N mundar-mandir dengan gelisah yang terasa mencakar-cakar di dalam dadanya.Mata cokelat muda miliknya silih berganti menatap antara wajah Ara yang tenang dengan wajah Eiiden yang sesekali berkerut.Peluh merenik di dahi lelaki itu membuatkan N meremas jari-jemarinya cemas.
Berada dalam alam mimpi yang dibuka dengan Sihir Okhlotheos Bangsa Nymph sama sekali jauh berbeza dengan kebolehan Oklumentor miliknya.Peranannya kali ini bukan sebagai perentas mimpi tetapi hanya sebagai pemegang kunci kepada alam mimpi dan membuka nya pada masa yang ditetapkan yakni tatkala kristal terakhir pada gelang Okhlotheos di pergelangan tangan Eiiden dan Ara berhenti berkilau walau apa pun yang terjadi.
Seakan dia terlupa seketika dia adalah N- Sang Oklumentor termuda dari Bangsa Myrth yang terpilih sebagai penjaga Ketujuh kepada Catatan Thierasias.Menatap wajah Eiiden dia gusar.Memandang wajah Ara, cemasnya berganda.Tanpa sedar, dia mula menggigit hujung kukunya dengan gementar.Apatah lagi mendengar denting pedang dan sorak-sorai di halaman hadapan.
Kalau sahaja di bahunya tidak terpikul tanggungjawab membuka gerbang antara dunia mimpi dan membawa Eiiden serta Ara kembali, N pasti sudah menyertai dan bahu membahu bersama saudara-saudara nya yang lain menentang pencerobohan makhluk tidak tahu diri seperti Suku Alvarez dan Sdrow itu.Dua suku dari Bangsa Zinxs yang menjadi sekutu kuat Istana Besar !
Sungguh N risau.Risau pada Eiiden dan Ara yang masih belum kembali dari alam sana dan risau dengan keselamatan lima lagi saudaranya yang lain di bawah sana yang pasti sedang bertarung bermati-matian menentang jumlah musuh yang ramai.
N semakin gelisah apabila telinganya menangkap bunyi dentuman dan besi berlaga di luar pintu.Rein.Diam-diam dia menyedari serangan kali ini adalah satu serangan yang sudah di rancang dengan amat rapi oleh Istana Besar.Menyerang semasa ketiadaan Eiiden malah penceroboh itu juga bukan dalam jumlah sedikit .
Sambil mengepal tinjunya, N berlari ke tingkap menjenguk halaman hadapan seketika.Kosong .Namun ia bukanlah kosong seperti yang sedang dilihat pembantu dan pekerja lain di rumah itu kerana tatkala N memejamkan mata seketika dan kemudian membukanya kembali, halaman kosong itu sebenarnya adalah medan pertempuran antara tiga saudaranya - Mark-Vixx dan
Ryu !Dia mengenakan Sihir Sgof - satu sihir ilusi untuk menutupi penglihatan para pekerja dan pembantu-pembantu Rumah Agam agar tidak ada daripada mereka yang tercedera seperti yang selalu dilakukan mereka atas arahan Eiiden.
Kerana itulah Mark mengarahkan agar Ken memberi amaran agar halaman hadapan segera di kosongkan sebaik sahaja dia mengetahui kedatangan penceroboh-penceroboh itu sebentar tadi.
Satu lagi kelebihan Bangsa Zinxs- dapat mengesan kehadiran mana-mana suku daripada bangsa mereka sendiri melalui deria bau, penglihatan dan pendengaran yang sangat tajam.
Pada penglihatan N , Mark yang dalam wujud asalnya sedang menggeram dan sebelah kakinya tepat berada di atas kepala salah satu daripada penceroboh yang berjaya di bunuhnya.N tahu.Mark jarang sekali menunjukkan diri dalam wujud asalnya jika tidak sedang dalam keadaan yang genting seperti itu.
Seekor serigala besar dan gagah berbulu hitam berkilat dengan mata cokelat muda yang dingin . Sang Alfa suku Evas ! Satu Suku pahlawan dari Bangsa Zinxs yang amat disegani.
Enam menentang lima puluh ! Satu perlawanan yang amat tidak seimbang.Terima kasih kepada Raja Thamrisy sang dalang terkutuk di sebalik Istana Besar dan ' keberanian' mereka yang tiada tolok bandingannya , desis N mengetap bibir.Benci sekali apabila teringatkan raut wajah dingin bangsa penghisap darah itu.
Di sudut lain pula, N melihat Vixx berguling ke belakang bagi mengelakkan libasan empat pedang sekaligus dan sedang termengah-mengah.Jelas dilihat pada baju dan wajah lelaki itu sudah kemerahan terpercik oleh darah musuh yang berjaya di tewaskannya.
YOU ARE READING
LAST HUNTER : THE BEGINNING
FantasyApabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia menerangkan apa yang gelap. Dia menjernihkan apa yang keruh. Dia mencantumkan apa yang retak. Dia...