Pintu automatik yang memisahkan makmal penyelidikan itu dengan sebuah lorong yang senyap dan terang itu berderit seketika sebelum terbuka dan dari celahnya menyelit susuk tubuh Vixx yang sudah bersih.Rein dan dua lagi rakannya yang berada dalam ruangan itu hampir serentak menoleh.
Ruang makmal itu juga terang dan segala-galanya berwarna putih. Meja-meja panjang, sekeping kaca berkaki yang dipenuhi coretan cakar ayam entah mengenai apa,panel komputer yang berkelip-kelip juga rak berisi pelbagai peralatan dan radas makmal menyambut penglihatan Vixx.
Di sudut yang lain , satu deret sofa berwarna gelap yang mengelilingi sebuah meja kopi daripada kaca yang rendah dipenuhi helaian kertas dan buku tebal serta beberapa fail berkulit keras.
Sementara itu,bilik kecil di sebelah kanan yang kedap udara dan dipisahkan daripada ruangan tersebut oleh satu dinding kaca juga terang benderang dengan semua lampu nya dinyalakan.
Kelihatan jelas satu objek putih yang mirip kepada tangan robot mekanikal bergerak dalam kadar yang pantas dan mencelupkan sebatang jarum halus ke dalam tabung uji kecil dan melakukan hal yang sama berulang kali kepada belasan lagi tabung uji kaca yang mengandungi cecair jernih itu.
" Sampel : Lycan.Nombor siri :1580.
Status : Luna.Kogulasi dengan Serum 19 negatif "Suara mekanikal yang bergema dalam nada datar yang diprogramkan itu kedengaran memenuhi ruang makmal tersebut.Rein berdiri sambil berpeluk tubuh di sebelah Ken yang rancak menekan kekunci komputer sementara Ryu mundar-mandir sendiri dengan kening bercantum.Menimang sebatang pen penanda di tangannya dan kelihatan berfikir dengan serius.
Vixx tidak bersuara apa-apa bukan bimbang mengganggu tiga lagi rakannya yang sedang berkonsentrasi dengan panel kaca besar di hadapan Ken dan Rein yang terdiri gabungan beberapa skrin segiempat yang memaparkan pelbagai data dalam bentuk angka dan huruf yang berkelip-kelip tetapi perkataan lelaki berpakaian hitam yang membantunya melepaskan diri daripada gerombolan lelaki menunggang motorsikal itu masih menghantui nya walaupun dia selamat menyerahkan sampel darah Ara lewat petang tadi.
"Sampel : Lycan.Nombor siri :1580.
Status : Luna.Kogulasi dengan Serum 20 negatif "Kedengaran lagi suara yang sama dan Ken mulai memicit dahinya sementara Rein sudah terjangkitkan telatah Ryu yang mundar-mandir sendiri.Matanya tidak lepas memerhatikan skrin besar di hadapan Ken.
"Sampel : Lycan.Nombor siri :1580.
Status : Luna.Kogulasi dengan Serum 21 negatif ""Sampel : Lycan.Nombor siri :1580.
Status : Luna.Kogulasi dengan Serum 22 negatif "Telinga Vixx seakan berdengung seketika mendengar suara wanita yang sama mengulangi patah perkataan yang sama hanya sahaja sebutan nombor sampel serum itu disebutkan dalam jujukan menaik petanda hasil yang diinginkan mereka masih tidak berjaya diperolehi.
Tanpa banyak bicara, Vixx menekan satu sudut kecil yang ditandai dengan lingkaran merah pada panel kaca di hadapan Ken yang sebenarnya merupakan pad kekunci digital untuk mengaktifkan sidang video yang menghubungkan secara terus makmal tersebut dengan makmal yang berada di Rumah Agam melalui rangkaian intranet khusus yang tidak mudah untuk dipintas oleh pengguna yang lain.
Disertai bunyi bip yang panjang, hanya berselang beberapa saat kemudian perlahan-lahan kelip warna cerah pada skrin besar di hadapan mereka mulai membentuk imej tiga wajah yang tidak asing.
Eiiden kelihatan sedang duduk di hadapan panel digital sementara Mark juga berada di situ dengan sebatang pensil terselit pada daun telinganya.Di belakang kedua-dua nya, berdiri N yang sedang memegang cawan.Ryu dan Rein serta-merta menyertai Vixx dengan berdiri di belakang nya sementara Ken menegakkan kerusi yang didudukinya.
YOU ARE READING
LAST HUNTER : THE BEGINNING
FantasyApabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia menerangkan apa yang gelap. Dia menjernihkan apa yang keruh. Dia mencantumkan apa yang retak. Dia...