EPILOG
Pagi menjelang tiba dan embun masih mengerlip di hujung rumput tatkala hampir seluruh penduduk Perkampungan Nymph berhimpit-himpit saling memanjangkan leher cuba untuk meninjau seorang demi seorang daripada mereka muncul dari sebalik Gerbang Utara. Suara berbisik-bisik diantara mereka kedengaran seperti dengungan lebah yang tidak jelas butir bicaranya.
Berada di barisan paling hadapan ialah susuk tubuh ayah kepada Vixx dan Rein diikuti oleh Zade yang tidak dapat menahan dirinya daripada menjenguk di sebalik deret bahu tegap tinggi adik dan rakannya yang lain.
Zade mencerunkan pandangannya melihat tiap wajah mereka yang muncul dari bawah gerbang itu pucat dan lebam membiru di sana-sini malah ada pula luka yang melintang pada pipi.
Dan susuk tubuh sebaya dengan raut wajah amat mirip seperti Eiiden itu kelihatan amat pucat dan baju yang digunakan untuk menekap luka pada sudut kiri perutnya jelas lembap dengan dengan genangan darah yang masih sangat baru.Lemah berpaut pada lengan Ken dan Mark yang juga lebam di sana-sini.
Ayah Vixx menyeluruhi wajah tiap satu daripada mereka. Hairan dan tertanya-tanya.Masing-masing kelihatan pucat dan tidak bermaya sekali.Susuk tubuh berdarah pada perut itu dikenalinya sebagai pemuda yang ditangkap di pinggir kampung beberapa malam yang sudah dan Ara memintanya agar melepaskan pemuda itu.
" Apa yang berlaku, Eiiden? " Suara lelaki berusia itu berat dan rendah tetapi Eiiden tidak segera menyahutnya.Wajah Eiiden masih pias dan kelihatan pucat dengan tatapan mata yang kosong." Ara .Mana dia?"
" Abang buat apa? " Rein maju kehadapan dengan tampang berantakan.Hidung dan matanya merah dengan bekas air mata yang mengering kelihatan di pipinya yang putih " Kan saya sudah pesan supaya jangan biarkan Ara seorang diri??"
" Apa yang Rein cakapkan ni? Apa yang berlaku sebenarnya?" Zade menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka selain susuk tubuh kecil Ara tidak pula kelihatan ada di antara mereka berlapan.
" Abba tidak tahu bagaimana Ara melakukannya tetapi sebaik Zade membuka buih sihir Myrth tu, Ara menghilangkan diri betul-betul di hadapan kami semua."
Tiba giliran ayah Vixx pula mencelah dan demi melihat raut wajah anak dan rakan-rakannya yang lain itu serta luka-luka yang dialami mereka dia tahu ada sesuatu yang amat buruk telah berlaku.
" Ara mana, Eiiden?"
Bagaikan tidak pernah tahu untuk bercakap, Eiiden dengan riak wajah masih terkejut tanpa menyahut apa-apa melangkah ke hadapan dan menghulurkan sesuatu kepada lelaki separuh usia itu.
Baju putih yang dikenakan Ara semasa bertolak dari Perkampungan Nymph.Berlipat kemas tetapi hampir lembap oleh darah yang mulai sedikit mengering.Terlipat kemas menadah mata Pedang Armos bergerigi kepunyaan Ara yang juga masih kelihatan berdarah.
" Ara .." Rein dengan suara serak dan tersekat-sekat kedengaran menyahut antara dengar dan tidak " Aarraaaa dah tak ada,Abbaaa...."
Eiiden tidak mahu melibatkan diri dalam apa sahaja urusan ' pengebumian' Ara menjelang lewat petang nanti.Baginya Ara masih ada.Masih membentuk-bentuk wajah nya dengan bermacam mimik hodoh tanda protes ataupun sekadar cuba menjengkelkan Ken yang menyeringai tidak suka.Baru semalam Ara ada dihadapan matanya dan kini seluruh penduduk Perkampungan Nymph sedang mempersiapkan upacara ...
YOU ARE READING
LAST HUNTER : THE BEGINNING
FantasyApabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia menerangkan apa yang gelap. Dia menjernihkan apa yang keruh. Dia mencantumkan apa yang retak. Dia...