Perbualan panjang lewat petang itu benar-benar membuatkan Ara tidak lena tidur.Walaupun persoalan tentang siapa tujuh penjaga Catatan Thierasias itu sudah terjawab, namun rasa ingin tahu Ara belum juga tuntas selagi kotak kayu berukiran pelik tulisan Paluo itu tidak dapat di buka.Seperti malam ini.Mimpi dahsyat itu berulang lagi dan Ara tidak sanggup untuk kembali melelapkan matanya.
Di satu sudut, Ara tidak mahu rahsia sebenar Catatan Thierasias itu terbongkar demi mengenangkan lelaki misteri yang mengaku sebagai adik kembar Eiiden dan terang-terangan mahu menjadikan dia boneka di dalam Rumah Agam itu, sebagai mata dan telinganya.
Bagaimana mungkin Ara sanggup memata-matai Eiiden dan yang lain-lain setelah apa yang mereka lakukan terhadapnya.Bukan sekali dua tapi berkali-kali.Menyelamatkan dia daripada cengkaman Artakus.Mengeluarkan dia daripada dunia mimpi sihir Bangsa Nymphoria.Malah menyelamatkan dia daripada lelaki misteri yang menculiknya hampir dua minggu yang lepas.
Dan lebih daripada itu, Eiiden , Ken dan Ryu ternyata adalah saudara-saudara paling dekat yang dia tidak pernah punya selama ini.Mereka satu-satunya keluarga yang dia ada !
Di sudut yang lain, dia mahu segalanya selesai dan dia benar-benar sudah tidak sanggup lagi untuk hidup dalam keadaan dikelilingi perasaan bimbang.Satu hakikat daripada semua kejadian itu adalah dia paling membenci dirinya kerana terlalu banyak bergantung kepada Eiiden dan yang lain-lain.Menyusahkan dan membebankan mereka sehingga adakala nya Ara merasakan dia letih sekali menjadi pusat perhatian dan tumpuan seluruh Rumah Agam.
Semenjak kejadian dia diculik tatkala majlis makan malam di Jazirah Timur itu, Eiiden semakin mengetatkan kawalan di Rumah Agam.Ara merasakan ada sahaja pasang mata yang mengekorinya kemana-mana.Menatapnya dengan pandangan gusar.
Ara walaupun sudah menyarung baju tebal dan baju rajut benang panas dan menyerkupkan kepalanya dengan hud baju itu, entah mengapa rasa sejuk tetap mencengkam tulang belulangnya sehingga ada kalanya dia menggigil .
Pada waktu lewat dinihari, tubuhnya panas dingin dan ada dengung yang tajam menusuk gegendang telinganya. Ara menyedari ancaman itu bukan sekadar mahu menakut-nakutkannya.Cairan berwarna biru yang disuntikkan oleh pemuda misteri itu mulai bereaksi didalam pembuluh darah Ara membuatkan dia semakin gelisah.
Dia tidak habis fikir tentang seluruh kejadian yang diceritakan kepadanya oleh mereka secara bergilir-gilir itu.Segalanya kedengaran sangat tidak masuk akal baginya.Dia adalah anak kepada putera dan puteri dua puak yang saling bermusuhan.Bagaimana mungkin secara tiba-tiba dia adalah anak kepada Putera Karlz dan Puteri Lilah? Dia hanya lah Ara.Ya.Hanya Ara ! Anak yatim piatu yang tidak diketahui asal-usulnya. Hanya Ara !
Malah, berkali-kali nyawanya diancam hanya disebabkan satu anggapan bahawa dia memiliki kunci kepada Catatan Thierasias sedangkan dia memang tidak memiliki suatu apa pun.
Aneh .Tidak masuk akal sama sekali !
Dan sehingga hari menjelang pagi, Ara hanya terkebil-kebil didalam balutan selimut tebalnya.Hendak menggerakkan jarinya sendiri pun entah mengapa dia tidak mampu dan diam-diam dia tahu itu adalah kemuncak kepada seluruh ancaman lelaki itu kepadanya tempoh
hari !Ruang makan dengan meja panjang lapan kerusi itu tidak penuh.Kerusi paling hujung yang selalu di duduki biang perusuh Rumah Agam itu kosong membuatkan Ken mencerunkan pandangannya namun ia berusaha untuk menutup-nutupi dengan merancakkan suapannya.
Ken seakan tidak biasa dengan kesenyapan meja makan begitu tanpa kelibat Ara yang bertengkar-tengkar atas sebab tidak jelas dengan Vixx ataupun Rein.Walaupun Ara masih sedikit takut dan menjaga jarak dengan nya yang digelar Ibu Tiri Penjual Organ itu , ia tetap sahaja tidak dapat menahan dirinya daripada merasa khuatir kepada anak itu.
YOU ARE READING
LAST HUNTER : THE BEGINNING
FantasyApabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia menerangkan apa yang gelap. Dia menjernihkan apa yang keruh. Dia mencantumkan apa yang retak. Dia...