-40-

463 46 1
                                    

Melihat Eiiden bangkit , menyedari Mark juga bangun dan Ken serta Ryu  kembali meluruskan tubuh walaupun kelihatan berdarah pada siku dan lengan serta kotor akibat tercampak beberapa kali ke atas tanah Tetua Myn berundur dua tiga tapak ke belakang manakala Lu tampak sedikit panik.

Matanya mengerjap antara percaya dengan tidak melihat empat daripada lelaki-lelaki muda itu sudah tegak lagi ,kejap menggenggam hulu pedang masing-masing dan membentuk benteng melindungi Ara yang goyah menunjang tubuhnya sendiri dan sedang dipapah oleh seorang lelaki yang muncul entah dari mana.

" Aiid..." Eiiden bersuara namun sepasang matanya tetap tajam mengawasi sebarang pergerakan dua lelaki dihadapan mereka ketika itu.
" Aiid tak apa-apa? "

" Risaukan dulu diri sendiri dan yang
lain."

Aiiden menekap bukaan luka pada perut kiri Ara yang semakin menggenangkan darah.Melepaskan beg sandangnya ke tanah dengan kasar.

" Ryu...dalam beg ni ada larutan garam dan kain kasa.Tolong Ara sementara kami bereskan yang lain-lain.."

Ryu tidak perlu mengangguk untuk mengiyakan kata-kata Aiiden.Pedang berkilat pada tangannya disarungkan kembali dan tubuh Ara yang ringan di gendong menjauhi sedikit benteng manusia itu agar mudah untuk dia membantu merawat luka Ara.Aiiden dengan wajah merah padam bangkit berdiri menggantikan Ryu dan tegap bahu membahu di sebelah Eiiden.

Besar.Dalam dan ...

Ryu mengetap giginya melihat Ara yang pucat meringis sehingga giginya berkeriut menandakan sakit yang merambati tubuhnya bukan main-main.Peluh yang merenik di pangkal dahinya semakin kasar dan sejuk.

" Perak tulen !!" Getus Ryu sambil menuangkan cairan garam pada luka Ara yang mencengkam lengannya dengan kuat cuba mengalirkan rasa sakit yang dirasakannya " Tak guna !!"

" Ryu.." Giliran Ken pula menoleh.Sempat matanya menangkap wajah Ara yang mengerenyat kesakitan.

" Aku tak apa-apa.."

" Baik.."Eiiden menggeram"Jaga Ara !"

" Doktor Rade? " Lu yang sejak tadi masih cuba mentafsirkan apa yang sedang berlaku dihadapannya itu silih berganti menatap antara Eiiden dan lelaki disebelahnya yang kelihatan mirip sekali.

" Salah.." Aiiden menyeringai.

Suara Tetua Myn tertahan di kerongkong melihat Aiiden dan Eiiden serentak menatapnya dengan tatapan menusuk.

" Tapi...bagaimana ..."

Lelaki berpakaian hitam itu terundur ke belakang.Bingung bercampur  hairan dan mengerling Tetua Myn disebelahnya.Tatapan mereka berbantur dan fikiran mereka bertembung pada satu persoalan yang sama.

Apa lagi cacat cela dalam rancangan mereka yang sudah diatur puluhan silam itu?

Tetua Myn memejam seketika matanya dan menarik nafasnya perlahan.Mencari kembali rasa keyakinan nya yang sempat bertaburan melihat kejadian yang berlaku di hadapan matanya itu.Malah bermimpi tentang bagaimana Eiiden dan yang lain-lain akan ingkar kepada arahannya pun dia tidak pernah.

Dan kini Mark baru sahaja melibasnya dengan pedang  !

Sambil membuka matanya, mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu dan memusatkan perhatiannya kepada Rein , Vixx dan N.Serta-merta seringai jahatnya membingkai lagi.Kalau rencana nya gagal disebabkan  ' Rancangan Mikrocip ' itu , sentiasa ada jalan lain.Sentiasa ada pelan kecemasan.

Dua lelaki adik beradik dari Bangsa Athos dan seorang dari Bangsa Myrth itu memang benar tidak punyai mikrocip seperti Eiiden , Mark , Ken dan Ryu tetapi masih ada sesuatu yang boleh digunakannya pada saat- saat begitu.

Sihir Stuj yang dikuatkan lagi dengan titisan kecil  Nahk dalam minuman ketiga-tiga bangsa penyihir itu setiap hari.Satu lagi idea bijak lelaki bernama Luxos itu yang puluhan tahun mengabdi kepadanya sebagai mata dan telinganya di Rumah Agam.

Vixx bangun terhuyung-hayang dan menyeka darah yang meleleh dari sudut bibirnya.N yang terlentang jauh hampir membentur sepohon pokok tadi juga bingkas susah payah dan menggeram.

" Sudahlah Tuan.." Rein yang sudah berdiri berjalan tempang mengheret kakinya sendiri. " Tuan fikir kami masih tak tahu lagi? "

Alangkah ..Mata Tetua Myn membulat dan Lu menghamburkan sumpah seranahnya melihat Vixx mulai menyimpulkan rambut putih keperakannya yang panjang melepasi bahu itu dengan sesuatu sementara Rein pula berdiri tegap dengan mata pedangnya menancap tanah.N hanya menatapnya dengan pandangan tajam.

" Kenapa? " N tertawa sinis " Hairan?"

+          +          +         

LAST HUNTER : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now