah mana? Kanan atau kiri?"
" Kanan.."
Aiiden menyahut dan serentak dengan itu juga dia melompat tinggi ke sebelah kanan dan kemudian mendarat di atas permukaan tanah dengan tegap.Dari hujung mata dapat dia melihat Ara juga bergolek ke kiri sambil mengelakkan tujahan pedang yang diarahkan kepadanya tanpa berfikir dua tiga kali.
Ara menyanggah libasan pedang dari dua lelaki sekaligus dan dalam masa yang sama juga melayangkan satu penendang ke arah kirinya dan sempat mengenai leher seorang daripada lelaki tersebut yang menyerbunya serentak.
Sebaik melihat lelaki itu tumbang tertiarap, Ara bergolek ke atas tanah dan mengakibatkan dua lelaki berpedang yang menyerangnya serentak itu tersembam ke hadapan.
Belum sempat mereka bingkas semula, Ara sudah melompat tinggi dan menyudahkan serangannya dengan hentakan yang padu ke bahagian belakang kepala.Kedua-dua lelaki itu tumbang serentak menyodok lalang.
Dalam masa Aiiden menyerang lelaki-lelaki tersebut sambil sesekali melompat tinggi, menggunakan penumbuk dan penendangnya sekaligus,sempat dia menoleh kepada Ara.
Walaupun sedikit kepayahan dengan lengannya jelas kelihatan masih berdarah entah mengapa, Aiiden dapat melihat Ara cekap sekali meliang-liuk mengelakkan libasan pedang ke arahnya dan sesekali dia membalasnya dengan serangan yang sama dan libasan atau hentakan penendang kakinya yang padu itu jarang sekali tidak mengena.
YOU ARE READING
LAST HUNTER : THE BEGINNING
FantasyApabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia menerangkan apa yang gelap. Dia menjernihkan apa yang keruh. Dia mencantumkan apa yang retak. Dia...