-7-

893 66 4
                                    

Hari ketiga di Rumah Agam  berlangsung begitu-begitu sahaja.Ara masih tidak terbangun dari tidurnya yang panjang sementara mereka mengambil giliran untuk memerhatikan keadaan dan sebarang perubahan yang berlaku kepadanya.

N dengan kebolehannya sebagai Oklumentor sendiri tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan kerana percubaannya untuk membawa Ara keluar dari dunia sihir mimpi Oklumensis puak Nymphoria tempoh hari gagal dan berakhir dengan dia sendiri hampir dicederakan oleh darah  Athos yang wujud dalam diri Ara. Manakala antidot yang di suntikkan oleh Ryu juga belum menunjukkan sebarang kesan.

Suara Rein yang sedikit tajam tiba-tiba kedengaran dari tingkat atas membuatkan empat kepala yang berada di lantai bawah rumah tersebut serentak mendongak.Di atas tangga, Rein berdiri sambil berkata sesuatu dengan suaranya berbaur cemas.

" Eiid, ada  sesuatu terjadi pada Ara ! "

Eiiden yang duduk di ruang tamu pantas berdiri.Ryu dan Mark yang berada di meja makan juga berdiri meninggalkan cawan masing-masing.Mengekori Eiiden dan Ken yang sudah menapak menaiki anak tangga hampir serentak.

Bilik luas yang menempatkan katil tempat Ara dibaringkan itu mendadak sedikit sempit apabila kesemua mereka berada di dalam nya.Wajah cemas Rein menyambut Eiiden dan yang lain-lain.

Mata Eiiden melebar apabila melihat tubuh Ara yang berselimut itu sedang ditahan pada kedua-dua tangannya oleh Vixx yang berpeluh-peluh dan mengetapkan giginya.Keriut pintu membuatkan Vixx menoleh dan wajahnya membiaskan ekspresi yang sukar difahami.

"Kenapa?" Eiiden menghampiri katil dan pantas Rein menepi.

" Aku tak tahu, Eiid." Rein menyahut ." Tubuh Ara tiba-tiba bergerak dan terapung sendiri !"

Mark dan Ryu menghampiri katil dengan pantas dan membantu Vixx yang sedikit kewalahan mengawal rontaan tubuh Ara yang entah mengapa luar biasa tenaganya dalam keadaan dia tidak sedarkan diri begitu.

Mark menahan lengan kanan Ara sementara Ryu menyertai Rein yang cuba menahan kaki gadis itu.Malah, walau dengan pegangan kuat empat daripada mereka, Ara masih boleh meronta-ronta dan sesekali tubuhnya terangkat dari permukaan katil bagaikan ditunjang oleh satu kuasa ghaib.

N yang berdiri di sebelah kanan katil Ara menggumam-gumam kan perkataan yang tidak difahami mereka dengan kedua-dua kelopak matanya tertutup rapat.Peluh merenik- renik di dahi dan pelipis nya.Telunjuknya masih melekap pada dahi Ara dan mereka tahu N sedang melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri.

Tidak semena-mena , entah dari mana angin bertiup , berpusar-pusar di dalam bilik tersebut membuatkan mereka hampir serentak tertoleh -toleh kecuali N yang menggumamkan manteranya dengan suara yang semakin keras.

Langsir labuh yang menutupi tingkap meliang-liuk dan hiasan-hiasan kecil di atas meja ada yang berjatuhan ke lantai.Semakin keras mantera di gumamkan N, angin yang bertiup juga semakin keras dan di atas katil rontaan Ara juga bertambah kuat .

" Eiid.." Vixx menggumam dari celah ketapan giginya ." Tolong pegang
tangan Ara.Ken juga !"

Lelaki berambut sedikit kemerahan itu cepat mengangguk dan menggantikan Vixx mencengkam tangan gadis itu sementara Ken pula menggantikan Rein yang menahan kaki Ara.

Berada sedekat itu dengan Ara barulah Eiiden dapat melihat dengan jelas. Luka pada leher Ara bukan semakin mengering tapi sebaliknya semakin kemerahan dan membesar.Pada sekeliling lukanya, bertimbulan urat-urat berwarna keunguan dan setiap inci kulit yang dirambati urat darah tersebut mulai kelihatan membiru malah warna tersebut mulai menyebar  pada bahagian  bahu Ara yang bajunya sedikit terselak akibat rontaannya yang kuat.Lengan yang dicengkam Eiiden juga sejuknya luar biasa seperti ais walaupun dahi gadis itu bersimbah peluh.

LAST HUNTER : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now