-13-

879 60 5
                                    

1

2

3

" Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!"

Rein yang punyai suara paling tajam dan nyaring itupun sehingga menekap telinganya dengan kuat dan menatap daun pintu yang di tutup pantas oleh Eiiden itu dengan mata cokelat mudanya seperti hendak terjojol keluar mendengar suara jeritan Ara yang luar biasa nyaring dan kuat itu.

Jika  sahaja Eiiden tidak mengisyaratkan agar mereka keluar dari bilik tersebut, pasti akan ada diantara mereka yang  tuli sekejap atau terpaksa berjumpa doktor untuk memeriksa sama ada gegendang telinga mereka masih normal atau sudah retak.

"Woah..."

Ryu menatap takjub pada Eiiden yang hanya mempamerkan wajah bersahajanya dalam keadaan empat sahabat nya yang lain terpinga-pinga.Terkejut dengan jeritan Ara begitu.

Entah bagaimana Eiiden tidak terusik sedikit pun dengan jeritan Ara sedangkan dia dan Mark adalah merupakan suku dari Bangsa Zinxs yang memiliki pendengaran paling sensitif hatta kepada bunyi yang jauh dan hampir tidak dapat dikesan oleh tahap pendengaran yang biasa-biasa.

Vixx sendiri kelihatan sedikit terjajar ke belakang dengan ekspresi khas terkejutnya.Mark sedikit meringis sambil  kedua-dua telunjuknya
menyumbat telinga sementara Ken hanya menggeleng kepala.

" Sekarang baru aku faham kenapa kau terpaksa sumbatkan mulut dia dengan kain, Eiid.."

" Apa yang kau harapkan kalau kau jadi dia? "

Ken menyahut tiba-tiba sambil menepuk belakang kepala Ryu.

" Ditangkap, diracuni, terhumban ke sana-sini dalam alam mimpi  dan kemudian terjaga dengan tujuh lelaki yang mengatakan sesuatu yang kau tak faham?"

Ryu menatap Ken dengan mata membulat. Tidak terima begitu sahaja lelaki itu baru  menepuk belakang kepalanya dengan tepukan yang tidak boleh dikata perlahan .

Baru sahaja dia hendak membantah, Vixx sudah menarik bahunya dan mengekori Eiiden yang sudah berjalan di hadapan menuju ke bilik tempat mereka selalu berkumpul jika ingin membincangkan sesuatu yang serius dan jauh dari jangkauan pendengaran para pembantu rumah dan pekerja lain.

Jika tidak dileraikan segera, Ryu itu boleh bertukar menjadi super bising dengan suara lantangnya jika sedang tidak puas hati atau bertengkar tentang sesuatu yang separuh daripadanya adalah di sebabkan hal-hal tidak masuk akal.

Wajar sahaja jika dia memegang tampuk gelaran pengasas Trio Memeningkan yang dianggotai olehnya sendiri diikuti oleh Rein dan N.Trio paling bising jika bergabung.Punca segala riuh-rendah dan akar umbi kenakalan serta kejahatan terancang yang menjadi punca sakit kepala Eiiden dan Ken.

Adakalanya Vixx mengandaikan tatapan dan helaan nafas putus asa Ken adalah manifestasi kepada kemuncak seluruh seribu satu  idea nya tentang bagaimana  untuk mendiamkan mulut tiga penjaga termuda Catatan Thierasias itu.

Namun, Vixx tahu.Ryu bakal kehilangan takhtanya kepada seorang gadis berambut pendek dan berkaca mata tebal yang sedang menjerit-jerit dan mengaduk rambutnya seperti orang hilang akal nun di sebalik tautan daun pintu berwarna cokelat gelap dari kayu jati itu.

" Lapor, Mark.."

Eiiden menatap Mark yang menjadi orang terakhir memasuki bilik tersebut dan kemudian menguncinya.Ken diam dan Ryu yang masih tidak berpuas hati juga menyurutkan niat bagi memanjang-manjangkan isu demi melihat wajah autokrasi Eiiden begitu.

Riak wajah yang datar tetapi memancarkan aura seorang ketua yang bukan dilantik  secara semberono oleh Tetua Myn lama dulu. Tatapan mata tajam,menusuk dan dominan yang menimbulkan rasa hormat sehingga apabila dipandang begitu hendak melakukan hal-hal di luar batas sahaja dengan segera perlu berfikir dua tiga kali.

LAST HUNTER : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now