-43-

512 41 3
                                    

" Jadi.." Lu mencerunkan pandangannya ke arah mereka dan menatap mereka seakan tidak percaya " Selama ini?"

" Betul..Kalau selama ini Pakcik Lu pun boleh berlakon menjadi Pakcik Lu yang kami percayai, kami juga boleh berlakon menjadi orang yang tak tahu apa-apa dan mudah diperbodoh-bodohkan.."

Lelaki dipanggil Pakcik Lu itu hanya mendengus kasar melihat seorang demi seorang daripada mereka kembali lagi berdiri tegak dan saling menghunuskan senjata masing-masing.

Dia masih berada dalam keadaan terkejut dan sedikit tidak percaya sedangkan Tetua Myn -dalang sebenar disebalik semua yang berlaku hanya berdiri tenang sambil matanya merayapi setiap wajah lelaki-lelaki muda yang pernah menjadi muridnya itu.

" Sanggup membunuh abang kandung sendiri.Menyusup masuk ke Istana Besar dan menyamar menjadi Raja Thamrisy.Mempergunakan Istana Besar untuk mengancam kaum lain.." Ken menggertapkan giginya dan menatap wajah lelaki itu penuh kebencian " Ada yang belum saya sebutkan?"

" Mempergunakan kami untuk mencari Yang Terpilih.."

Tetua Myn tiba-tiba sahaja tertawa besar demi melihat bersungguh benar Mark mengepal penumbuknya dan menatap nanar ke arahnya.

" Sanggup benar Tuan begitu kan?"

" Kenapa?" Dia meligas menatap tajam ke arah Vixx "Pada aku kalian tidak ubah seperti anjing perburuan aku."

Rein menggeram tidak terima dengan kata-kata biadap begitu membuatkan wajahnya merah padam hingga ke cuping telinga.Tidak menyangka sama sekali dia akan mendengar perkataan begitu dari mulut seorang yang sangat mereka hormati dan menghabiskan hampir seluruh usia mereka mengabdi diri mentaati lelaki yang bergelar guru mereka itu.

" Tuan pergunakan kami.."

Ken menderam dengan suara parau .

"Mencipta lagenda Catatan Thierasias dan memilih kami sebagai alat untuk Tuan mencari keberadaan Yang Terpilih ! Memasukkan memori palsu dan mengawal kami menggunakan sihir serta implan agar kami sentiasa berada dalam kawalan Tuan.Tuan memang seorang yang kejam dan tidak berhati perut !!"

Tetua Mya sebaliknya tidak perduli langsung tiap pasang biji mata yang mencerlang menatapnya dengan tatapan bercampur-baur antara marah,rasa dikhianati dan sedih.Matanya hanya menyeluruhi satu lagi susuk tubuh lelaki yang kelihatan mirip sekali dengan Eiiden yang juga menatapnya dengan rahang yang kejang.

Bagaikan mengerti dia sedang diperhatikan,Aiiden menghantar senyuman sinisnya.

" Kenapa? "

Tanya Aiiden dengan sebelah kening yang terangkat dan membalas padangan Tetua Myn dengan penuh kebencian.

" Hairan bagaimana aku masih boleh terselamat selepas kejadian tu? "

" Lycan?" Tetua Myn mengecilkan matanya sambil silih berganti menatap antara Eiiden dengan pemuda tersebut. 

" Eiiden.." Pemuda tersebut mengerling Eiiden disebelahnya sambil tersenyum senget. "Aiiden.. Masih juga tak faham?"

Tetua Myn mengetap giginya. Entah mengapa kemarahannya terasa mendidih apabila mendadak sahaja senyuman sinis lelaki itu membuatkan dia memahami sesuatu.

" Lain kali kalau Tuan menghantar pengintip,hantar pengintip yang sedikit bijak daripada pengintip yang menjelmakan diri menjadi burung gagak ke perkampungan Nymph.."

Eiiden sebenarnya sejak dari tadi hanya memerhatikan wajah kebingungan lelaki separuh usia itu apabila satu demi satu kebenaran dibentangkan kepadanya membuatkan wajahnya perlahan-lahan menjadi merah padam dan rahangnya mengeras sakit hati.

LAST HUNTER : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now