" Nyaman..."
Mark meletakkan tangannya dibelakang kepala seraya menutup mata menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup lembut.
" Masih sama macam dulu.."
Ara tidak menyahut walaupun perkataan demi perkataan Mark jelas dalam pendengarannya.Vixx dan Rein di hujung sana masih juga melayani karenah anak saudara mereka sementara Eiiden tidak kelihatan.Entah apa sahaja yang disibukkan oleh lelaki yang satu itu.
Mendengar suara kekehan Vixx ditingkahi jerit pekik anak-anak buah nya yang mengelak daripada menjadi mangsa lelaki itu, Ara tidak dapat mengelakkan dirinya daripada merasakan ada satu ketakutan yang menjalar perlahan dalam hatinya.
Jika benar telahan Aiiden tentang Tetua Myn apa yang akan berlaku kepada Eiiden dan yang lain-lain nanti?
Fikiran Ara berterabur apabila aliran sungai yang jernih membiaskan wajahnya sendiri itu berkocak kasar sebaik sebiji batu dilempar tepat berhampiran kakinya.Ada biasan seseorang sedang berdiri di belakangnya.Tinggi lampai.
" Ada apa-apa yang Ara sembunyikan dari kami?"
Satu suara yang rendah dan dalam.Tidak perlu Ara menoleh kerana daripada bau khusus yang sudah dia hafal benar itu tidak akan membohonginya.
" Kenapa tak campak saja batu lebih besar tadi?"
N tertawa kecil mendengar nada tidak puas hati Ara terhadapnya dan dia sendiri sedaya upaya supaya tidak kedengaran terlalu mendesak.Sungguh.Nasib tidak menyebelahinya sekejap tadi dan kini dia mengerti semacam apa sakit hati Eiiden tatkala terpaksa memujuk Ara yang sedang berantakan.
Berbeza dari dulu, Ara kelihatan lebih tenang dan sikapnya yang mendadak terlalu normal itulah membuatkan mereka mengambil kesimpulan ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis tersebut.Dan malang melintang ! Gilirannya pula yang kalah dalam pertaruhan aneh dan gila-gila seorang Vixx.Pertaruhan biasa mereka.
" Tetua Myn tu orang dia macam mana?"
" Bertanduk.." N meletakkan kedua-dua tangannya ditepi telinga seraya menyeringai " Gigi panjang dan ada mata yang mera.....akhhhhh !!!"
Ara mendongak ke kanan.Sudah ada Ken di situ entah sejak bila dan sedang menatap N dengan wajah khususnya jika sedang jengkel. Bibir segaris yang tegang.Mata yang disepetkan .Sementara Ara menahan rasa geli hatinya,N hanya mampu mengelus tengkuknya yang menjadi mangsa tepukan 'sayang' dari Ken sekejap tadi.
" Kalau itu sahaja yang membuatkan Ara gusar,rasanya tak perlu.Tetua Myn sama sahaja seperti orang lain. Lebih daripada itu ,dia yang membesarkan kami semua. "
" Apa semua akan baik-baik saja selepas aku berjumpa dengan Tetua Myn nanti?"
" Apa yang Ara risaukan sebenarnya?Tak ada apa tu.."
Mendengar suara Ken begitu,Ara sekadar mengganggukkan kepalanya dan tidak lagi mahu menimbulkan sebarang isu tentang lelaki bernama Tetua Myn itu dihadapan merek.
Mana mungkin dia berkata sesuatu yang bukan-bukan tentang lelaki itu dihadapan murid-murid asuhannya sendiri.Hanya sahaja Ara tidak dapat menyembunyikan rasa ingin tahunya selama ini.
Tidak dapat di nafikan jauh di dalam hati Ara dapat dia merasakan bahawa Eiiden dan yang lain-lain banyak berahsia daripadanya terutama sekali jika menyangkut Tetua Myn.
" Dia sesat..."
" Sukalah mereka mempermain-mainkan dia kan..Hi..hi..hi..."
Ara memincingkan pendengarannya dan menoleh ke kiri ke kanan.Ken dan N masih bertengkar-tengkar tentang sesuatu yang amat diyakini Ara berpunca dari rasa tidak puas hati N kerana Ken membekuk lehernya sekejap tadi.Mark pula masih nyaman berbantalkan lengan dan menutup matanya dengan damai.
YOU ARE READING
LAST HUNTER : THE BEGINNING
FantasyApabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia menerangkan apa yang gelap. Dia menjernihkan apa yang keruh. Dia mencantumkan apa yang retak. Dia...