-31-

578 37 0
                                    

Kotak kayu di hadapan Ara itu sebenarnya tidak ada apa-apa yang istimewa.Hanya sebuah kotak kayu segiempat tepat dengan penutupnya berbentuk piramid berbucu tumpul di puncaknya dengan hujung yang bulat seperti puncak sebuah gunung berapi yang patah.

Bermula dari hujung tumpul yang berbentuk bulat,berselirat ukiran-ukiran timbul yang jika diperhatikan dengan teliti sebenarnya ukiran timbul tersebut seperti mencorakkan sesuatu namun ia masih gagal di tafsir oleh Ara walaupun sudah hampir setengah jam menatap kotak kayu tersebut.

Jika orang lain melihat Ara ketika itu, pasti mereka akan membandingkan telatah Ara cuba membuka kotak kayu tersebut tidak ubah seperti seorang wanita yang baru pertama kali keluar ke sebuah peradaban moden dan buat pertama kali juga melihat barang berteknologi tinggi.

Betapa tidak.

Tidak hanya meraba-raba jalur ukiran kotak tersebut malah menekan pelbagai bentuk pada ukiran tersebut yang dilihatnya sama .Namun tetap sahaja kotak kayu itu tidak terbuka.

Digoncang,di tekan dan bukan tidak pernah timbul idea dalam kepala Ara untuk menggigit sahaja kotak tersebut tetapi dia masih waras rasanya dan perbuatan begitu sangat tidak masuk akal hatta kepada dirinya sendiri sekalipun.

Kotak kayu itu masih sahaja begitu.Terkunci dan mereka sudah hampir putus-asa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berada didalam kotak kayu tersebut.

Walaupun Ara tahu dia tidak terlalu bijak untuk memahami segala apa yang diketahuinya melalui pertemuan singkat dengan Aiiden semasa di Jabatan Implan Dan Bank Data dua hari lepas, namun dia juga masih belum terlalu bodoh untuk terus bertanyakan hal itu kepada Eiiden dan yang lain-lain di Rumah Agam.

Melihat kotak kayu tersebut, wajah Aiiden memintas ingatan Ara serta-merta.Walaupun dia masih tidak mempercayai lelaki itu seratus peratus,namun Ara tidak boleh juga mengabaikan kata-katanya setakat ini kerana entah mengapa dia dapat merasakan bahawa lelaki itu sebenarnya tidak berniat jahat malah kecurigaan Ara tentang kebenaran yang diperkatakannya tentang Tetua Myn dan Eiiden semakin tidak terbendungkan.

Apatah lagi apabila Ara sendiri melihat sekelibat bayangan aneh setiap kali dia menyentuh atau tersentuh Eiiden dan yang lain-lain secara tidak sengaja.Baginya seperti ada jalur-jalur samar tentang semuanya namun dia masih juga gagal untuk mencari kesinambungan pintasan aneh yang sesekali mengganggu fikirannya itu.

Tekadnya sudah jitu.Dia akan menyelesaikan segalanya dengan caranya sendiri dan mengembalikan keadaan seperti biasa dan perkara pertama yang harus dilakukannya adalah membuka kotak kayu tersebut!

Silih berganti menatap kotak kayu tersebut dengan catatan bertulis dakwat merah hasil kesabaran Ken menterjemahkan Tulisan Paluo itu kepada tulisan yang difahami, jari Ara menyusuri setiap lurah dan lekuk ukiran timbul yang terdapat pada permukaan kotak kayu itu.

Di celah liang-liuk ukiran aneh Tulisan Paluo itu kelihatan lurah ukiran yang lebih menonjol tidak ubah seperti saliran sungai utama yang menjadi tujuan selirat sungai-sungai kecil pada setiap sisi permukaan kotak tersebut dan berakhir pada satu bulatan kecil di tengah-tengah sisi setiap permukaan tersebut.

Dapat disimpulkan oleh Ara lurah hasil ukiran timbul tersebut membentuk segitiga terbalik dengan bucu puncaknya berakhir pada bulatan kecil tepat di bahagian tengah setiap empat sisi permukaan kotak itu.

Ara memejamkan matanya kejap cuba membayangkan rupa dan bentuk kotak misteri tersebut didalam fikirannya.

" Ara kenapa?"

Suara dalam dan berat Ken menerjah gedendang telinganya membuatkan Ara membuka mata.

Ken dalam balutan kemeja T putih tanpa corak dan seluar longgar berwarna hitam.Dari gaya rambutnya yang masih sedikit basah dan tuala biru muda yang melingkari lehernya , Ara tahu pemuda itu pasti baru selesai mandi.

LAST HUNTER : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now