Ditinggalkan berseorangan dalam bilik itu sedikit pun tidak membuatkan Ara senang hati .Wanita separuh usia dengan sedikit uban pada pelipisnya dan mengenakan blouse putih dengan dipadankan skirt pendek separas lutut dengan kasut bertumit tinggi itu tunduk hormat sebelum kembali menutup daun pintu.
Bermula daripada ruang tamu yang mewah, bilik tidur luas dan pembantu-pembantu berpakaian kemas dalam nuansa formal sudah cukup menyimpulkan semacam apa sang pemilik rumah agam ini.Pasti lelaki tua renta yang memiliki harta tidak terhabiskan oleh tujuh keturunannya.
Mundar-mandir dalam bilik tersebut, Ara menatap nanar segala perincian yang ada di sana.Fikirannya kacau-bilau.Sebanyak mana pun dia cuba mengimbangi setiap kejadian yang berlaku kepadanya dengan logik akal, tetap sahaja ia akan mengarah kepada sesuatu .
Betul.Memang dia sudah gila dan semua yang berlaku hanyalah satu halusinasi karut yang sama sekali tidak masuk akal terutama sekali bagaimana dia seakan terjaga daripada lena yang panjang tetapi segala kesakitan dan birat-birat lebam disebabkan dia terjatuh dan melanggar dinding gua itu benar-benar di rasakan dan kesan itu terlihat jelas pada pipi, dahi dan lututnya.Luka dan lebam yang sama seperti di dalam mimpinya.
Sungguh. Bagaimana mungkin hal itu boleh berlaku ? Tidak ada satu pun perkara tersebut saling berhubung dan ia semakin membingungkan.Semuanya.
" Ara" Kedengaran suara yang dikenalinya bergema dari luar sambil daun pintu di ketuk perlahan. " Boleh kami masuk?"
Eiiden.
Ya.Dia satu-satunya yang boleh menjelaskan semua kegilaan yang berlaku.
Ara menguak daun pintu perlahan-lahan dan kemudian pantas melepaskan tombol.Hampir serta-merta dia berlari anak ke hujung bilik dan menggenggam hulu pedang bergerigi itu.Matanya melilau cemas dan siap siaga menghayunkan pedang tersebut jika mereka berani macam-macam kepadanya.
" Woah...woah.."
Eiiden terkejut sekali melihat Ara sudah memasang kuda-kuda dan menggenggam erat hulu Pedang Armos dengan postur tubuhnya dalam keadaan bersedia menghayun pedang tersebut.Wajahnya berantakan dan bingung bercampur ketakutan.
" Ara, letak kan pedang tu.Kami tak berniat untuk mengapa-apakan Ara.."
" Siapa kamu?? Aku di mana ni??"
Ara bertanya seperti orang hilang akal sambil matanya mengawasi pintu dan melirik balkoni di sebelah kanan yang hanya dipisahkan dengan pintu gelongsor yang diperbuat daripada kaca tembus pandang. Dengan pintu gelongsor tersebut di buka separuh meninggalkan langsir putih yang labuh meliuk-liuk di tiup angin, melarikan diri melalui pintu tersebut bukanlah sesuatu yang sukar .
Rancangannya jelas.Jika mereka berani bertindak bukan-bukan kepadanya, dia akan menghayunkan pedang tersebut dan kemudian terjun melalui balkoni dan melarikan diri !
" Ara, tolong letak kan pedang tu
dulu."" Tak !!" Ara mengeraskan suaranya. Tidak perduli kepada tatapan khuatir Eiiden kepadanya dan pandangan hairan yang lain-lain. " Macam mana aku nak pastikan yang kamu semua bukan sebahagian daripada orang-orang berkuda yang cuba nak bunuh aku tu?"
" Ara.." Eiiden melunakkan suaranya.Cuba meyakinkan Ara yang bagaikan hilang akal itu." Kami tak berniat jahat pada Ara.Kalau kami merancang nak bunuh Ara, kami takkan susah payah selamatkan Ara dan bawa Ara keluar dari alam mimpi tu !"
" Kami tahu semua ni sukar untuk di percayai tapi kami memang tak berniat untuk mengapa-apakan Ara.Kami akan ceritakan semua nya.Sekarang, tolong letakkan pedang tu dan benarkan Ryu cuci luka Ara. Boleh kan?"
YOU ARE READING
LAST HUNTER : THE BEGINNING
FantasyApabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia menerangkan apa yang gelap. Dia menjernihkan apa yang keruh. Dia mencantumkan apa yang retak. Dia...