-20-

704 56 5
                                    

Entah mungkin kerana hujan yang turun dengan lebat sejak awal petang tadi ataupun malam telah mulai menghampiri dinihari,keadaan di luar luar biasa gelap dan dingin.Hanya sesekali apabila kilat menyambar dada langit, ruang di dalam sebuah rumah tinggal itu akan sedikit lebih terang walaupun terdapat satu tong berkarat di tengah-tengah ruang yang di dalamnya menyala satu unggun kecil .

Di luar tidak kelihatan pun ada yang berani meredah kepekatan malam tatkala langit terlanjur murka lalu memuntahkan isinya tidak berhenti-henti begitu.Lidah api kedengaran berderak-derak meratah ranting kayu dan kepalan-kepalan kertas yang sesekali di humbankan ke dalam tong tersebut cukup sekadar agar api itu tidak padam.Tidak besar sehingga menarik pandangan orang yang cukup gila dan sanggup berbasah-basah dalam hujan lebat begitu.

Dia tidak perlu berkaca di cermin untuk melihat luka besar yang melintang di bahu kanannya itu.Dengan hanya mengagak-agak daripada rasa sakit yang merambat , dia tahu lukanya kali itu lebih dalam dari sebelumnya namun dia tidak perduli kerana dia tahu luka begitu akan sembuh dengan sendirinya seperti biasa .

Namun rasa sakit yang di rasakan menggerogotinya dari dalam itu bukanlah datang daripada luka panjang di bahunya tetapi daripada luka tembakan pada bahu kirinya yang bukan daripada peluru tembaga biasa melainkan sebutir peluru perak tulen yang sempat menyinggahi nya tatkala dia cuba untuk melepaskan diri daripada kepungan orang-orang Rumah Agam itu.

Sambil cuba membersihkan luka pada lengan dan perutnya, sesekali matanya memerhatikan susuk tubuh bergaun hitam yang terbaring dengan mata , tangan dan kaki yang terikat serta mulut nya di tutupi satu jalur pita hitam yang bergam.

Terbaring hanya beralaskan kotak berhampiran unggun kecil bagi mengelakkannya daripada terlalu kesejukan.Dilihatnya susuk tubuh tersebut bergerak-gerak perlahan dalam keadaan sangat tidak selesa.Di buka nya ikatan perca yang menutupi mata Ara membuatkan Ara pantas meligas menoleh ke kiri dan ke kanan.

Ara mengerdipkan pandangannya yang masih sangat kabur kerana di tutupi dengan sehelai kain .Dengan cahaya sangat malap, dia cuba menajamkan penglihatannya dan menatap keadaan sekeliling dengan pandangan ngeri.

Sebuah ruang rumah tinggal atau mungkin gudang terbiar yang berhabuk, gelap, suram dan bersepah-sepah dengan longgokan kotak kertas di mana-mana.Di tengah ruangan tidak jauh dari tempatnya di campakkan, menyala malap satu unggun api dari dalam sebuah tong kecil yang berkarat dan hitam.

" Maaflah sebab aku terpaksa bawa kau dalam keadaan begini, Ara.."

Ara tersentak dan pantas berundur lebih rapat ke dinding.Mengengsot ketakutan menatap susuk tubuh itu dengan mata membulat.Walaupun semenjak dia berada di dalam dunia aneh yang serba membingungkan itu sekurang-kurangnya sudah dua kali dia hampir terbunuh, namun berhadapan lagi dengan situasi begitu tetap sahaja membuatkan Ara ketakutan.

Apatah lagi dalam keadaan lelaki bertubuh kekar tidak berbaju dengan luka-luka pada perut , lengan serta sudut-sudut bibirnya pecah dan pipi yang berbirat keunguan itu sedang melutut sambil menatapnya dengan tatapan setajam helang dengan sepasang matanya hampir tidak kelihatan dari sebalik juraian rambut hitam yang menutupi dahi.

Dingin, tajam dan menghantar kesan yang menakutkan di tambah dengan kenyataan bahawa lelaki yang kelihatan babak-belur itu mengetahui namanya !

Lelaki itu tersenyum sinis melihat riak wajah Ara yang pucat-lesi seperti mayat dan memandangnya dengan ketakutan seperti melihat sang malaikat pencabut nyawa.

" Jika melihat bagaimana Eiiden meletakkan kawalan yang rapi semata-mata untuk memastikan kau selamat, nampaknya aku benar-benar sudah menemui kelemahan terbesar nya kali ini".Dia menyeringai " Iaitu , kau.Luna yang bernama Ara.."

LAST HUNTER : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now