-36-

586 43 1
                                    

Bunyi kersak-kersik ranting dan daun kering dipijak membuatkan Ara meligas pantas dan tangannya meraba hulu Pedang Armos yang tersandang di belakangnya dengan mata dan telinga yang ditajamkan.

Sedikit sahaja pergerakan yang mencurigakan, dia tidak akan berfikir dua kali melibas pedang tersebut yang entah mengapa sejak melangkahi garisan yang dibentuk oleh batu-batu kerikil tersebut,pedang itu luar biasa pula beratnya sehingga Ara kelelahan menyandangnya.

Tiba-tiba sahaja dari sebalik dua pohon yang paling besar  dan tinggi menongkat kabus dengan akar berselirat dan lumut yang tebal malah kelihatan seperti pokok yang paling tua antara semua dengan dahan saling bertaut bagaikan membentuk gerbang ke satu dunia lain,muncul satu susuk tubuh berpakaian putih yang serta-merta merentangkan tangannya dan tersenyum lebar.

Seorang pemuda tinggi lampai dengan rambut putih keperakan yang panjang melepasi bahu .Kepalanya hampir menyapu juntaian anggerik liar yang tumbuh di atas ranting berlumut dan sedang meriah menguntumkan bunga putih yang menyerbakkan harum yang sejuk dan manis.

Sedikit jambakan rambut pada pelipis kiri dan kanannya di pintal dengan kemas membentuk jalinan dan diikat bersama di belakang kepala menggunakan secarik kain berwarna cokelat gelap untuk mencegah rambut pada bahagian lain kepalanya menjulai menutupi wajah.

Bingkai wajah lelaki itu tegas dengan kulit cerah kemerahan dan kontras sekali dengan matanya yang berwarna hijau zaitun.Tampan dengan gabungan wajah tegas  Vixx dan sinaran nakal mata Rein.

Entah barangkali mungkin kerana Ara terlalu larut dalam fikirannya sendiri ataupun sememangnya hutan misteri tersebut seperti itu,Ara tidak menyedari mereka mulai memasuki dasar hutan yang semakin jarang pohonnya.

Di sana sini bonggol tidak rata batuan ataupun sekadar selirat akar pokok yang dilitupi lumut tebal mulai kelihatan menggantikan lantai hutan yang kering dan dipenuhi daun tua.Ada angin lembut yang bertiup perlahan menyejukkan wajah dan membawa bersama aroma harum menusuk hidung yang aneh .

Sejuk.Berkabus.Harum dan sayup-sayup kedengaran bunyi aliran air gemersik membelah jeram menimbulkan satu persekitaran mistik yang sukar dijelaskan dan ia membuatkan Ara yakin mereka sudah memasuki gerbang  sihir perkampungan Bangsa Nymph.

Malah Ara tidak ragu dengan penglihatannya sebentar tadi tentang bagaimana kuntum-kuntum bunga Anggerik putih yang tumbuh melata sama ada di atas permukaan batu ataupun pohon yang berlumut itu berlompatan turun dari kelopak masing-masing dan tunduk hormat melambaikan kelopak kepada nya.

Menghayunkan kelopak dengan riang dan kemudian berbisik-bisik sesama sendiri seakan riuh rendah kegembiraan dengan kedatangan mereka ke tempat tersebut.Malah ada pula yang mengibaskan bilah-bilah halus seperti jarum dan ia menyebabkan ada bau harum yang bertebaran memenuhi kawasan sekitar dan tahulah Ara wangi harum aneh itu berasal dari mana.

Ataupun tentang bagaimana bunyi angin semilir yang gemersik tersebut seakan membentuk bait-bait senandung yang mengalu-alukan kedatangannya ke situ dan antara bait yang difahami Ara hanyalah perkataan Layra yang disebutkan berulang-ulang seperti menyanyi.

Merdu menusuk pendengaran dalam cara aneh yang tidak dapat dijelaskan.Suara gemersik tidak ubah bunyi desiran angin yang membuatkan fikiran Ara serta-merta menjadi kosong dan tubuhnya seakan ringan tidak jejak ke tanah.

Vixx merengkuh kemas tubuh lampai lelaki tersebut dan diikuti oleh Rein malah dia kelihatan memeluk kejap seorang demi seorang daripada mereka berlapan menyisakan Ara yang masih terpegun dan menoleh ke kiri ke kanan.Seperti pelukan sahabat lama yang mesra.

" Ara.." Rein bersuara membuatkan Ara menatapnya semula " Perkenalkan.Abang sulung kami, Zade.."

Dengan senyuman lembut membingkai pada wajah lelaki tersebut sehingga melekukkan pipinya membentuk lesung pipi pada kanan dan kiri wajahnya, dia membongkok hormat .Seketika menyebabkan Ara terundur ke belakang.Terkejut dengan sambutan yang pada hematnya sedikit berlebihan.

LAST HUNTER : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now