-17-

703 50 7
                                    

Tujuh pasang biji mata itu saling pandang- memandang sahaja antara satu sama lain.Buntu.Mati akal menghadapi Ara yang mengaduk-aduk rambutnya sambil menggumam dan dalam masa yang sama menggerayangi daun-daun bunga Pakcik Lu .

Sebentar-sebentar berteriak dan menggaru-garu kepala pula.Tidak sedar jari jemari nya sudah mengerjai daun-daun bunga yang memagari pagar sehingga daun-daun hijau bunga tersebut bertaburan di hujung kakinya.

" Macam biasa.." Vixx bingkas bangun seraya menggaru keningnya." Setuju?"

Eiiden mengerling ke kiri dan ke kanan.Ken masih memperlihatkan tampang tidak perdulinya.Mark hanya diam .Memerhatikan gerak-geri yang lain dengan wajah khasnya yang  datar.

" Gunting,batu, kertas !!!"

Serentak, tujuh tangan terjulur di tengah meja dan segenap perhatian mereka tertumpu kepada tangan masing-masing.

Rein dan Ryu yang menggenggam penumbuk saling tertawa dan melonjak-lonjak gembira sementara yang lain mengerutkan kening.Vixx sendiri mengurut dadanya tegang.

Jauh lebih cemas daripada berhadapan dengan penceroboh Alvarez dan Sdrow tempoh hari.Entah mengapa permainan anak-anak begitu boleh pula menyebabkan rata-rata wajah mereka mendadak serius.

" Gunting,batu , kertas !!"

Giliran Ken pula menyentak penumbuk kiri nya sambil tersenyum lega kerana 'terselamat' daripada menjadi mangsa situasi aneh di bawah balkoni sana.Lega bukan kepalang.

Lega memikirkan dia tidak akan berhadapan dengan Ara yang sedang berantakan itu dan peluang untuk rambut nya dijambak juga tidak ada. Sementara itu ,N pula kelihatan gembira bukan kepalang memeluk Vixx yang dengan gaya dramatik mengucup tangan kanannya yang mengeluarkan tanda gunting membuatkan Mark dan Eiiden mengerling sakit hati.

Bagaikan menyaksikan satu pertarungan penting sepanjang abad, Vixx-Ryu-Ken-Rein dan N saling memaut bahu antara satu sama lain tegang menantikan keputusan terakhir antara Mark dan Eiiden.

Mark menatap Eiiden tajam.Tidak perduli status Alfa Eiiden kerana yang penting baginya adalah memenangi 'pertarungan ' itu dan akan terselamat daripada berhadapan dengan makhluk paling sukar difahami di bawah sana yang sedang mundar-mandir tidak keruan malah menjambak pula rambutnya sendiri.

" Gunting.." Vixx mengisyaratkan dengan mata bersinar penuh semangat."Batu.."

" Kertas !!" N menyudahkan nya sambil mencengkam bahu Ryu kejap.

Eiiden terperosok di kerusi menyumpahi tangannya yang terjulur mengeluarkan tanda batu sedangkan dalam masa yang sama Mark mengeluarkan tanda kertas.

Dia meraup wajahnya tidak senang melihat Mark tertawa kegembiraan sedangkan yang lain melonjak-lonjak tidak ubah seperti sedang merayakan panglima perang yang menang besar menewaskan musuh di sempadan sana.

" Kamu tahukan aku tak pandai sangat hal-hal macam tu? " Eiiden berdiri sambil menyelak langsir ." Boleh tak kecuali kan aku kali ni?"

" Peraturan tetap peraturan, kawan."

Vixx menepuk bahu Eiiden yang masam.Kata-kata Vixx terlalu betul untuk di sangkal.Eiiden dan peraturan adalah dua perkara yang jarang dapat dipisahkan .

" Berusahalah, kawan ! " Ken berbisik sambil menolak bahu lebar Eiiden keluar dari pintu tersebut.

" Eiid.."Mark melaung membuatkan dia menoleh." Cepat sikit boleh tak? Aku risau Pakcik Lu akan pitam tengok bunga dia dah tinggal ranting esok hari !"

Wah..

Eiiden menggaru kepalanya gusar bercampur sakit hati mendengar suara yang lain-lain tertawa di sebalik pintu.Jelas-jelaslah mereka mentertawakan nya.

LAST HUNTER : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now