Dan, disitulah Ara.Terperosok tidak mampu melakukan apa-apa lagi selain pasrah akan segala kemungkinan buruk yang boleh berlaku kepadanya.
" Aku sudah memeriksa perimeter kawasan , Eiid."
Vixx memecahkan suasana sunyi dengan menghulurkan sesuatu kepada Eiiden.
" Ada lima pintu kecemasan yang paling hampir.Dua menghala ke tempat letak kenderaan di bawah tanah, satu menghala ke atas bumbung tapak pendaratan helikopter dan dua lagi menghala terus ke lobi."
Ara diam sahaja enggan mengulas apa-apa bukan sahaja kerana dia masih jengkel bukan kepalang akibat dipaksa mengenakan pakaian aneh begitu tetapi juga kerana sejak memasuki limousin yang boleh memuatkan mereka berlapan secara serentak itu, semua nya menatap Eiiden seperti seorang jeneral perang yang akan menyerang hendap gerombolan musuh.Malah perkataan aneh yang di dengar Ara juga tidak di fahaminya sedikit pun.
" Mark?" Eiiden menoleh ke arah Mark yang duduk bersebelahan Ara.
" Orang kita sudah bersiap sedia .Dua buah kenderaan berhampiran tangga.Satu helikopter di Bangunan 80 dan satu lagi di Bangunan 70."
" Ken dan Ryu?"
" Siap, Eiid." Ryu mengangkat tangan nya sementara Ken mengangguk kecil.
" Rein dan N macam mana?" Mata Eiiden menatap dua sahabatnya yang paling muda itu .
" Semuanya sudah sedia , Eiid.Jangan risau."
" Dan sementara itu, Ara.."
Eiiden menoleh ke kanan dan wajah masam Ara memenuhi penglihatannya.Dia tahu gadis itu sedang tidak nyaman kerana bantahannya tidak diendahkan.
Dan kerana itulah wajahnya sejak bertolak dari rumah agam itu muncung seinci yang pada hemat Eiiden merosakkan kesan istimewa yang di perlihatkan Ara dalam balutan pakaian dan perincian solekan yang dipakainya separuh hati dan dalam keadaan marah-marah itu.
" Ooh, aku fikir semua orang dah lupa yang aku pun ada dalam kereta ni !"
Mark menyembunyikan tawa kecilnya yang sejak tadi di tahan-tahan.Sebenarnya Mark tidak tahu di mana 'buruk' nya penampilan Ara seperti yang di ulang-ulang gadis itu tatkala merungut kepadanya sebentar tadi.
Para pereka pakaian untuk Keluarga Lycan setakat ini tidak pernah lagi mengecewakan.Lewat petang tadi, empat orang dari butik pakaian gedung membeli-belah yang khusus mereka dan menjahit pakaian untuk majlis-majlis istimewa rumah agam datang membawakan tujuh pasang sut dan sehelai gaun yang sudah siap.
Seperti biasa sut yang di tempah khas mengikut saiz tubuh mereka bertujuh itu tidak ada masalah dan selesa dipakai, namun gaun hitam itulah yang menjadi punca Ara merungut sepanjang petang.
Jika diamat-amati sebenarnya Ara tidak boleh dikatakan tidak menarik dalam balutan gaun sutera hitam itu.
Gaun yang di reka dengan leher berpotongan lurus pada paras yang sopan- tidak terlalu luas ke bawah dan tidak pula mengapit leher - itu pada bahagian atasnya diperbuat daripada material bersulam motif bunga-bunga mawar di atas kain renda berwarna hitam sementara pada bahagian bawah dari pinggang hingga ke paras kaki, gaun itu di padankan dengan sutera hitam yang lembut, licin dan berkilat.Mengalun elegan jika melangkah .
Dan dipadankan dengan sepasang kasut bertumit tinggi hitam bertali halus yang di hiasi taburan kristal jernih yang berkilauan itupun masih tergeletak di sebelah kaki Ara yang masih berkaki ayam.
Alasannya-dia tidak pandai mengenakan kasut bertumit tinggi dan perkara itulah yang paling menghantuinya sepanjang perjalanan ke Jazirah Timur malam itu.
YOU ARE READING
LAST HUNTER : THE BEGINNING
FantasyApabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia menerangkan apa yang gelap. Dia menjernihkan apa yang keruh. Dia mencantumkan apa yang retak. Dia...